Di dalam mengupas teori ini, tiga kata kunci penting mesti diperhalusi iaitu, kepercayaan (belief), nilai (value) dan sikap (attitude). Secara mudah saya ingin katakan bahawa, kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu perkara akan melahirkan satu nilai yang kuat terhadap perkara tersebut. Kombinasi kepercayaan dan nilai yang kuat akan mencetuskan satu sikap yang kuat berkenaan perkara tersebut. Natijahnya, kejayaan yang kita harapkan di dalam perkara tersebut akan tercapai dan kita akan mendapat kepuasan yang amat mengagumkan.
- "9/10 sumber rezeki/kekayaan adalah datang daripada perniagaan. Perniagaan merupakan sebuah bidang pekerjaan yang mulia dan paling hampir kepada kekayaan." (Kepercayaan/belief).
- "Seronoklah apabila memiliki sebuah perniagaan yang menguntungkan. Apabila duit banyak, lebih mudah kita bersedekah dan semua kesempitan hidup kita akan dapat di atasi." (Nilai/value).
- "Saya akan berusaha sedaya-upaya untuk memulakan perniagaan. Sebagai permulaan, saya akan memilih jenis perniagaan yang akan saya ceburi. Selepas itu, saya akan mengikuti kursus berkaitan dan memulakan perniagaan kecil-kecilan terlebih dahulu." (Sikap/attitude).
Situasi yang digambarkan di atas adalah situasi positif. Saya ingin tekankan di sini bahawa, situasi ini tidak akan selamanya positif. Kebanyakan kita akan berhadapan dengan situasi yang negatif. Sebagai kesimpulannya, jikalau kita ingin menjana satu kejayaan yang besar di dalam apa sahaja lapangan yang kita ceburi, kita mestilah mulakan dengan KEPERCAYAAN. Pastikan kepercayaan itu `besar`. Kemudian dikuti dengan NILAI yang `besar`. Seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini, kombinasi kepercayaan dan nilai yang besar akan menghasilkan SIKAP yang sudah pasti juga `besar`. Insya-Allah kejayaan yang kita perolehi juga kejayaan yang `besar`. Formulanya adalah seperti di bawah. Wallahua`lam.
[KEPERCAYAAN (K) + NILAI (N) ]+ SIKAP (S) = BERJAYA (B)
[K + N]+ S = B
No comments:
Post a Comment