Why Your English Disappears in Job Interviews
-
You prepared for days. You practiced your answers. You memorized
vocabulary. You even rehearsed in front of a mirror. Then you walked into
the interview ...
Inspirasi Gout gout dan Di Sheppard
-
Gout Gout dan Di Sheppad dari Autralia ; 2 nama yang tiada siapa
mengenalinya sebelum ini. Kini seluruh mata pecinta sukan trek dunia
melihat susuk tu...
Perjalanan Hidup
-
Ramai sgt tulis pasal KIK/KISAS sempena #AUDA2018. Aku nak cerita sikit.
Buat pedoman anak2 aku... Waktu mula dapat tawaran Yayasan Sarawak nak
masuk KIK t...
Tanyalah Ustaz
-
Tanyalah Ustaz jika anda tidak mengetahui sesuatu hal yang masih menjadi
tanda tanya apakah salah apakah benar. Dan sampaikan juga sesuatu hal yang
anda ke...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...
-
KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER, SAYA MOHON MAAF KERANA BEGITU LAMA TIDAK
UPDATE BLOG INI DISEBABKAN OLEH KESIBUKAN-KESIBUKAN YANG SENTIASA BERTALI
ARUS...
panampasi dot tulun momogun
-
*Benoi nopo,ogumu no ot tulun poimpasi dot asanang.Nga kada tokou olingai
okukuro ot koposion tokou di gulu.okonko...sorogot ko nokoirasa dit
omis,nolingan...
Tahniah KONSERTO 40
-
Tahniah Prof. Jedol atas kejayaan penganjuran "KONSERTO 40: Bermulanya
suatu perjalanan baru dari Kota Marudu untuk satu dunia." Saya akan
sentiasa ingat d...
Panduan Ejaan Kimaragang - 2
-
Nunu tabar kinoruangan kiawi? Mokimaap tu oleed neduwan iti sulap ku. I
janji ku manambung dit tuturan ku digulu nga oleed aso kinosunduron. Padka
om nokos...
Sebagaimana batu, manusia (anak) juga akan melalui pelbagai fasa perubahan. Apapun perubahannya, sebagai ayah saya mengharapkan agar anak ini akan menjadi jauh lebih baik berbanding ayahnya.
"Apabila besar nanti, mau bisnes apa?", soalan ini akan selalu saya tanyakan kepada anak saya. Semoga dengan cara ini, tradisi "Makan gaji" yang amat berpuaka itu akan dapat dipecahkan. Good luck Ahmad Yasin!
Nota: Motivasi perjuangan untuk para Permata Bangsa. Hayatilah lagu ini. Tidak kira anda berjuang di medan mana. Samada sebagai petani, nelayan, pemandu teksi/bas/beca, tukang sapu, penulis, pelajar, surirumah, guru, pendakwah, pemimpin atau siapa saja. Ayuh!!!
Bumi juga mempunyai `perasaan'. Bumi akan kecewa apabila manusia menyemboronokannya! Namun, kekecewaan bumi itu akhirnya merugikan manusia juga. Tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global dan lain-lain lagi. Semua itu berpunca daripada angkara jahat tangan-tangan manusia.
Impaknya ramai manusia akan cedera, kerugian harta, mati dan seumpama dengannya. Justeru, janganlah menjadi manusia yang suka mengecewakan pihak lain. Kerana sakitnya amat menggigit dan memeritkan. Jika tidak mampu memberikan kebahagiaan, usahlah mengecewakan...
Nota: Hayatilah lagu itu. Lagu tersebut juga terpakai untuk para pemimpin, sebagai peringatan agar tidak mengecewakan rakyat.
Nota: Tajuk ini adalah lanjutan daripada Teori MAXIMUS. Dengarlah pidatonya. Jika engkau benar-benar seorang pejuang, hati engkau akan bergetar! Dan...
1. Saudara, geologi tidak ketinggalan dengan pelbagai teori. Dulu saya telah berkongasi tentang Teori Hanyutan Benua. Selain itu, ada pelbagai lagi teori lain. Contohnya Teori Darwin yang sesat lagi menyesatkan itu. Teori ini juga terpakai (walaupun sesat) apabila para Ahli Geologi membahaskan tentang isu-isu yang berkaitan dengan fosil.
2. Begitu juga di dalam dunia politik. Terdapat pelbagai teori. Salah satu yang paling popular adalah Teori RAHMAN. Ringkasnya, teori ini merupakan satu ramalan siapakah Perdana Menteri Malaysia selepas Allahyarham Tunku Abd. Rahman. Yang menariknya, walaupun ia hanya teori yang tidak jelas asal-usulnya, teori ini telah berjaya digenapkan dengan terlantiknya Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri ke-6. 3. Sehubungan itu, saya tertarik untuk menampilkan satu teori baru (kalau belum pernah disentuh sebelum ini) khas untuk dunia politik Kota Marudu. Teori ini saya namakan sebagai Teori MAXIMUS. Kenapa saya pilih nama itu? Pelbagai sebablah, tapi yang pasti beliau telah lama memegang Parlimen P. 168 Kota Marudu. Dan, beliau juga telah berjaya dilantik sebagai menteri penuh. Serta, beliau juga merupakan antara pimpinan terkanan dalam PBS. Maknanya, ada persamaan dari segi kenapa nama `RAHMAN` dipilih dalam teori tersebut. Saya kira tidaklah keterlaluan kalau kita pakai teori ini dalam konteks Kota Marudu.
4. Terlebih dahulu, saya ingin katakan bahawa tiada sesiapa yang mengupah saya menulis tajuk ini. Sebenarnya tujuan saya menulis berkenaan teori ini adalah untuk menjawab soalan `Siapakah Soekarno Kota Marudu dan bila ia akan memimpin kawasan ini`. Ianya berikutan tulisan saya dulu berkenaan "Tunggu Kaya Baru Mau Berjuangkah?" di dalam blog Suara Anak Marudu(SAM). Jika saudara masih ingat di dalam ruangan komen, ada dibahaskan tentang kewujudan Soekarno Kota Marudu. Dan, Mr. Aki di dalam blognya menyebut bahawa beliau tidak perlukan 10 pemuda. Lima orang sahaja kata beliau, sudah cukup untuk menggoncangkan Kota Marudu. Hebat! Tapi persoalannya, siapakah Soekarno yang dinanti-nantikan itu dan bila ia akan muncul?
5. Kalau saya ditanya soalan ini, saya akan bagi Teori MAXIMUS sebagai jawabannya. Berdasarkan perkataan `MAXIMUS` itu saya meramalkan Soekarno Kota Marudu yang ditunggu-tunggu itu ada pada huruf `X`. Maknanya, kemunculannya selepas si `A`. Siapakah si `X` itu, kita belum boleh pastikan lagi. Bersesuaian dengan sifat `X` di dalam matematik yang kita tahu kedudukan di mana, tapi kita tidak tahu apa jawabannya selagi kerja kira-kira itu belum selesai. Rumusan kepada teori ini adalah, Soekarno Kota Marudu pasti akan muncul (jika Tuhan izinkan) dan kemunculannya selepas si `A`. Sekarang ini masih `M` yakni YB. Datuk Dr. Maximus sendiri.
6. Baik... ini cuma satu lontaran idea politik. Jika ada kaki-kaki politik yang berminat membahaskan teori ini, dipersilakan. Kalian juga dialu-alukan untuk mengisi huruf-huruf yang masih kosong. Kalau tidak bersangkutan dengan kitapun, masih ada ruang untuk menukar nama yang terdapat di dalam IC kita, hehehe... Gurau! Saudara, sekarang ini kita sedang mencongak siapakah si `A` sebenarnya. Adakah dia YB. Anita Baranting, Sdr. Androd Sadian atau Dr. Anita Madinah (sekadar menyebut beberapa nama)? Atau, yang selainnya? Jika bukan mereka, adakah mereka ini atau selainnya akan mengisi tempat si `X`? Sama-sama kita nantikan...
Selamat berbahas!
Nota: GMC sebenarnya versatil. Anggaplah ini sebagai motivasi kepada orang-orang politik.
1. Dalam geologi, kadang-kadang para Ahli Geologi tersilap membuat tafsiran ketika melakukan cerapan. Sehingga berlaku sedikit perbahasan di lapangan. Tapi, maksudnya tetap satu iaitu untuk memastikan bahawa keputusan yang dibuat di lapangan adalah tepat.
2. Demikianlah juga dalam kehidupan kita. Dari kehidupan berkeluarga sehinggalah ke peringkat pengurusan negara. Sebenarnya kita seringkali mempunyai maksud yang satu, cuma mungkin ada sedikit perbedaan kaedah dan tafsiran.
3. Jikalau berlaku situasi begini, apakah penyelesaiannya? Pertama, bertenang (kalau perlu isap sigup sap manuk, isaplah dulu). Kedua, amalkan kerendahan hati dan kebesaran jiwa. Dan ketiga, praktikkan komunikasi berkesan. Selepas itu, jawablah dengan yakin samada sap manuk atau sap ayam??? Hehehe..
Nota: Biarlah gambar itu yang bicara... Dalam geologi, pokok mempunyai perkaitan rapat dengan batuan di sekitarnya. Ada juga kejadian pokok mengeras, yang akhirnya menjadi batu (Fossil Wood). Pelik tapi benar...
1. Dalam kegempakan kita berbicara soal Permata Bangsa, ada satu permata yang kita terlepas pandang. Permata ini tidak kurang hebatnya berbanding permata-permata lain. Kalau saya disuruh menamakan jenis permata ini, saya pasti awal-awal lagi meletakkan permata ini di dalam kelompok intan. Siapakah mereka? Mereka adalah seorang wanita yang bergelar isteri dan memegang profesion sebagai seorang ibu sepenuh masa atau surirumah.
2. Tidak dinafikan, ramai yang menganggap profesion ini sebagai profesion kelas kedua. Malahan tidak kurang juga yang tidak pernah tahupun, bahawa ianya merupakan satu profesion! Umumnya, para isteri atau ibu yang berkerjaya dianggap kelas pertama. Anda pula bagaimana? Terserahlah kepada anda, setiap kita mempunyai pandangan sendiri. Bergantung kepada sejauh mana kefahaman kita tentang seni berkeluarga dan ilmu kekeluargaan itu.
3. Saya tidak berhajat untuk membuat sebarang konklusi di sini, walaupun kebiasaannya saya akan menutup sesuatu perbincangan itu dengan satu keputusan bersama. Sebenarnya, ada satu pengalaman yang ingin saya kongsikan kepada pembaca sekalian. Kalau mungkin ada di antara anda tidak bersetujupun, sekurang-kurangnya boleh dijadikan bahan fikir. Saya ada tiga orang kenalan. Ketiga-tiga mereka ini mempunyai pengetahuan agama yang cukup baik. Berjiwa pejuang dan pemimpin. Ada yang ahli perniagaan. Dan lainnya, sebagai ahli akademik yang amat sohor dalam tanah air kita. Maksud saya, selalu terpapar dalam media arus perdana negara.
4. Apa yang saya lihat, ketiga-tiga mereka ini mempunyai satu persamaan. Iaitu, mereka memohon isteri mereka berhenti kerja atau tidak berkerja. Ada yang sanggup membayar puluhan ribu pampasan kepada kerajaan kerana isteri mereka berhenti kerja lebih awal daripada tempoh sepertimana yang dipersetujui di dalam kontrak. Pada fikiran manusia biasa, mereka pasti akan menempelak tindakan seperti ini. Tapi, kenapa para suami ini sanggup berbuat demikian? Dan, kenapa si isteri pula merelakannya? Sampai sanggup mengorbankan kerjaya dan keistimewaannya di dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional?
