"Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya." (Surah al-Anbiya: 32)
Secara ringkasnya, dari segi istilah taqwa didefinisikan sebagai melaksanakan yang diperintah dan meninggalkan yang dilarang. Buat yang disuruh, tinggalkan yang dilarang oleh Allah swt. Apabila sifat taqwa ini ada dalam diri kita, maknanya kita telah mempunyai satu sistem perisai dosa yang baik.
Semakin kuat taqwa kita, maka semakin selamatlah kita daripada sebarang perbuatan dosa. Baik, apa kaitannya dengan teras bumi? Sebenarnya, fungsi teras bumi adalah lebih kurang sama dengan taqwa. Teras bumi merupakan medan magnet gergasi bumi yang berperanan menghasilkan Jalur Van Allen di ruang atmosfera bumi.
Menurut Dr. Hugh Ross, medan magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi daripada pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan tidak mungkin berada di bumi. Letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan semua kehidupan dalam dunia. Perisai radiasi Van Allen adalah satu rekaan yang unik kepada bumi.
Kesimpulannya, perkasakan taqwa kita kepadaNya seperti mana perkasanya teras bumi di dalam menghasilkan Jalur Van Allen. Insya-Allah, kita terselamat daripada dosa. Ya, dosa yang pasti mengundang murkaNya. Wallahua`lam...
Kesimpulannya, perkasakan taqwa kita kepadaNya seperti mana perkasanya teras bumi di dalam menghasilkan Jalur Van Allen. Insya-Allah, kita terselamat daripada dosa. Ya, dosa yang pasti mengundang murkaNya. Wallahua`lam...
No comments:
Post a Comment