
Lokasi: Gua Serai, Kelantan.
Journey To The Center Of The Earth

Bumi juga mempunyai `perasaan'. Bumi akan kecewa apabila manusia menyemboronokannya! Namun, kekecewaan bumi itu akhirnya merugikan manusia juga. Tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global dan lain-lain lagi. Semua itu berpunca daripada angkara jahat tangan-tangan manusia.
Impaknya ramai manusia akan cedera, kerugian harta, mati dan seumpama dengannya. Justeru, janganlah menjadi manusia yang suka mengecewakan pihak lain. Kerana sakitnya amat menggigit dan memeritkan. Jika tidak mampu memberikan kebahagiaan, usahlah mengecewakan...
Nota: Hayatilah lagu itu. Lagu tersebut juga terpakai untuk para pemimpin, sebagai peringatan agar tidak mengecewakan rakyat.
Nota: Tajuk ini adalah lanjutan daripada Teori MAXIMUS. Dengarlah pidatonya. Jika engkau benar-benar seorang pejuang, hati engkau akan bergetar! Dan...
1. Saudara, geologi tidak ketinggalan dengan pelbagai teori. Dulu saya telah berkongasi tentang Teori Hanyutan Benua. Selain itu, ada pelbagai lagi teori lain. Contohnya Teori Darwin yang sesat lagi menyesatkan itu. Teori ini juga terpakai (walaupun sesat) apabila para Ahli Geologi membahaskan tentang isu-isu yang berkaitan dengan fosil.
1. Dalam geologi, kadang-kadang para Ahli Geologi tersilap membuat tafsiran ketika melakukan cerapan. Sehingga berlaku sedikit perbahasan di lapangan. Tapi, maksudnya tetap satu iaitu untuk memastikan bahawa keputusan yang dibuat di lapangan adalah tepat.
2. Demikianlah juga dalam kehidupan kita. Dari kehidupan berkeluarga sehinggalah ke peringkat pengurusan negara. Sebenarnya kita seringkali mempunyai maksud yang satu, cuma mungkin ada sedikit perbedaan kaedah dan tafsiran.
3. Jikalau berlaku situasi begini, apakah penyelesaiannya? Pertama, bertenang (kalau perlu isap sigup sap manuk, isaplah dulu). Kedua, amalkan kerendahan hati dan kebesaran jiwa. Dan ketiga, praktikkan komunikasi berkesan. Selepas itu, jawablah dengan yakin samada sap manuk atau sap ayam??? Hehehe..
1. Dalam kegempakan kita berbicara soal Permata Bangsa, ada satu permata yang kita terlepas pandang. Permata ini tidak kurang hebatnya berbanding permata-permata lain. Kalau saya disuruh menamakan jenis permata ini, saya pasti awal-awal lagi meletakkan permata ini di dalam kelompok intan. Siapakah mereka? Mereka adalah seorang wanita yang bergelar isteri dan memegang profesion sebagai seorang ibu sepenuh masa atau surirumah.
2. Tidak dinafikan, ramai yang menganggap profesion ini sebagai profesion kelas kedua. Malahan tidak kurang juga yang tidak pernah tahupun, bahawa ianya merupakan satu profesion! Umumnya, para isteri atau ibu yang berkerjaya dianggap kelas pertama. Anda pula bagaimana? Terserahlah kepada anda, setiap kita mempunyai pandangan sendiri. Bergantung kepada sejauh mana kefahaman kita tentang seni berkeluarga dan ilmu kekeluargaan itu.
3. Saya tidak berhajat untuk membuat sebarang konklusi di sini, walaupun kebiasaannya saya akan menutup sesuatu perbincangan itu dengan satu keputusan bersama. Sebenarnya, ada satu pengalaman yang ingin saya kongsikan kepada pembaca sekalian. Kalau mungkin ada di antara anda tidak bersetujupun, sekurang-kurangnya boleh dijadikan bahan fikir. Saya ada tiga orang kenalan. Ketiga-tiga mereka ini mempunyai pengetahuan agama yang cukup baik. Berjiwa pejuang dan pemimpin. Ada yang ahli perniagaan. Dan lainnya, sebagai ahli akademik yang amat sohor dalam tanah air kita. Maksud saya, selalu terpapar dalam media arus perdana negara.
4. Apa yang saya lihat, ketiga-tiga mereka ini mempunyai satu persamaan. Iaitu, mereka memohon isteri mereka berhenti kerja atau tidak berkerja. Ada yang sanggup membayar puluhan ribu pampasan kepada kerajaan kerana isteri mereka berhenti kerja lebih awal daripada tempoh sepertimana yang dipersetujui di dalam kontrak. Pada fikiran manusia biasa, mereka pasti akan menempelak tindakan seperti ini. Tapi, kenapa para suami ini sanggup berbuat demikian? Dan, kenapa si isteri pula merelakannya? Sampai sanggup mengorbankan kerjaya dan keistimewaannya di dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional?
