Ke Mana Perancang Dakwah?

Remaja Kristian berhimpun di sini lebih kurang seminggu dalam usaha memperkasakan jiwa dan keyakinan mereka.

Mengikut temubual yang SMS jalankan, peserta-peserta yang datang ke sini datang dari daerah-daerah seluruh Sabah. Bilangan peserta yang menghadiri perhimpunan di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang kelmarin 26 Ogos 2009 sahaja adalah seramai lebih dari 2000 orang.

Para pemikir Kristian terus-terusan menggembeling tenaga dan wang ringgit demi mencapai matlamat...Agar remaja mereka terbentuk dengan ajaran-ajaran Kristian.

REMAJA ISLAM bagaimana ? Kenapa pihak-pihak berwajib tidak belajar daripada apa yang mereka buat ? Cukupkah dengan hanya berforum dan bertindak atas kertas sahaja ? Atau dengan pelbagai alasan... "kami tidak punya peruntukan, tidak cukup tenaga pendakwah, tidak cukup kenderaan, tidak cukup itu dan ini..." atau cukupkah apa yang sudah ada ...?

Kalau kekurangan idea, kenapa tidak dipanggil orang perseorangan yang punya pemikiran serta pengalaman menjadikan remaja Islam benar-benar punya jadi diri TAUHID? Melihat gejala-gejala sosial masa kini, belia Islamlah yang paling banyak terjebak dengan berbagai kemungkaran..

SMS banyak kali melemparkan pandangan kepada pihak-pihak berwajib. Sama ada melalui blog atau media seperti surat khabar sedikit masa lalu. Ternyata pihak-pihak berkaitan telah melakukan kerja-kerja pendidikan para mualaf di Sabah, namun usaha ini belum cukup berbanding dengan keperluan mereka yang masih memerlukan perhatian khususnya para MUALAF nun jauh di pedalaman... Apapun, terima kasih kepada JAKIM, USIA, JAHEAINS dan YADIM. Pertingkatkan lagi usaha kalian kerana peruntukan berkaitan yang kerajaan salurkan pada badan-badan ini tidak pernah putus.

SMS mencadangkan agar pihak berkaitan dan kerajaan Malaysia mengambil perhatian tentang beberapa perkara, antaranya;

1. Lantik seorang senator dari kalangan mualaf agar permasalahan golongan mualaf sampai segera kepada pihak kerajaan.

2. Panggil penulis-penulis blog Islam di Sabah. Bekerjasama dengan mereka untuk merancang dan melaksanakan program dakwah.

3. Pihak-pihak berwajib perlu menjadikan kampung-kampung masyarakat Dusun yang penganut Islamnya mencapai 60% sebagai kampung angkat.

Sumber: Blog saudara saya, SUARA MUALAF SABAH (SMS) di http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/



KOMENTAR GMC:

1. Menyokong cadangan SMS seperti mana yang tercatat di atas.

2. Saya mempunyai ramai kawan yang beragama Kristian. Malah mereka juga sebahagian daripada keluarga saya. Apa yang saya lihat, komitmen mereka di dalam `berdakwah` boleh dicontohi.

3. Kepada mana-mana organisasi Islam yang berkaitan, bangunlah! Usah dilalaikan degan kerusi empuk atau penghawa dingin di pejabat. Beribu mualaf di pedalaman sedang melambai-lambaikan tangan memohon simpati.

Salam Ramadhan!


Syukur pada yang menciptakan langit dan bumi atas nikmat umur panjang, kesihatan yang baik dan rezeki murah. Asbab kepada semua ini, maka diri kita berpeluang untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini untuk yang kesekian kalinya.

Ekoran itu, GMC mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam walau di mana saja berada. Semoga beroleh ketaqwaan yang tulen!

GMC mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan kepada sesiapa saja yang mengenali diri ini, seandainya ada kesilapan. Lupakanlah sengketa lama, ayuh kita bina ukhuwah yang sejati. Salah dan silap kalian sudah lama saya maafkan.

Salam Ramadhan!

ANTARA TSUNAMI DAN BLOG


Tsunami dan blog memang rapat perkaitannya. Hanya 1 `klik`, kesannya amat dahsyat dan parutnya sukar untuk dipulihkan. Ringkasnya Tsunami terjadi apabila berlaku tiga peristiwa di dasar/kawasan lautan. Iaitu, gempa bumi (aktiviti sesar), letusan gunung berapi berskala besar dan hentaman meteorit. 1 `klik` yang saya maksudkan adalah, hanya dengan 1 gempa, hanya dengan 1 letusan atau hanya dengan 1 hentaman, proses Tsunami akan berlaku yang akhirnya membawa kemusnahan sekitar.

Demikian juga blog, hanya dengan 1 klik (publish post) maka akan terpaparlah hasil tulisan seseorang. Tulisan yang bakal mencorakkan negara, hatta seantero dunia. Yang menarik, liputannya bukan sahaja di Acheh, Phuket dan Jepun tapi seluruh dunia! Selagi internet boleh diakses. Siapakah yang lebih kuat impaknya, Tsunami atau blog? Semuanya bergantung kepada sejauh mana ketajaman pena seseorang. Jika pena itu dipegang oleh seorang penulis yang hebat, saya percaya ia boleh mendatangkan kesan yang amat luar biasa dan mungkin lebih dahsyat daripada Tsunami!

Bezanya cuma, kesan penulisan itu boleh ke arah kebaikan dan boleh juga ke arah kehancuran sesebuah peradaban. Justeru, dalam era IT yang sedang berjalan ini marilah bersama-sama kita menguasai dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Maklumat kini di hujung jari, begitulah yang selalu kita dengar. Barangsiapa yang menguasai teknologi ini, ia akan menguasai maklumat. Dan, barangsiapa yang menguasai maklumat, tidak mustahil ia akan menguasai dunia!

AHMAD YASIN: "Apabila Besar Nanti, Mau Bisnes Apa?"


Sebagaimana batu, manusia (anak) juga akan melalui pelbagai fasa perubahan. Apapun perubahannya, sebagai ayah saya mengharapkan agar anak ini akan menjadi jauh lebih baik berbanding ayahnya.

"Apabila besar nanti, mau bisnes apa?", soalan ini akan selalu saya tanyakan kepada anak saya. Semoga dengan cara ini, tradisi "Makan gaji" yang amat berpuaka itu akan dapat dipecahkan. Good luck Ahmad Yasin!

Sunah Berjuang!




Nota: Motivasi perjuangan untuk para Permata Bangsa. Hayatilah lagu ini. Tidak kira anda berjuang di medan mana. Samada sebagai petani, nelayan, pemandu teksi/bas/beca, tukang sapu, penulis, pelajar, surirumah, guru, pendakwah, pemimpin atau siapa saja. Ayuh!!!

Istimewa Untuk Insan-Insan Yg Pernah Kecewa...




Bumi juga mempunyai `perasaan'. Bumi akan kecewa apabila manusia menyemboronokannya! Namun, kekecewaan bumi itu akhirnya merugikan manusia juga. Tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global dan lain-lain lagi. Semua itu berpunca daripada angkara jahat tangan-tangan manusia.

Impaknya ramai manusia akan cedera, kerugian harta, mati dan seumpama dengannya. Justeru, janganlah menjadi manusia yang suka mengecewakan pihak lain. Kerana sakitnya amat menggigit dan memeritkan. Jika tidak mampu memberikan kebahagiaan, usahlah mengecewakan...

Nota: Hayatilah lagu itu. Lagu tersebut juga terpakai untuk para pemimpin, sebagai peringatan agar tidak mengecewakan rakyat.

Soekarno Marudu... Bangun!!!



Nota: Tajuk ini adalah lanjutan daripada Teori MAXIMUS. Dengarlah pidatonya. Jika engkau benar-benar seorang pejuang, hati engkau akan bergetar! Dan...

Teori M-A-X-I-M-U-S: Jawaban Kemunculan `Soekarno` Kota Marudu.

1. Saudara, geologi tidak ketinggalan dengan pelbagai teori. Dulu saya telah berkongasi tentang Teori Hanyutan Benua. Selain itu, ada pelbagai lagi teori lain. Contohnya Teori Darwin yang sesat lagi menyesatkan itu. Teori ini juga terpakai (walaupun sesat) apabila para Ahli Geologi membahaskan tentang isu-isu yang berkaitan dengan fosil.

2. Begitu juga di dalam dunia politik. Terdapat pelbagai teori. Salah satu yang paling popular adalah Teori RAHMAN. Ringkasnya, teori ini merupakan satu ramalan siapakah Perdana Menteri Malaysia selepas Allahyarham Tunku Abd. Rahman. Yang menariknya, walaupun ia hanya teori yang tidak jelas asal-usulnya, teori ini telah berjaya digenapkan dengan terlantiknya Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri ke-6.

3. Sehubungan itu, saya tertarik untuk menampilkan satu teori baru (kalau belum pernah disentuh sebelum ini) khas untuk dunia politik Kota Marudu. Teori ini saya namakan sebagai Teori MAXIMUS. Kenapa saya pilih nama itu? Pelbagai sebablah, tapi yang pasti beliau telah lama memegang Parlimen P. 168 Kota Marudu. Dan, beliau juga telah berjaya dilantik sebagai menteri penuh. Serta, beliau juga merupakan antara pimpinan terkanan dalam PBS. Maknanya, ada persamaan dari segi kenapa nama `RAHMAN` dipilih dalam teori tersebut. Saya kira tidaklah keterlaluan kalau kita pakai teori ini dalam konteks Kota Marudu.

4. Terlebih dahulu, saya ingin katakan bahawa tiada sesiapa yang mengupah saya menulis tajuk ini. Sebenarnya tujuan saya menulis berkenaan teori ini adalah untuk menjawab soalan `Siapakah Soekarno Kota Marudu dan bila ia akan memimpin kawasan ini`. Ianya berikutan tulisan saya dulu berkenaan "Tunggu Kaya Baru Mau Berjuangkah?" di dalam blog Suara Anak Marudu (SAM). Jika saudara masih ingat di dalam ruangan komen, ada dibahaskan tentang kewujudan Soekarno Kota Marudu. Dan, Mr. Aki di dalam blognya menyebut bahawa beliau tidak perlukan 10 pemuda. Lima orang sahaja kata beliau, sudah cukup untuk menggoncangkan Kota Marudu. Hebat! Tapi persoalannya, siapakah Soekarno yang dinanti-nantikan itu dan bila ia akan muncul?

5. Kalau saya ditanya soalan ini, saya akan bagi Teori MAXIMUS sebagai jawabannya. Berdasarkan perkataan `MAXIMUS` itu saya meramalkan Soekarno Kota Marudu yang ditunggu-tunggu itu ada pada huruf `X`. Maknanya, kemunculannya selepas si `A`. Siapakah si `X` itu, kita belum boleh pastikan lagi. Bersesuaian dengan sifat `X` di dalam matematik yang kita tahu kedudukan di mana, tapi kita tidak tahu apa jawabannya selagi kerja kira-kira itu belum selesai. Rumusan kepada teori ini adalah, Soekarno Kota Marudu pasti akan muncul (jika Tuhan izinkan) dan kemunculannya selepas si `A`. Sekarang ini masih `M` yakni YB. Datuk Dr. Maximus sendiri.

6. Baik... ini cuma satu lontaran idea politik. Jika ada kaki-kaki politik yang berminat membahaskan teori ini, dipersilakan. Kalian juga dialu-alukan untuk mengisi huruf-huruf yang masih kosong. Kalau tidak bersangkutan dengan kitapun, masih ada ruang untuk menukar nama yang terdapat di dalam IC kita, hehehe... Gurau! Saudara, sekarang ini kita sedang mencongak siapakah si `A` sebenarnya. Adakah dia YB. Anita Baranting, Sdr. Androd Sadian atau Dr. Anita Madinah (sekadar menyebut beberapa nama)? Atau, yang selainnya? Jika bukan mereka, adakah mereka ini atau selainnya akan mengisi tempat si `X`? Sama-sama kita nantikan...

Selamat berbahas!


Nota: GMC sebenarnya versatil. Anggaplah ini sebagai motivasi kepada orang-orang politik.
Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP