Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa, bukan mudah menjadi seorang motivator. Apatah lagi sebagai motivator bertaraf unggul. Bagaimanapun, setiap penyakit ada ubatnya. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Demikian jugalah dalam isu ini. sudah pasti ada jalan dan ruang untuk merealisasikan impian bagi mereka yang bercita-cita menjadi motivator. Berdasarkan pengalaman, pembacaan dan diskusi dengan mereka yang berpengalaman, di sini dikongsikan beberapa informasi penting tentang prasyarat menjadi motivator unggul. Prasayarat itu adalah seperti berikut: 1. Mempunyai keperibadian yang baik dan penampilan yang berkarisma. Keperibadian yang saya maksudkan di sini adalah akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia hanya akan lahir daripada diri seseorang yang taat pada perintah penciptanya yakni Allah SWT. Maknanya ia bersih daripada dosa-dosa yang berterusan dilakukan tanpa ditutupi dengan taubat nasuha. Akhlak yang mulia dan penampilan yang berkarisma ini penting sebagai motivator kerana tanggungjawab sebagai motivator adalah untuk mendengar masalah manusia, mencadangkan jalan penyelesaian masalah tersebut dan sehingga ke tahap merawat masalah tersebut dari perspektif sebagai seorang motivator. Kata kuncinya adalah, kalau seorang motivator itu sendiri yang bermasalah dari segi akhlak dan tidak mempunyai penampilan yang meyakinkan, bagaimana mungkin mereka boleh memperbaiki orang lain. Jelaslah di sini bahawa, prasyarat ini wajib dilepasi terlebih dahulu. 2. Mempunyai kepetahan berhujah dan pemikirian yang kritis. Kepetahan berhujah dan pemikiran yang kritis amat penting untuk memastikan komunikasi sebagai motivator itu berkesan. Maksud berkesan di sini adalah mesej yang ingin disampaikan, dapat disampaikan dengan lancar dan pendengar dapat menerima mesej itu dengan baik dan mampu untuk mengaplikasikannya. Malangnya, tidak semua orang mempunyai kelebihan ini. Saya berani katakan hanya sedikit sahaja. Apapun, kepetahan dan pemikiran yang kritis ini bisa dimiliki dengan syarat bersedia untuk belajar dan menjalankan latih tubi setiap hari. Seekor burung yang dilatih pun boleh bercakap. Apatah lagi manusia yang diciptakan sebaik-baik kejadian. Sebagai publisiti awal, saya dalam proses menyiapkan sebuah buku bertajuk 'Rahsia Menjadi Pemidato Terhebat'. Insya-Allah, apabila buku ini sudah siap, ia akan diterbitkan segera. Dalam buku ini akan diterangkan secara terperinci tentang bagaimana merangsang organ-organ ucapan agar ia boleh berfungsi dengan baik dan apakah latihan-latihan yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap Pemidato Hebat. Nantikan di pasaran... 3. Sifat kepimpinan dan pengurusan. Secara tidak langsung, seorang motivator akan berperanan sebagai pemimpin dan pengurus. Oleh itu, sifat ini perlu ada. Sifat ini penting terutamanya semasa mengendalikan sebuah kursus motivasi. Samada semasa sesi ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK), aktiviti riadhah dan lain-lain lagi. Seni kepimpinan dan pengurusan perlu ada bagi memastikan semua itu berjalan dengan lancar dan meninggalkan impak positif yang dalam kepada para peserta kursus. Buku berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan sebagai motivator juga akan bakal dterbitkan, inysa-Allah. Tiga perkara di atas baru prasyarat. Belum masuk syarat-syaratnya lagi. Tetapi, apabila seseorang itu mempunyai tiga prasyarat di atas, 80% individu ini boleh menjadi motivator dan berpeluang cerah untuk sampai ke tahap Motivator Unggul, insya-Allah. Wallahua'lam.
Mental Super Powers | Mindfulness and Equanimity
-
How to maximize your mental performance. Do better!
The post Mental Super Powers | Mindfulness and Equanimity appeared first on Learn
to Speak English Po...
4 months ago
No comments:
Post a Comment