Tip Motivator: Bagaimana Nak Istiqamah?

Saudara, walau apa cita-cita kita, walau apa impian kita dan walau apa misi perjuangan kita, ia pasti akan berhadapan dengan kehancuran dan kegagalan. Kendati pun dengan usaha yang keras dan bermatian-matian. Kegagalan dan kehancuran ini berlaku disebabkan TIDAK ADA ISTAQAMAH DALAM PERJUANGAN. Amalan yang sedikit tetapi berterusan lebih Allah SWT sukai daripada amalan yang banyak tetapi hanya dilakukan sekali. Dua pernyataan ini cukup bermakna jika kita sanggup menghalusinya. Kebanyakan kita berlumba-lumba dalam mengejar kebajikan. Hal ini bukanlah sesuatu yang negatif bahkan positif dan amat wajar. Persoalannya adalah bagaimana kita dapat mempertahankan sesuatu amalan sehingga mencapai tahap istiqamah.

Tubuh badan kita sebagaimana yang kita semua maklum terbina atas tiga komponen utama: jasad, akal dan ruh. Jasad selalu senang dengan keenakan nafsu. Akal cenderung menganalisis dan terjana dengan pembacaan dan dapat diwajarkan dengan hujah yang rasional. Ruh pula berkehendak kepada makanan kejiwaan dan lazimnya bertentangan dengan kehendak jasad. Namun begitu kita tidak perlu terlalu bimbang kerana ruh yang berkait rapat dengan iman jika sudah 'berdamai' dengan akal maka jasad mahu tidak mahu terpaksa 'surrender', menurut kehendak ruh dan akal. Sesungguhnya iman yang baik akan menjadi penasihat kepada diri dan akal.Pun begitu kita harus bijak menundukkan jasad kita kerana dalamnya terdapat tiga jenis ego: ego ibu bapa, ego dewasa dan ego kanak-kanak. Ego ibu bapa selalu menekan, mengkritik dan menghukum. Ego kanak-kanak selalu merengek, mengalah dan cepat merajuk. Kedua-duanya akan didamaikan oleh ego dewasa yang bersifat rasional dan tidak berat sebelah.Baiklah, ke pokok perbincangan: menjadikan amalan kita istiqamah.

Apabila kita hendak meningkatkan amalan kita ke satu tahap yang lebih tinggi misalnya jika dahulu hanya baca Surah Al-Kafirun dalam solat sekarang berhajat membaca surah-surah lain yang lebih panjang. Atau kita hendak menambah amalan baru yang sebelum ini tidak pernah kita buat misalnya kita tidak pernah bangun solat malam atau melazimkan membaca Ma'thurat Kubra dan sekarang kita mahu melakukannya.Jika kaedah yang kita gunakan bersifat 'segera' maka dengan segera jugalah kita akan meninggalkan amalan tersebut atau menghentikan usaha kita. Kenapa? Apabila kita hendak berubah tidak kira sama ada menambah atau membuang sesuatu ke dalam atau daripada diri kita, kita cuba mengubah sistem diri kita secara keseluruhan. Oleh itu hati-hati kerana silap langkah tidak mustahil kita akan mengalami kelumpuhan sistem, 'system breakdown'.

Cara yang dapat kita gunakan, mulakan dengan sedikit dan jarakkan. Misalnya hanya baca Ma'thurat Kubra pada hujung minggu atau hanya pada hari Sabtu/Ahad. Hafal satu ayat Quran sahaja dalam masa seminggu sebelum tambah ayat baru. Jangkamasanya, biarkan samapai amalan ini mendarah daging, sehingga kita tidak betah duduk hujung minggu jika tidak membaca Ma'thurat Kubra. Dan jangan pula menambah banyak-banyak amalan serentak. Sesungguhnya perubahan yang kecil itu indah kata Dato’ Dr. Mohd Fazilah Kamsah.Cabarannya memang ada. Pertama, ego ibu bapa akan mengkritik jika kita tidak lancar menghafal atau tersengguk-sengguk membaca Ma'thurat Kubra. Barangkali ada bisikan dalam minda kita yang berkata, "Kamu ni teruk. Orang lain tidak susah begini. Kamu memang tak mampu."Biarkan dia, teruskan usaha kita. Katakan, "Sekarang saya baru bermula, beri saya peluang untuk cuba lagi sehingga saya jadi baik." Kedua ialah ego anak yang memberontak.

