Tsunami dan blog memang rapat perkaitannya. Hanya 1 `klik`, kesannya amat dahsyat dan parutnya sukar untuk dipulihkan. Ringkasnya Tsunami terjadi apabila berlaku tiga peristiwa di dasar/kawasan lautan. Iaitu, gempa bumi (aktiviti sesar), letusan gunung berapi berskala besar dan hentaman meteorit. 1 `klik` yang saya maksudkan adalah, hanya dengan 1 gempa, hanya dengan 1 letusan atau hanya dengan 1 hentaman, proses Tsunami akan berlaku yang akhirnya membawa kemusnahan sekitar.
Demikian juga blog, hanya dengan 1 klik (publish post) maka akan terpaparlah hasil tulisan seseorang. Tulisan yang bakal mencorakkan negara, hatta seantero dunia. Yang menarik, liputannya bukan sahaja di Acheh, Phuket dan Jepun tapi seluruh dunia! Selagi internet boleh diakses. Siapakah yang lebih kuat impaknya, Tsunami atau blog? Semuanya bergantung kepada sejauh mana ketajaman pena seseorang. Jika pena itu dipegang oleh seorang penulis yang hebat, saya percaya ia boleh mendatangkan kesan yang amat luar biasa dan mungkin lebih dahsyat daripada Tsunami!
Bezanya cuma, kesan penulisan itu boleh ke arah kebaikan dan boleh juga ke arah kehancuran sesebuah peradaban. Justeru, dalam era IT yang sedang berjalan ini marilah bersama-sama kita menguasai dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Maklumat kini di hujung jari, begitulah yang selalu kita dengar. Barangsiapa yang menguasai teknologi ini, ia akan menguasai maklumat. Dan, barangsiapa yang menguasai maklumat, tidak mustahil ia akan menguasai dunia!

7 comments:
Makin hebat ko ni ambaya...mengalahkan tsunami...hehe.
Keep it up.
Babanar gam ino ambaya? hehe...
Apapun, oleh kerana ketsunamian blog ini ramai rakan lama dapat bertemu kembali. Melalui blog kita lebih mudah mengenali hati budi seseorang (melalui gaya penulisannya). Dan, melalui blog juga kebersamaan itu tetap kuat walau berada di lokasi yg berbeda.
Itu belum disentuh lagi soal perjuangan... :-)
Betul bah...sya cakap jujur dan ikhlas tu..hehe
Memang benar, blogging membuka ruang utk menyelami jiwa orang lain dgn lebih dalam dan.. of course merapatkan hubungan sesama kita...yg jauh2 pun terasa dekat...sentiasa dekat di hati kan ambaya :D
syabas betty..... tsunami blog akan menjelmakan tsunami politik....
percayalah...
(percaturan minda rentak 1)
Mimie,
Hehe... betul tu. Yg jauh dapat didekatkan. Yg dekat, dapat dirapatkan. Dan, yg rapat dapat dimesrakan. Memperkasa hubungan persahabatan dan persaudaraan.
Sdr. Dinakan,
Bohot2 syukria babuji, hehe. Ya, Fiez.. Sy percaya. Mungkin PRU-13 di KM akan mengalami transformasi. Kalau bukan banyak, sedikit.
banar tu .. ust sokong, he.he lama ndak cakap syabah lupa sudah ba..
hmm.. mohon izin utk ustaz paparkan post ni dalam blog ustaz.
hehehe... hebat ustaz! Masih boleh kece Sabah. Silakan ustaz, harap diedit mana2 yg kurang tepat.
Sebenarnya ustazlah orangnya yg memperkenalkan sy kpd dunia internet (hehe, pecah rahsia). Mungkin Ustaz dah lupa. Ia berlaku pada tahun 1998, masa ustaz minta kami buka email masing-masing. Terkinja2 sy time tu di CC Pekan LD. Hehe... Tq ustaz.
Post a Comment