5. Saya pernah bertanya kepada salah seorang daripada mereka secara bersemuka. Dengan selamba sahabat saya ini menjawab, "Umar... Ibu itu sebenarnya satu profesion yang sangat penting, kritikal dan mulia. Oleh itu, isteri saya mesti menumpukan perhatian sepenuhnya kepada profesioannya. Seperti mana saya sebagai suami menumpukan perhatian saya kepada profesion saya sekarang."
6. Jawaban itu pendek dan saya kurang berpuas hati (masa itu saya masih bergelar mahasiswa). Akhirnya saya menjumpai jawapan kepada persoalan saya itu daripada penulisan-penulisan yang dituntaskan oleh kenalan saya yang ahli akademik tadi. Ada di antara mereka menganggap atau mendefinisikan keluarga itu sebagai sebuah negara. Yang Perdana Menterinya adalah si suami dan Menteri Pendidikannya adalah si isteri. Sementara anak-anak mereka merupakan Anak-Anak Didik. Beliau beranggapan begitu kerana menurut beliau keluarga itu sama malah mungkin lebih penting dan sukar dijaga berbanding sebuah negara. Justeru, amat wajarlah si isteri menumpukan perhatian dan kekuatannya kepada profesionnya sebagai Menteri Pendidikan di dalam rumahtangga.
7. Bagi mereka rumahtangga bukan hanya tempat untuk menyalurkan nafsu ke tempat yang halal, menghilangkan kesunyian dan tempat berteduh ketika kesakitan. Tetapi rumahtangga itu merupakan kilang untuk menghasilkan generasi pejuang yang bakal membela nasib rakyat dan negara pada masa depan. Kalaulah si isteri itu berkerja di luar, adakah tanggungjawbnya sebagai Menteri Pendidikan itu akan dapat ditunaikan dengan sempurna? Allah menciptakan manusia secara berpasangan. Ada lelaki dan ada perempuan. Maka diturunkan panduan kehidupan sesuai dengan fitrah masing-masing. Saya melihat, tindakan ketiga-tiga kenalan saya ini menepati fitrah dan meletakkan isteri mereka di tempat yang sepatut dan selayaknya.
8. Syukurlah. Saya melihat dari kejauhan, keluarga mereka ini tampak telah berjaya memenuhi konsep Rumahku Syurgaku. Anak-anakpun berkembang dengan baik dari semua aspek kehidupan samada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Syabas kepada mereka bertiga! Jadi, apa pendapat anda sekarang? Terpulanglah... itu hak masing-masing untuk membuat keputusan. Apapun, saya secara peribadi bersetuju dengan cara mereka. Dan, sekarang saya dalam proses pembelajaran mengikuti jejak mereka.
9. Akhir kata, kepada surirumah sekalian walau di manapun berada... saya ingin katakan bahawa usahlah bersedih dengan status kalian sekarang. Kalian sebenarnya telah membuat pilihan yang tepat. Yang penting kalian faham dan yakin kenapa kalian membuat pilihan demikian. Jika kalian mempunyai kekuatan yang lebih, kalian bukan sahaja boleh menjadi sebagai Menteri Pendidikan dalam rumahtangga kalian tetapi juga kepada masyarakat, negeri dan negara.
10. Kejadian jenayah yang dahsyat dalam negara kita dewasa ini, menuntut kita memberikan jawaban. Yang pasti ramai akan bersetuju bahawa semuanya bermula dari rumahtangga yang berantakan. Tidak kira samada rumahtangga rakyat atau pemimpin. Maknanya, Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan dalam rumahtangga-rumahtangga itu gagal di dalam memainkan peranan mereka. Ataupun, jawatan-jawatan itu tidak pernah wujud dalam rumahtangga yang terlibat? Wahai para isteri dan ibu sepenuh masa sekalian, kalianlah permata yang dicari... Ayuh, teruskan menghayun buaian dan goncangkanlah dunia!
Amaran: Formula ini tidak sesuai diamalkan oleh suami yang dayus atau tidak berkemampuan.
Nota: Kalau permata yang paling kuat adalah intan, salah seorang guru Bahasa Inggeris yang paling hebat pernah saya temui adalah beliau. Lihatlah sehingga selesai, saya pasti anda akan kagum dan tertawa, hehe...
Hana Khairunnisa Binti Musli puteri kedua ku
-
*Anakku Hana Khairunnisa*
Sekian lama tidak muncul dalam ruang Blog ini, hari ini terpanggil untuk
melontarkan Post. Post kali ini seiring dengan gambar d...
Selamat datang ke GMC! Persembahan blog ini adalah berkonsepkan motivasi yang berasaskan ilmu geologi. Kadang-kadang diselitkan dengan topik-topik (label disertakan) yang tidak berkaitan dengan geologi sebagai pemanis rasa. Misi & visi GMC ialah untuk membangunkan diri, keluarga dan masyarakat demi rakyat dan negara tercinta.
Sungguhpun GMC merupakan blog motivasi, tetapi ia tidak akan terlepas daripada mengupas isu-isu semasa yang berkaitan dengan sosial, ekonomi, pendidikan, budaya dan politik negara. Ini kerana motivasi itu perlu kepada semua, bermula bayi yang baru dilahirkan sehinggalah kepada pemimpin No. 1 dunia. Semoga ada manfaatnya untuk semua. Terima kasih.
MOTIVASI PAGI @ GMC
"Redhalah menerima takdir-NYA dan bersabarlah menghadapi ujian-NYA samada yg berbentuk kesusahan atau kesenangan."
RENUNGAN GMC
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka.” (Al-Imran: 190-191)
APA ITU GEOLOGI?
Geologi ialah cabang ilmu yang mengkaji kejadian, perkembangan dan kandungan bumi. Seperti bidang ilmu yang lain, geologi juga menyumbang kepada pembangunan negara dan tamadun manusia. Di samping menyingkap rahsia bumi dan alam, geologi memainkan peranannya dalam mencari serta mengeluarkan hasil mahsul bumi bagi kegunaan manusia. Ahli-ahli geologi (Geologist) hari ini berganding bahu dengan pakar-pakar lain dalam menyediakan maklumat mengenai bumi supaya projek-projek besar seperti perlombongan, pengeluaran petroleum, pembinaan lebuhraya, empangan, landasan, kawalan banjir dan carigali air tanah dapat dijayakan dengan selamat dan berkesan.
AKU HANYA SEORANG UMAR
Sebelum disapa sinar iman Kau bagaikan singa yang mengganas Membunuh anak perempuanmu Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu Jahiliah yang menyesatkan Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu Terbentur segala kekejaman Menjadi wira miskin nestapa Membela yang tak berupaya
Tidurmu di rimbunan tamar Tenangmu tiada tercalar Berbantal lengan tanpa pengawal Berselimut embun keimanan
Di malam yang hening Meratap menyesali diri Pada dosa kealpaan Dibasuh dengan airmata Memohon keampunan Tuhan
Engkau khalifah berjiwa hamba Mentadbir tanpa singgahsana Menghina diri di hadapan Allah Kemuliaan diri manusia
Mulia hidup bersulam taqwa Mulia matimu kau syuhada Pergi rohmu ke alam tinggi Terbang menuju ke syurgawi
Aku hanya seorang Umar Kemuliaanku kerana Islam Semua ke syurga kecuali dia Ku bimbangi dialah diriku
Hati sekeras batu Menjadi selembut air Jadi teman kebenaran Jadi musuh pada kebatilan
~Hijjaz~
AYAT-AYAT CINTA
"Jika aku menyembahMu kerana takutkan api nerakaMu maka bakarlah aku di dalamnya. Dan jika aku menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMU, maka haramkanlah aku daripadanya. Tetapi jika aku menyembahmu kerana kecintaanku kepadaMu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajahMu yang maha besar dan maha mulia itu." ~Rabiatul Adawiyah~
Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.
WHAT IS GEOLOGY
Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.
GEOLOGY AS A CAREER
Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.