5. Saya pernah bertanya kepada salah seorang daripada mereka secara bersemuka. Dengan selamba sahabat saya ini menjawab, "Umar... Ibu itu sebenarnya satu profesion yang sangat penting, kritikal dan mulia. Oleh itu, isteri saya mesti menumpukan perhatian sepenuhnya kepada profesioannya. Seperti mana saya sebagai suami menumpukan perhatian saya kepada profesion saya sekarang."
6. Jawaban itu pendek dan saya kurang berpuas hati (masa itu saya masih bergelar mahasiswa). Akhirnya saya menjumpai jawapan kepada persoalan saya itu daripada penulisan-penulisan yang dituntaskan oleh kenalan saya yang ahli akademik tadi. Ada di antara mereka menganggap atau mendefinisikan keluarga itu sebagai sebuah negara. Yang Perdana Menterinya adalah si suami dan Menteri Pendidikannya adalah si isteri. Sementara anak-anak mereka merupakan Anak-Anak Didik. Beliau beranggapan begitu kerana menurut beliau keluarga itu sama malah mungkin lebih penting dan sukar dijaga berbanding sebuah negara. Justeru, amat wajarlah si isteri menumpukan perhatian dan kekuatannya kepada profesionnya sebagai Menteri Pendidikan di dalam rumahtangga.
7. Bagi mereka rumahtangga bukan hanya tempat untuk menyalurkan nafsu ke tempat yang halal, menghilangkan kesunyian dan tempat berteduh ketika kesakitan. Tetapi rumahtangga itu merupakan kilang untuk menghasilkan generasi pejuang yang bakal membela nasib rakyat dan negara pada masa depan. Kalaulah si isteri itu berkerja di luar, adakah tanggungjawbnya sebagai Menteri Pendidikan itu akan dapat ditunaikan dengan sempurna? Allah menciptakan manusia secara berpasangan. Ada lelaki dan ada perempuan. Maka diturunkan panduan kehidupan sesuai dengan fitrah masing-masing. Saya melihat, tindakan ketiga-tiga kenalan saya ini menepati fitrah dan meletakkan isteri mereka di tempat yang sepatut dan selayaknya.
8. Syukurlah. Saya melihat dari kejauhan, keluarga mereka ini tampak telah berjaya memenuhi konsep Rumahku Syurgaku. Anak-anakpun berkembang dengan baik dari semua aspek kehidupan samada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Syabas kepada mereka bertiga! Jadi, apa pendapat anda sekarang? Terpulanglah... itu hak masing-masing untuk membuat keputusan. Apapun, saya secara peribadi bersetuju dengan cara mereka. Dan, sekarang saya dalam proses pembelajaran mengikuti jejak mereka.
9. Akhir kata, kepada surirumah sekalian walau di manapun berada... saya ingin katakan bahawa usahlah bersedih dengan status kalian sekarang. Kalian sebenarnya telah membuat pilihan yang tepat. Yang penting kalian faham dan yakin kenapa kalian membuat pilihan demikian. Jika kalian mempunyai kekuatan yang lebih, kalian bukan sahaja boleh menjadi sebagai Menteri Pendidikan dalam rumahtangga kalian tetapi juga kepada masyarakat, negeri dan negara.
10. Kejadian jenayah yang dahsyat dalam negara kita dewasa ini, menuntut kita memberikan jawaban. Yang pasti ramai akan bersetuju bahawa semuanya bermula dari rumahtangga yang berantakan. Tidak kira samada rumahtangga rakyat atau pemimpin. Maknanya, Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan dalam rumahtangga-rumahtangga itu gagal di dalam memainkan peranan mereka. Ataupun, jawatan-jawatan itu tidak pernah wujud dalam rumahtangga yang terlibat? Wahai para isteri dan ibu sepenuh masa sekalian, kalianlah permata yang dicari... Ayuh, teruskan menghayun buaian dan goncangkanlah dunia!
Amaran: Formula ini tidak sesuai diamalkan oleh suami yang dayus atau tidak berkemampuan.
Nota: Kalau permata yang paling kuat adalah intan, salah seorang guru Bahasa Inggeris yang paling hebat pernah saya temui adalah beliau. Lihatlah sehingga selesai, saya pasti anda akan kagum dan tertawa, hehe...
© Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP