1. Saudara, geologi tidak ketinggalan dengan pelbagai teori. Dulu saya telah berkongasi tentang Teori Hanyutan Benua. Selain itu, ada pelbagai lagi teori lain. Contohnya Teori Darwin yang sesat lagi menyesatkan itu. Teori ini juga terpakai (walaupun sesat) apabila para Ahli Geologi membahaskan tentang isu-isu yang berkaitan dengan fosil.
2. Begitu juga di dalam dunia politik. Terdapat pelbagai teori. Salah satu yang paling popular adalah Teori RAHMAN. Ringkasnya, teori ini merupakan satu ramalan siapakah Perdana Menteri Malaysia selepas Allahyarham Tunku Abd. Rahman. Yang menariknya, walaupun ia hanya teori yang tidak jelas asal-usulnya, teori ini telah berjaya digenapkan dengan terlantiknya Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri ke-6.
3. Sehubungan itu, saya tertarik untuk menampilkan satu teori baru (kalau belum pernah disentuh sebelum ini) khas untuk dunia politik Kota Marudu. Teori ini saya namakan sebagai Teori MAXIMUS. Kenapa saya pilih nama itu? Pelbagai sebablah, tapi yang pasti beliau telah lama memegang Parlimen P. 168 Kota Marudu. Dan, beliau juga telah berjaya dilantik sebagai menteri penuh. Serta, beliau juga merupakan antara pimpinan terkanan dalam PBS. Maknanya, ada persamaan dari segi kenapa nama `RAHMAN` dipilih dalam teori tersebut. Saya kira tidaklah keterlaluan kalau kita pakai teori ini dalam konteks Kota Marudu.
4. Terlebih dahulu, saya ingin katakan bahawa tiada sesiapa yang mengupah saya menulis tajuk ini. Sebenarnya tujuan saya menulis berkenaan teori ini adalah untuk menjawab soalan `Siapakah Soekarno Kota Marudu dan bila ia akan memimpin kawasan ini`. Ianya berikutan tulisan saya dulu berkenaan "Tunggu Kaya Baru Mau Berjuangkah?" di dalam blog Suara Anak Marudu (SAM). Jika saudara masih ingat di dalam ruangan komen, ada dibahaskan tentang kewujudan Soekarno Kota Marudu. Dan, Mr. Aki di dalam blognya menyebut bahawa beliau tidak perlukan 10 pemuda. Lima orang sahaja kata beliau, sudah cukup untuk menggoncangkan Kota Marudu. Hebat! Tapi persoalannya, siapakah Soekarno yang dinanti-nantikan itu dan bila ia akan muncul?
5. Kalau saya ditanya soalan ini, saya akan bagi Teori MAXIMUS sebagai jawabannya. Berdasarkan perkataan `MAXIMUS` itu saya meramalkan Soekarno Kota Marudu yang ditunggu-tunggu itu ada pada huruf `X`. Maknanya, kemunculannya selepas si `A`. Siapakah si `X` itu, kita belum boleh pastikan lagi. Bersesuaian dengan sifat `X` di dalam matematik yang kita tahu kedudukan di mana, tapi kita tidak tahu apa jawabannya selagi kerja kira-kira itu belum selesai. Rumusan kepada teori ini adalah, Soekarno Kota Marudu pasti akan muncul (jika Tuhan izinkan) dan kemunculannya selepas si `A`. Sekarang ini masih `M` yakni YB. Datuk Dr. Maximus sendiri.
6. Baik... ini cuma satu lontaran idea politik. Jika ada kaki-kaki politik yang berminat membahaskan teori ini, dipersilakan. Kalian juga dialu-alukan untuk mengisi huruf-huruf yang masih kosong. Kalau tidak bersangkutan dengan kitapun, masih ada ruang untuk menukar nama yang terdapat di dalam IC kita, hehehe... Gurau! Saudara, sekarang ini kita sedang mencongak siapakah si `A` sebenarnya. Adakah dia YB. Anita Baranting, Sdr. Androd Sadian atau Dr. Anita Madinah (sekadar menyebut beberapa nama)? Atau, yang selainnya? Jika bukan mereka, adakah mereka ini atau selainnya akan mengisi tempat si `X`? Sama-sama kita nantikan...
Selamat berbahas!
Nota: GMC sebenarnya versatil. Anggaplah ini sebagai motivasi kepada orang-orang politik.
Mental Super Powers | Mindfulness and Equanimity
-
How to maximize your mental performance. Do better!
The post Mental Super Powers | Mindfulness and Equanimity appeared first on Learn
to Speak English Po...
4 months ago
4 comments:
Good work Mr. Al-Longobi! I`m so proud of you... Thanks.
maria,
thank you very much. there is no the most powerful but Allah. have a wonderful day!
"X"? ditentukan/dipilih/disokong oleh "A" yang ditakdirkan oleh yang Maha Berkuasa pastinya.
Jika teori ini benar, "A" lah yang akan menentukan kesinambungan teori ini dan bukannya M. Kerana rasa2nya, M tidak terfikir sejauh/sekreatif sdr berfikir. Namun, apa yang sdr terfikir/fikir itu sendiri rasanya diilhamkan oleh NYA jua...
Namun, cuba bayangkan kalau teori sdr ini benar adanya. Tidakkah marah/kecewa/panasaran orang-orang lain yang namanya bukan "A", "X", dll itu? - USAH MENANGIS KAWAN, TAKDIR TUHAN USAHLAH DILAWAN, KITA TAK MUNGKIN DAPAT MELAWAN BAHKAN TAK MAMPU PUN UNTUK MENCABAR -NYA...
"Saudara2/iku...jika benar kita ini pejuang yang tulus ikhlas...kita tidak pernah mahu menjadi ketua dan tidak pernah juga mahu memaksakan kejayaan pada era kita, kerana bukankah perjuangan dan kejayaan itu memerlukan langkah beribu?..."
Sanguru,
memang si `A` lah yg menentukan kesinambungan teori ini dan bukannya si `M`, hehe.
rasanya tiada apa yg perlu diulas lagi. komentar sanguru sudah lebih daripada cukup sebagai kesimpulan entri ini. sdr/i sekalian, bersama kita fikirkan. Dan, bertindak sekiranya diperlukan...
terima kasih.
Post a Comment