Bisikannya mungkin,"Apa yang kamu buat ni? Bukankah sekarang masa untuk main bola/ jumpa kawan..." Pujuk dia. Katakan padanya,"Ya, kita main lepas ini. Kita jumpa kawan kemudian. Sekejap saja, ya."Cabaran ketiga dan rasanya paling besar dan berbahaya adalah kombinasi nafsu dan syaitan. Ketika kita mula rasa selesa dengan amalan baru yang kita tambah, kecenderungan kita adalah meningkatkannya ke tahap seterusnya dengan segera. Misalnya daripada menghafal satu ayat seminggu, kita tingkatkan kepada lima ayat seminggu atau lebih. Daripada membaca Ma'thurat Kubra seminggu sekali, kita gagahkan untuk buat setiap hari. Adakah salah? Tidak, tetapi bahaya!Kenapa bahaya? Apabila kita cuba memaksa diri kita ke tahap kedua tergesa-gesa, bayangkan kita cuba makan dengan menyumbat suapan kedua dan ketiga sebelum suapan pertama benar-benar masuk ke dalam sistem kita.

Apa yang berlaku? Kita ada potensi untuk tercekik dan kesannya kita akan tersedak dan tidak mustahil muntah. Apabila muntah, bukan suapan kedua dan ketiga sahaja yang keluar, suapan pertama ikut ternyah dari sistem kita. Nah... di sinilah syaitan akan mainkan peranannya.Nafsu yang tidak sabar mendorong kita tergesa-gesa berubah dan apabila kita gagal, syaitan akan bisikkan,"Kau memang tak mampu, tak usahlah hendak berlebih-lebih. Cukuplah dengan dirimu sekarang, kau sudah baik.” Akhirnya kita pun balik ke takuk lama, 'back to square one'. Jangan kita lupa syaitan bukan sahaja mengajak kita berbuat jahat bahkan dia menghalang kita berbuat baik. Seperti kita amar makruf nahi mungkar, dia amar mungkar nahi makruf dan syaitan memang sangat istiqamah dengan kerjanya.Oleh itu setiap kali nafsu kita berkobar-kobar hendak ke tahap yang kedua atau ketiga, tekan-tekan dulu perasaan itu, biar diri kita terus 'bernafsu' hendak mengerjakan amal. Misalnya jika kita cuba menetapkan membaca semuka al-Quran setiap hari. Jika timbul nafsu hendak membaca dua muka surat, jangan! Supaya esok diri kita tidak sabar-sabar hendak membaca semuka lagi al-Quran kerana diri kita tahu kita hanya akan baca semuka sahaja.

Jika belum stabil kita sudah membaca muka kedua, jangan terkejut jika esok kita hendak mengajak diri kita membaca al-Quran dia akan memberikan alasan, "Kan semalam dah baca dua muka, dah 'cover' untuk hari ni. Esok sajalah..."Biarlah jika setahun atau dua tahun kita hanya membaca ma'thurat kubra pada hujung minggu sebelum menambah membacanya dua kali seminggu asalkan amalan itu meresap dalam sistem kita sehingga tidak dapat dinyahkan lagi bahkan menjadi keperluan diri kita. Sesungguhnya hanya akan mudah jika dimudahkan Allah. Oleh itu sama-samalah kita bermohon agar Allah menjadikan kita orang yang istiqamah dan lebih daripada itu ikhlas beribadah kepadaNya, tidak sekadar hendak memuaskan ego kita bahawa kita hebat. Wallahu a'lam.

Sumber: Ubahsuai daripada http://rinaldimunir/wordpress.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP