Motivasi Cinta


Dosa Berakar Di Saat Cinta Berakhir

Oleh,
Y.Bhg Ust. Sarip Adul
Pensyarah PPIB, UMS

Minggu ini saya menerima banyak call dari beberapa orang bekas pelajar saya yang memulangkan semula ‘kasut buruk’ yang pernah saya serahkan ketika mereka belajar dengan saya di UMS dulu. Awal-awal lagi saya sudah mengetahui bahawa mereka berhadapan dengan masalah hidup.

Selalunya mereka ingat saya semula bila ada masalahlah…he he, takpe ingat gak. Cuma cerita mereka kebetulan sama….ditinggalkan kekasih yang sudah bertahun-tahun memetri cinta kasih sepanjang sama-sama menuntut di UMS. Alasan si lelaki senang sahaja, dia sudah temui orang yang lebih baik, lebih memahami dirinya dan pelbagai alasan yang lain.

Tiga tahun yang lalu, lain pula dialognya…antara dialog paling polular: kaulah gadis yang dah lama aku cari, memiliki segala sifat kewanitaan, calon isteri paling ideal, wajah redup dan ayu…uaaakkh. Si perempuan pula bila ditanya oleh rakan-rakannya tentang BF baru menjawab: I sangat yakin dengan dia, dia boleh memimpin I, dia sangat caring, hansome, very sweet…Islamic, beragama, berakhlak…pujian yang kalau diangkat ke langit pun pasti lebih tinggi dari gunung Kinabalu ( akupun tak pernah naik).

Sebenarnya alasan yang paling kukuh ialah, jemu…boring…kerana sudah terlalu lama memadu kasih, dah tak ada kalimah puitis yang terkini dan sensasi untuk diucapkan lagi. Maklumlah tiga empat tahun mengulang kata-kata yang sama… I love U, I miz U…sayang abang, rindu abang, saya amat yakin pada awak. Kekadang agak islamic sedikit bunyinya…saya sayang awak kerana Allah…he he..demi pembinaan usrah muslimah.

Tapi bila dah lama, berkali-kali, berulang-ulang..sms yang dulu amat dinanti-nanti, kini kehadirannya amat membosankan. Apatah lagi sudah ada regu baru yang sudi mengungkapkan perkataan yang sama, walau bunyinya sama tapi energynya berbeza. Orang barulah katakan…Dulu juga wanita dan jejaka itulah idaman dan impian hati.

Ternampak wajahnya dari jauhpun terbayang-bayang hingga terbawa ke dalam mimpi. Puji habis kecantikannya seolah-olah dialah segala-galanya. Namun wajah yang dulunya ditenung penuh kenikmatan dan kesyahduan setiap kali memadu kasih di Library atau di kafe…kini wajah itu makin hambar, bukan kerana makin banyak jerawat dan jeragatnya, tapi kerana dah tiap hari memandang wajah yang sama, lama-lama dah tak tahu mana cantiknya…kekadang memandang tukang angkat pinggan di cafeteria jauh lebih cantik dari wajahnya.

Jemu, itu tabiat manusia. Manusia akan jemu dengan perkara yang sama. Durian memang sedap bagi pengemarnya, tapi kalau tiap hari memakannya walaupun diberikan percuma…manusia akan jemu. Lagu kumpulan ‘Ungu’ memang sedap melody dan puitis liriknya…tapi kalau dah ulangkali mendengar, jemu dan memekakkan telinga.Akhirnya bila dah jemu dan bertemu orang baru…segala janji yang dibina lewat sms atau ketika menyewa kereta bersama…terburai umpama perut anjing kena langgar di tepi jalan sulaman.

Kalau difilemkan, bisa menanggis satu pewagam…Tapi janji itu, janji kosong. Janji yang tidak diikat oleh sebarang kontrak perundangan. Tiada surat rasmi…malah tiada saksi, kerana sering diungkapkan lewat sms ketika tengah malam ketika burung hantupun sudah melelapkan mata. Tidak ada mahkamah yang mampu mendengar penghakiman.

Biar menanggis satu tempayan.Kalau dulu, mereka pasangan bahagia…orang pun kagum dengan keintiman mereka. Study di library bersama, tengok wang bersama, makan bersama, bila keluar pakai pakaian warna yang sama, bulan ramadhan buka puasa bersama…siap si lelaki baca doa berbuka dan diaminkan oleh si dara umpama orang sudah berumahtangga. Ada yang sampai berkongsi segala…PTPTN dilahap bersama, kad ATM pasangan pun dipegang oleh kekasih.

Password email dan friendster pun sanggup diberikan pada kekasih. Bak kata dah macam laki bini yang menunggu pengesahan…bahkan ada gadis yang sanggup diperlakukan seumpama seorang isteri oleh Bfnya…kerana terlalu yakin bahawa masa depan untuk mereka dan bila dah kahwin sempatlah menebus dosa…bodohhhhh.Tapi dah terjadi peristiwa begini yang tak disangka-sangka? Tinggallah hati dipenuhi kehampaan dan dendam kesumat.

Orang yang ditinggalkan lagi menanggung risiko berbanding orang yang meninggalkan. Namun..qrang yang meninggalkan pula jangan lupa balasan tuhan. Okeylah lagi kalau perpisahan itu tidak mengurangkan sedikitpun ‘value’ diri. Tapi bagaimana dengan mereka yang telah korbankan maruah dan harga diri? Nak claim semula di mana? Apa lagi yang akan diwariskan pada anak-anak di masa hadapan? Atau dia juga akan mewarisi DNA jahat ibubapanya…

Bagaimana dengan dosa bertimbun yang telah tercatat dan tak akan terpadam kecuali dengan taubat…mungkin cerita silam dan kekecewaan berjaya dilupakan dengan menemui pasangan baru, tapi dosa yang dilakukan tak pernah tuhan lupakan dan menunggu harinya untuk dijatuhkan hukuman.Itulah cinta yang bukan berpaksi iman dan tidak diikat oleh akad perkahwinan.

Ramai yang sudah kecundang, hilang maruah diri dan jauh dari tuhan. Usia muda terbuang begitu saja…sedang orang lain gunakan masa yang sama untuk membina kekuatan diri dan persiapan terjun ke medan perjuangan. Akhirnya dia sendiri akan berkata kepada dirinya…bodoh betul aku selama ini kerana diperbodohkan.

Tapi itulah hukum tuhan, maksiat tidak membawa berkat…Kepada pasangan yang dah mula merasakan hangatnya cinta…kalian juga tidak terkecuali dan berkemungkinan mengalami nasib yang sama. Sebelum semua itu terjadi…fikirkanlah bagaimana nak menghalalkan hubungan tersebut? Iaitu dengan perkahwinan. Andai belum bersedia, jangan habiskan masa melayan perasaan yang tidak tahu penghujung dan sempadan.

Banyak lagi kerja lebih mulia yang boleh dilakukan dalam usia muda….Bila ku melintas di Kafe Kg E malam tadi…ramai benar pasangan 2 sejoli sedang memadu kasih dan janji. Apakah mereka menerima nasib yang sama tiga tahun lagi? Tak mustahil. Tapi yang jelas, para Malaikat sibuk menulis hujah-hujah mereka untuk menyaman pasangan tersebut di hadapan Allah Azza Wajalla kerana tanpa segan silu melakukan dosa…ermmm. Merapu pulak aku… Tapi benar kata Salafussoleh Yahya alWarraq:''Sesiapa yang reda pancainderanya mengikuti syahwatnya, maka ia mula menanam dalam hatinya pohon penyesalan''.

Presiden Bush Dibaling Kasut- Apa nilai motivasinya?







"This is a goodbye kiss from the Iraqi people, dog!"
-Muntadar al-Zeidi -

Apa yang saya boleh katakan di sini adalah, tahniah kepada Muntadar al-Zeidi di atas keberaniannya bertindak membaling kasut ke arah muka Presiden Bush. Saya bersangka baik terhadap niat si pembaling itu. Pada saya beliau membaling itu disebabkan bermacam-macam faktor.

Boleh jadi disebabkan kemarahan/kebenciannya yang meluap-luap. Kemarahan/kebencian meluap-luap yang sudah sekian lama dipendamkan, sehingga beliau tidak dapat mengawal emosi.

Boleh jadi juga disebabkan beliau ingin popular di seantero dunia sebagai seorang wartawan yang berani. Ada kemungkinan juga disebabkan wujud `pakatan` di antara si pembaling dan yang dibaling itu. Ya, bermacam-macam kemungkinan. Hanya Allah SWT, beliau dan yang diizinkan Allah SWT untuk tahu sahaja yang tahu perkara sebenar.

Pelbagai respon yang kita lihat terhadap isu ini. Ramai yang memuji keberanian dan menyokong tindakan Muntadar al-Zeidi. Ramai juga yang mengatakan tindakan beliau biadab dan tidak kena pada masanya. Ada juga orang yang di atas pagar. Langsung hatinya tidak tersentuh dengan peristiwa ini. Walau apapun, reaksi mereka itu adalah hak masing-masing untuk memberikan pandangan.

Seperti mana insan lain, saya juga teruja untuk memberikan beberapa reaksi terhadap peristiwa 'baling kasut' ini. Izinkan saya memberikan pandangan yang sedikit berbeda berbanding yang lain, sebagaimana berikut:

  1. Kenapa kasut itu tidak mengenai kepala Presiden Bush? Sedangkan Muntadar al-Zeidi mempunyai 2 peluang untuk membaling. Dalam jarak yang begitu dekat, sekurang-kurangnya kalau bukan kepala, kasut itu sepatutnya akan mengenai dada Presiden Bush. Alahai... kenapalah tidak kena kepalanya? Maknanya, untuk menepati sasaran kita perlu ada kepakaran. Kepakaran itu akan datang melalui pembelajaran berterusan dan latihan yang mantap serta pengalaman yang dimiliki.

  2. Kita perlu sedar, Presiden Bush bukan sembarangan orang. Beliau merupakan `Ketua Polis` dunia! Ratusan ribu tentera adalah di bawah telunjuknya. Jadi, kalau setakat kasut... apalah sangat bagi seorang Bush. Bush kan selalu `bermain` dengan peluru berpandu. Sebab itu Presiden Bush boleh mengelak dengan pantas. Maknanya, sebelum kita menyerang seseorang, kita perlu selidiki kekuatan lawan. Jangan semborono sahaja.

  3. Setinggi manapun pangkat seseorang, janganlah berasa bongkak kepada sesama insan. Jangan lupa ada yang Maha Kuasa. Ingat, seorang raja yang bernama Namrud pun tewas dek nyamuk seekor. Macamanapun ketat kawalan keselamatan seseorang, ia tidak akan selamat selamanya. Siapa pernah menyangka peristiwa `baling kasut` itu akan berlaku? Oleh itu, sebagai pemimpin memimpinlah dengan adil. Jangan sampai ada hak-hak rakyat yang kita abaikan. Khuatir, bukan kasut lagi yang akan dibaling ke arah pemimpin tetapi bom!

Demikianlah beberapa nilai motivasi yang saya boleh kongsikan kepada pembaca sekalian. Sekadar sembang-sembang sahaja. Mudah-mudahan ada manfaatnya. Wallahua`lam...

Perkasakan Motivasi Diri Dgn Membaca Kisah Hidup Tokoh Yg Anda Kagumi.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Tidak akan hilang satu golongan dari umatku yang akan menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan dimudharatkan oleh orang-orang yang cuba menentang dan merendah-rendahkan mereka sehinggalah tiba pertolongan dari Allah SWT". Sahabat bertanya kepada Baginda SAW: "Siapakah mereka wahai Rasulullah?" Jawab Nabi: "Manusia dari umatku di Baitulmaqdis dan pelindung-pelindung (mujahid-mujahid) di Baitul Maqdis".

Subuh yang hening, 22 Mac 2004, tiba-tiba dikejutkan oleh suara deruman helikopter Apache buatan Amerika Syarikat. Syeikh Ahmad Yasin yang ketika itu baru saja keluar dari Masjid Akademi Islam selepas mengerjakan solat Subuh, terkejut.

Helikopter itu milik Israel. Hanya dalam masa beberapa saat saja, kesunyian bandar Gaza dipecahkan oleh gegaran sebutir peluru berpandu yang meluncur tepat ke arah pemimpin agung Hamas yang dicintai oleh rakyat Palestin itu.

Belum lagi hilang asap ledakan yang pertama, peluru kedua dan ketiga segera menyusul. Subuh itu juga jasad, Syeikh Ahmad Yasin syahid. Jasadnya berkalang tanah, hancur bersama kerusi roda yang setia menemaninya sekian lama.

Beberapa orang yang berada di sekitar tempat itu bertempiaran lari sambil menjerit-jerit. Tiada apa yang dapat mereka lakukan. Enam orang lain, termasuk dua orang pengawal dan seorang anak lelakinya, turut terkorban dalam serangan tersebut. 17 yang lain cedera.

Jenazah kesemua mereka segera dikejarkan ke Hospital As-Shifa` di bandar Gaza. Hampir seluruh tubuh Syeikh Ahmad Yasin hancur menjadi cebisan-cebisan daging yang berserakan, kecuali kepalanya. Wajahnya tersenyum, seolah-olah menunjukkan betapa bahagianya saat itu.

Setelah berjalan jauh di jalan jihad, akhirnya Syeikh Ahmad Yasin mendapat apa yang ia cita-citakan. Sudah sampai masa untuk ia mengadap Tuhannya. Hari itu seluruh tanah Palestin seakan bergetar, lebih-lebih lagi ketika berita itu menyebar ke telinga setiap para pencinta jihad.

Getaran syahidnya telah membuat seluruh rakyat Palestin bersimpuh lumpuh dan diselimuti rasa sedih yang tiada taranya. Seluruh isi Palestin menangis, deraian air mata membanjiri jalan-jalan.

Jika diberi kesempatan, pastilah setiap orang daripada mereka ingin menjadi orang yang menghantarkan jenazah beliau ke kuburan. Atau sekurang-kurangnya mendapat kesempatan untuk menyaksikan wajahnya yang menyejukkan.

Atau sekadar meraba tapak tangannya yang hancur supaya dapat belajar bagaimana cara memukul musuh, serta bagaimana seharusnya menjalani kehidupan ini. Pengumunan segera dibuat di masjid-masjid seluruh Gaza.

Yang kemudian menyaksikan hampir 200, 000 rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza dan Tebing Barat turun ke jalan-jalan utama. Mereka melaungkan "Allahu Akhbar!" dan "La Ilaha illa Allah".

Sebahagian daripada mereka berurai air mata - marah, geram dan dendam! Rakyat Palestin terluka dengan kematian pengasas dan pemimpin Hamas itu. Perarakan itu menjadi perarakan terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah Palestin.

Semua orang yang berkumpul pada hari itu, samada anggota Hamas ataupun bukan, tua-muda, lelaki-perempuan, melambai-lambaikan tangan sebagai ucapan simpati ketika jenazah dibawa ke tempat istirehat terakhir.

Para mujahidin bersenjata melepaskan tembakan ke udara dan kumpulan militan melemparkan puluhan bom mortar sebagai tanda penghormatan. Pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin telah menaikkan kemarahan rakyat Palestin terhadap bangsa penjajah itu.

Mereka bersumpah akan mengirim kematian ke setiap sudut rumah-rumah bangsa Yahudi. Selama ini Syeikh Ahmad Yasin adalah simbol perjuangan rakyat Palestin. Beliau sentiasa berada di tengah-tengah rakyat, bersama-sama menentang Israel dalam apa keadaan sekalipun, termasuklah ketika kedua-dua kakinya sudah lumpuh.



Sumber: Petikan daripada buku, "Syeikh Ahmad Yasin, Perjuangan Memburu SYAHID" oleh Muhammad Umar Ghazali.

Selamat Datang Wiraku!


"Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku ke atas kami, sehingga tiada satu kaum pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun (di kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas...(Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh) yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami?"


As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin
Pengasas HAMAS, Palestin

Raja Segala Ubat!

Saudara, bersama-sama kita memahami dan mengamalkan nasihat di bawah. Nasihat ini disampaikan dengan nilai sastera yang sangat halus dan tinggi. 'Penjodoh bilangan` yang dipadankan dengan maksud adalah sangat tepat dan sukar ditemui sebarang kecacatan. Amalkanlah nasihat ini sebagai ubat yang paling mujarab walau siapa anda. Samada Islam, Kristian, Budha, Hindu, Pagan, Yahudi, Majusi dan apa saja. Samada anda pemimpin, yang dipimpin, pegawai, pensyarah, doktor, guru, tentera, petani, tukang kebun, pembantu rumah, tukang sapu dan apa saja.

********************************

"1. Ya saudaraku, hendaklah kau mengambil beberapa buah akar keikhlasan, daun-daunan kesabaran dan perahan kerendahan hati.

2. Letakkan semua dalam wadah ketaqwaan.

3. Lalu tuangkan ke dalam cairan rasa takut.

4. Kemudian adun dengan api kesedihan.

5. Saringlah dengan saringan kewaspadaan.

6. Kemudian ambil ramuan itu dengan tangan kejujuran.

7. Lalu minumlah dari gelas istighfar yang telah dicampurkan dengan air kesolehan.

8. Sesudah itu jauhkanlah dirimu dari rakus dan serakah. InsyaAllah engkau akan sembuh dari penyakitmu itu."

********************************
(Sufian At-Thauri)

Motivasikan diri anda dengan menonton movie!


Sebentar tadi saya baru selesai menonton filem bertajuk The Core di TV 2. Bukan dirancang tetapi secara tidak sengaja. Oleh kerana menarik, saya teruskan menonton sehingga selesai. Apa yang saya boleh katakan adalah, sangat bagus! Sebenarnya filem ini sudah lama ditayangkan. Tayangan pertama pada 28 Mac 2003. The Core merupakan science fiction disaster film yang diarahkan oleh Jon Amiel berdasarkan novel `Core` tulisan Paul Preuss. Secara ringkas filem ini berkisar tentang usaha menyelamatkan bumi daripada permasalahan radiasi solar yang telah menyebabkan setiap benda yang terdedah dengan sinaran tersebut terbakar. Satu pasukan pakar telah memutuskan bahawa bencana itu berlaku disebabkan oleh teras bumi yang statik atau berputar perlahan dan bakal berhenti.


Bagi menghentikan permasalahan tersebut, teras bumi mesti diputarkan semula. Susulan daripada itu, satu misi ke teras bumi oleh sepasukan pakar untuk menjatuhkan beberapa butir bom nuklear telah dilancarkan. Harapan mereka adalah, apabila bom nuklear itu meletup teras bumi akan berputar semula. 1001 cabaran yang mereka lalui di sepanjang misi tersebut. Memang saat-saat itu sangat mencemaskan! Daripada 6 orang yang menyertai misi itu, hanya tinggal 2 orang sahaja yang selamat kembali ke permukaan bumi termasuk seorang pilot. Yang lain terkorban. Ada yang terkena serpihan berlian. Ada yang mati tersepit di dalam kapal sewaktu kecemasan. Ada yang terpaksa berkorban membuka punat nuklear di luar kapal dan ada yang terperangkap di dalam kotak nuklear yang akhirnya meletup bersama-sama dengan nuklear tersebut. Nilai motivasi yang kita boleh dapat daripada filem ini adalah terlalu banyak, antaranya:




  1. Apa sahaja bidang yang kita ceburi, berusahalah sampai ke tahap pakar. Dengan kepakaran itu sahajalah yang boleh memudahkan kita bekerja dengan lebih berkualiti terutama pada detik-detik kecemasan.


  2. Cuba menjadi seorang yang unik. Buat sesuatu yang tidak pernah orang lain terfikir untuk lakukan. Ramai yang telah membikin filem misi ke angkasa lepas, lautan, gunung-ganang, kutub, dan hutan. Tapi misi ke teras bumi???


  3. Bertindaklah dengan akal bukan dengan emosi. Siapa yang perlu diselamatkan seorang rakan atau 6 bilion penduduk bumi? Mestilah yang 6 bilion itu kan.


  4. Kalau tidak tahu, katakan tidak tahu. Jangan bersikap bodoh sombong. Lantas, bersedialah untuk belajar walaupun anda sudah bergelar profesor/tok guru.


  5. Tenang itu sangat penting. Terutamanya semasa kecemasan yang boleh mengancam nyawa kita. Hanya dalam keadaan kita tenang sahaja, kita boleh berfikir dengan betul dan membuat keputusan dengan tepat.


  6. Cukuplah tu...

Kesimpulannya, menonton movie memang boleh memotivasikan diri kita. Yang penting, pilihlah movie yang baik. Baik movie, baik juga motivasinya. Buruk movie, buruk juga motivasinya! Ha, yang pernah tengok movie yang tidak baik itu, masih ada masa untuk bertaubat. Mata, Allah SWT berikan untuk melihat kebesaranNya. Wallahua`lam.

Membina Jiwa Besar!


Apa makna jiwa besar? Apabila bercakap tentang pentakrifan jiwa besar, kita tidak boleh lari daripada mengaitkannya dengan perkataan merdeka. Berdasarkan pembacaan saya, perkataan merdeka berasal daripada Bahasa Sanskrit, mahardika. Perkataan ini terdiri daripada dua kata dasar iaitu maha dan ardika. Maha bererti besar, sedangkan ardika bererti jiwa. Jadi, perkataan merdeka mengandung makna jiwa besar. Dengan demikian negarabangsa yang merdeka semestinyalah adalah negarabangsa yang memiliki jiwa besar. Itu tentang asal-usul perkataan jiwa besar. Jadi, bagi mendefinisikan perkataan jiwa besar maknanya kita berbicara tentang takrif merdeka.

Bermacam-macam pula pengertian merdeka ini. Tapi, dalam puluhan `mazhab` itu pendefinisian mereka tidak lekang daripada perkataan `bebas`. Bebas daripada penjajahan, bebas membentuk halatuju sendiri, bebas mengatur corak sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Pendek kata, bebas daripada sebarang `perkara buruk`. `Perkara buruk` itu pula mencakupi pelbagai bidang. Bemula dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan dunia seluruhnya. Demikian jugalah pendefinisian bagi perkataan jiwa besar itu.

Bagi seorang pemimpin, memiliki jiwa besar ini sangat penting. Tidak kiralah anda pemimpin apa. Maknanya, seorang pemimpin yang berjiwa besar itu meletakkan Tuhannya melebihi makhlukNya. Kita mungkin boleh `bebas` daripada mahklukNya, tapi kita tidak akan boleh bebas daripada Tuhan, kan? Sejurus selepas kita menyemai sifat di atas di dalam diri kita, akan lahirlah sifat-sifat pemimpin sejati secara sendirinya. Berani, tabah, berkeyakinan, pantas, berkarisma, tajam membaca masa depan, inovatif, kreatif, produktif, menawan hati rakyat, zuhud, wara` dan pelbagai lagi sifat lain. Kalau kita meletakkan makhlukNya mengatasi Tuhan, habislah. Parti/jemaah hanya akan digunakan untuk mencari makan, memenuhkan periuk nasi sendiri dan kerabat. Sepatutnya apa? Sepatutnya parti/jemaah itu digunakan untuk berjuang bukan untuk `cari makan`.

Bercakap tentang ini saya teringat kisah suka-duka semasa menjadi pemimpin mahasiswa dulu. Ya, tidak dinafikan ada juga kegagalan yang dihadapi. Pun begitu, ada juga beberapa kejayaan yang dikecapi. Pemimpin mahasiswa juga mesti mempunyai jiwa yang besar. Maklumlah yang dipimpin itu bukan budak tadika. Kesemuanya golongan terpelajar yang bakal mencorakkan negara pada masa akan datang. Saya pernah duduk sepentas dengan pensyarah berstatus profesor di dalam forum yang membincangkan isu mahasiswa/i. Pada mulanya berbincang. Di pertengahan bertukar menjadi perdebatan dan akhirnya pengerusi menyimpulkan bahawa hujah saya yang diterima pakai dan bukan profesor itu.

Profesor itu tidak puas hati walaupun forum itu sudah sebulan berlalu. Apa yang saya ingin nyatakan di sini adalah, tanpa jiwa yang besar mana-mana pemimpin mahasiswa akan kecut perut berdebat dengan seseorang yang berstatus profesor. Selain itu, saya juga turut mencadangkan agar pemimpin mahasiswa diberikan peluang berkhutbah jumaat di dalam masjid universiti. Cadangan saya diterima dan saya telah menghantar hampir 10 nama untuk menjadi khatib jumaat. Salah seorangnya adalah saya.

Tidak dinafikan, kami tidak sehebat para ustaz di luar sana. Tapi alhamdulillah boleh disampaikan. Berkhutbah di depan para pensyarah dan ribuan mahasiswa/i bukannya mudah. Tapi dengan jiwa yang besar insyaAllah berjaya dituntaskan. Satu lagi, semasa perhimpunan pemimpin mahasiswa seluruh Malaysia di salah sebuah hotel di KL bersama Pak Lah (masa itu masih TPM). Dalam sesi soal jawab, saya telah menyuarakan tentang ketidakseimbangan pengagihan khazanah negara. Ada negeri yang dapat banyak, ada yang dapat sedikit termasuk Sabah walaupun Sabah terkenal sebagai penyumbang hasil bumi kepada negara.

Saya persoalkan bagaimana mekanisma pengagihan itu? (cukup berlapiklah tu... niat saya sebenarnya nak protes kenapa Sabah masih mundur, walau hasil buminya banyak). Soalan kedua berkenaan dengan kaedah di pihak kerajaan di dalam membanteras gejala sosial di kalangan remaja. Hujah saya, kenapa kita hamburkan wang rakyat untuk membuat kempen itu ini, sedangkan kita biarkan punca-punca gejala itu terus hidup subur. Seperti pusat hiburan, judi, arak dan lain-lain lagi. Bukankah usaha membanteras itu akan tercantas dengan sendirinya? Membazir! Sekali lagi tanpa jiwa yang besar ia sukar untuk dilakukan.

Memiliki jiwa yang besar bukanlah sesuatu mustahil . Ia hanya perlu keazaman dan usaha keras serta istiqamah. Berusahalah memiliki jiwa yang besar walau apapun jawatan anda. Ya, walaupun anda seorang penganggur atau tukang kebun! Apa yang saya contohkan di atas adalah sebahagian perjalanan hidup saya semasa di kampus dulu. Bukan niat untuk mebanggakan diri. Sifat itu boleh menghakis kebesaran jiwa sesorang. Apa yang saya nukilkan di atas juga mungkin bukanlah satu sumbangan yang bolah dibanggakan.

Tetapi, apa yang penting adalah kita ikhlas menegakkan suruhan Tuhan. Hanya takut pada Tuhan dan tidak sama sekali kepada mahklukNya. Kepada kawan-kawan yang membaca entri ini, apa khabar? Mudah-mudahan perjuangan kita itu dapat diteruskan walau di mana kita berada. Paling tidak, kita mampu memimpin diri sendiri agar tidak terkucil dari landasanNya.

Namaku, Motivasiku!

Hari ini saya memilih untuk bicara soal 'nama'. Dalam Bahasa Inggeris `name`. Dalam Bahasa Dusun Kimaragang `ngaran`. "Isai ngaran nu?" ertinya siapakah nama anda? Apabila bercakap tentang topik ini, ramai ilmuan yang memfokuskan huraian mereka kepada betapa perlunya memberikan nama anak dengan nama yang mempunyai makna yang baik dengan hujah bahawa nama itu adalah doa. Bagaimanapun, izikan saya membawa perhatian anda ke satu arah yang sedikit berbeza, iaitu `Namaku, Motivasiku!`. Maknanya, saya akan mengupas tentang topik `nama` dari sudut atau prespektif motivasi.

Baiklah, amalan pemberian nama anak selepas kelahiran adalah pelbagai di dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Kalau yang beragama Islam, biasanya nama itu diambil daripada Bahasa Arab yang mempunyai bunyi yang menarik dan makna yang baik. Contohnya, `Abdul Azim-hamba Allah yang agung`, `Abdullah-hamba Allah`, `Ainul Mardhiah-mata yang diredhai` dan lain-lain lagi. Berbeza pula dengan yang non-muslim. Biasanya mereka merujuk kepada tokoh-tokoh Barat (David, Mary, Kenedy dan lain-lain). Ada juga yang merujuk kepada nama-nama yang terdapat di dalam Kitab Bible seperti `Petrus`, `Joseph` dan yang seumpama dengannya. Selain itu, terdapat juga yang menamakan anak berdasarkan sifatnya masa kecil.

Apapun nama anda dan bagaimanapun kaedah penamaannya, yang penting adalah nama itu mempunyai makna yang baik. Justeru, bagaimanakah menjadikan nama anda sebagai sumber motivasi? Jawabannya mudah sahaja, jadikan nama anda sebagai matlamat hidup. Tapi ini hanya terpakai bagi pemilik nama-nama yang baik. Yang di sebaliknya itu, terpaksa tukar namalah. Ya, saya ulangi jadikanlah nama anda sebagai MATLAMAT HIDUP. Saya tahu, perkara ini simple. Tapi, `simple-simple`pun ramai yang melihat tetapi tidak nampak. Apatah lagi bertindak mempraktikkannya.

Baik, apabila disebut `matlamat` maknanya ia menuntut kepada pengorbanan dan kerja keras untuk mencapainya. Contohnya apabila nama anda `Muhammad`, maknanya `yang terpuji`. Lantas, anda boleh letakkan matlamat hidup anda menjadi `sesorang` yang terpuji. Kalau doktor, doktor yang terpuji. Guru sebagai guru yang terpuji, petani sebagai petani yang terpuji dan seumpama dengannya. Bagi mencapai `kepujian` itu, tidak ada cara lain kecuali pengorbanan dan kerja keras. Kadang-kala nama kita disandarkan kepada nama seorang tokoh walau maksudnya tidak jelas seperti `Kennedy'. Beliau (John F. Kennedy) merupakan tokoh pemimpin rakyat Amerika yang dikatakan mati ditembak. Jika nama anda `Kennedy` misalnya, mungkin boleh digunakan sifat keberanian dan kepimpinannya membela rakyat sebagai matlamat? Yakni, menyemai sifat keberanian dan kepimpinan di dalam diri anda seperti mana yang terdapat di dalam diri mendiang John F. Kennedy.

Wujud juga kes `2 in 1`. Maksud saya adalah nama itu sudahlah maknanya baik, bekas pemilik nama itu juga merupakan seorang tokoh tersohor. Contohnya `Usamah Bin Zaid R.A`. `Usamah` ertinya ialah Singa. Singa itu pastinya melambangkan kegagahan dan kepahlawanan. Beliau telah dilantik oleh Nabi Muhammad SAW sebagai Panglima perang walaupun umurnya belum genap 20 tahun. Usia yang muda tidak menghalangnya dipilih mengetuai perang walau ramai sahabat senior yang lain. Jadi, bagi mereka yang memilih nama ini, jadikanlah sifat dan ketokohannya sebagai matlamat di dalam kehidupan. Katakan kepada diri anda, "oleh kerana namaku Usamah maka aku ingin menjadikannya idola. Aku ingin memiliki ketokohan sepertinya. Aku akan cuba sebaiknya untuk memiliki sifat tersebut. Aku sama sekali tidak akan mencemarkan namanya." InsyaAlah, kalau ini berjaya anda amalkan dengan sendirinya anda telah membentuk keperibadian diri anda dan pada masa yang sama anda telah meletakkan matlamat hidup yang betul serta berada di dalam `gelanggang perjuangan` untuk mencapainya.

Kaedah ini berguna apabila anda berada dalam dilema, bermasalah atau berlaku kemerosotan motivasi diri. Apabila situasi ini menimpa anda, bertenanglah dan cuba berfikir tentang nama anda. Contohnya nama anda sebagai `Saifullah`, maksudnya `pedang Allah`. Apa tindakan yang harus anda lakukan? Bermonologlah dengan diri sendiri. Berbicara dan berbincang dengan diri sendiri (jangan buat di tempat orang ramai, nanti orang cakap `gila`, ha ha ha!). Monolognya mungkin seperti ini, "ohhh...sedihnya aku gagal lagi dalam exam. Kawan-kawanku semua lulus. Aku seorang sahaja yang macam ni. Aduh, sedihnya... Jangan mengalah Ful, kuatkan semangat! Nama kau kan Saifullah, pedang Allah. Sifat pedang tidak pernah gentar kepada lawan dan kegagalan. Sifat pedang akan terus `berjuang` sehingga ke titisan darah terakhir. Apatah lagi kau itu pedang Allah. Allah mengamanahkan kau untuk menggunakan pedang ini di dalam `gelanggang ilmu`. Hunus pedangmu! Berjuanglah wahai Saiful... Berjuanglah!" Nah! sekarang sudah terang lagikan bersuluh kan?

Ya, memang diri kita tidak mampu untuk sama seperti tokoh-tokoh itu. Tapi, sekurang-kurangnya hidup kita mengarah ke situ. Ada arahnya dan ada pendorong kuat di dalam diri kita. Sedih juga apabila ada segelintir yang mempunyai nama yang baik tapi akhlaknya tidak sebaik namanya. Kita sendiri melihat terpampang di dada-dada akhbar. Nama bukan main cantik lagi tapi, merogol cucu, merompak, membunuh, menagih dadah dan bermacam-macam lagi (moga kita dijauhkan daripada gejala najis dan keji itu). Kenapa perkara ini berlaku? Jawaban saya, antara faktor utama adalah mereka tidak menghargai anugerah nama yang diberikan kepada mereka. Mereka tahu tetapi tidak faham apa maksud nama mereka. Mereka tidak kenal siapakah pemilik nama itu sebelum mereka. Mereka juga tidak menjadikan nama mereka MATLAMAT HIDUP! Ayuh! cetuskan perubahan. Ingatlah, jasad kita akan mati tapi nama kita akan kekal selama-lamanya. Di dunia kita dipanggil dengan nama itu, di dalam kubur kita dipanggil/dikenang dengan nama itu dan di akhirat kita juga diadili dengan nama itu. Wallahua`lam.



Nota: Nama saya Muhammad Umar, ertinya `Yang Terpuji dan Memakmurkan`. Semoga Allah SWT menjadikan diri saya seperti yang dimaksudkan oleh nama itu. Nama itu juga kombinasi nama dua orang sahabat karib iaitu, Nabi Muhammad SAW dan Saidina Umar Al-Khattab R.A. Pastinya ikutan saya adalah Nabi SAW. Idola saya adalah Umar Al-Khattab R.A. Yang menariknya nama itu adalah pilihan saya sendiri, bukan ibu bapa. Tapi, mereka merestuinya. Amin...

Sajak Kematian




Sesungguhnya kematian itu sesuatu yang pasti terjadi bagi setiap makhluk Allah SWT. Bila? Mungkin minggu depan, bulan depan, tahun depan dan depan, depan dan depan. Boleh jadi juga selepas saudara membaca entri ini? Apa yang pasti apabila tiba masanya, ia tidak akan dipercepatkan/diperlambatkan walaupun satu saat.

Ya, memang menggerunkan. