1. Ibu-ibu, bapa-bapa, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, saudara saudari yang saya hargai sekalian... hari ini mari bersama saya berbincang soal perjuangan. Ya, saya akui bukan mudah mengupasnya. Hanya seorang pejuang sejati yang layak membelah dan mengeluarkan intipati tajuk ini. Siapa pejuang yang sejati itu? Mereka adalah yang berjuang menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil hanyasanya kerana Penciptanya, serta telah diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi perjuangan. Sogokan kemewahan, kekangan, cacian, ugutan, penjara, kesempitan, kesakitan dan ancaman terhadap nyawanya dan keluarganya. Ternyata mereka berjaya melepasi semua itu. Merekalah pejuang sejati.
2. Dan, saya bukan orangnya. Malahan, saya tidak tahu bahawa saya ini layak atau tidak digelar pejuang. Apatah lagi pejuang sejati. Bagaimanapun, atas sebab rasa tanggungjawab sebagai sesama insan, rasanya tidak salah kita saling bertukar-tukar fikiran. Baik... setelah didedahkan senarai Permata Bangsa di dalam blog Suara Anak Marudu (SAM) baru kita menyedari bahawa kita tidak ketandusan orang-orang berkebolehan yang boleh disandarkan harapan soal masa depan bangsa dan rakyat khususnya di kawasan Kota Marudu. Kalau Presiden Soekarno perlukan hanya 10 orang pemuda dan beliau kata akan goncangkan dunia, kita ada lebih daripada itu. Tapi soalnya sekarang, kita tidak butuhkan kuantiti. Yang kita dambakan adalah kualiti. Dan, kita mahu mencari seorang Soekarno untuk memimpin permata-permata berkualiti ini agar bisa digoncang Tandek, Kota Marudu dan bahkan Malaysia!
3. Saudara perasan bukan, permata-permata yang disenaraikan bangun dan menyuarakan isi hati mereka. Walaupun bukan semua. Sehinggakan blog tersebut bingit seketika dengan pekikan-pekikan batin mereka. Malah tidak kurang juga yang memulakan langkah pertama mereka dengan membuat blog peribadi sebagai medan pemufakatan bersama dengan permata-permata lain. Lahirnya percikan idea perjuangan dari pelbagai dimensi dan harapan. Mereka merasakan diri mereka dihargai dan diperlukan. Dan, mereka telah mula bangun dan betul-betul sedar bahawa sebenarnya diri mereka itu adalah permata. Bukan kaca atau serpihan batu di jalanan.
4. Namun, di celah-celah jeritan itu kedengaran luahan halus beberapa permata yang lain. Mereka berkata, mereka perlu berjuang untuk diri mereka dan keluarga mereka terlebih dahulu. Mendapatkan kerjaya yang baik. Dan, barangkali juga kalau boleh selain ada pekerjaan perlu juga ada kereta besar, rumah besar dan semuanya yang besar-besar. Atau dalam istilah yang lebih mudah, biarlah kita tunggu kehidupan kita senang baru kita ingin memulakan langkah perjuangan membela bangsa dan rakyat. Saudara, saya ingin tegaskan di sini bahawa luahan-luahan seperti ini sebenarnya bukan mereka sahaja yang alami. Saya percaya, sebahagian besar golongan muda punya isu yang sama. Dilema yang sama juga melanda segelintir manusia yang tidak sedar bahawa diri mereka semakin senja. Sebenarnya mereka tidak salah sedikitpun kerana memberikan luahan seperti itu. Luahan itu merupakan isyarat bahawa jiwa mereka perlu difahami dan diri mereka perlu didampingi. Persoalannya sekarang, betulkah premis mereka ini bahawa `tunggu kaya baru mau berjuang`?
5. Ini persoalan yang bagi saya sukar dirungkaikan. Tapi secara peribadi saya ingin katakan bahawa memburu harta dan menjadikan material itu sebagai pengukur kelayakan seseorang untuk terjun dalam perjuangan adalah tidak tepat. Harta itu memang penting, tapi ianya bukan syarat dan matlamat. Ekoran itu, usaha keras kita ke arah mempertingkatkan pendidikan dan ekonomi diri atau keluarga perlu berjalan seiring dengan perjuangan membela nasib bangsa dan rakyat. Mesti seiring. Semasa saya menjadi Pemimpin Mahasiswa dulu, saya diajar supaya menjadikan perjuangan kemahasiswaan itu No. 1 dan akademik BUKAN No. 2.
6. Maknanya apa? Maknanya ia kena seiring. Sama-sama penting. Kalau tidak seiring, kita risau akar perjuangan itu akan tercabut dari hati kita. Kita risau umur kita tidak panjang lalu semua hasrat kita untuk membawa perubahan terkubur bersama-sama dengan jasad kita. Kita risau usia muda kita yang sarat dengan kekuatan dan idealisma perjuangan, terbiar begitu saja. Kita risau kita akan lalai dengan kemewahan lantas malas dan takut untuk berjuang. Kita risau ada golongan yang tidak bertanggungjawab atau tidak cekap memimpin kita lalu deritalah rakyat dan hancurlah bangsa. Kita risau Ph.D tidak dapat, harta entah ke mana. Lalu, bangsa dan rakyat di tempat kita kekal macam begitu juga. Malah mungkin semangkin bobrok. Pada masa itu menangis air mata darah sekalipun tidak ada gunanya lagi...

7. Kita lihatlah sendiri pemimpin-pemimpin yang hebat di dunia. Tiada pemimpin di dunia sehebat Utusan-UtusanNya. Cuba lihat kehidupan mereka. Sederhana kan... Cara hidup Utusan-Utusan inilah yang Tuhan perintahkan kita mengikutinya. Lihat saja kehidupan Khalifah Umar al-Khattab yang cucunya (Khalifah Umar Abdul Aziz) menjadi kebanggaan dan idola Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang. Bajunya bertampal-tampal. Makanannya roti kering berminyakkan minyak jelanta. Rumahnya amat sederhana. Tapi, pemimpin yang mungkin kita pandang sebelah mata ini telah menguasai sebahagian besar dunia dan disenaraikan sebagai manusia ke-4 paling berpengaruh di dunia oleh penulis Barat.
8. Jadi, permata-permata sekalian... Ayuhlah bangkit dari kealpaan kita yang panjang demi masa depan bangsa dan rakyat khususnya di tempat kita sendiri. Di tempat-tempat lain tidak perlulah kita menyibukkan diri. Di sana sudah ada pejuang-pejuang yang gagah perkasa membela bangsa dan rakyat mereka. Langkah pertama, kenali kekuatan diri kita dahulu. Selepas itu baru kita akan tahu di aspek mana kita boleh menyumbang. Yang mahir menulis, menulislah. Yang mahir seni, bersenilah. Yang mahir bertani, bertanilah. Yang mahir berniaga, berniagallah. Yang mahir berpidato, berpidatolah. Yang mahir mengajar, mengajarlah. Dan, yang mahir memimpin, memimpinlah.
9. Tidak boleh semua berada di saf hadapan. Bermaksud, berjuanglah mengikut kekuatan dan kemahiran kita masing-masing. Umpama seekor burung helang. Ada kepala, sayap, badan, kaki dan kukunya. Kalau semua kemaruk mahu menjadi kepala, burung itu bukan sahaja tidak boleh terbang tapi akan mati. Setiap kita ada peranan tersendiri. Yang penting lagu dan irama kita sama. Berpadu menuju destinasi yang satu. Dengan tekad kuat di hati, memperjuangkan nasib bangsa dan rakyat Kota Marudu!
Nota: Dalam geologi permata itu biasanya dikenali sebagai mineral.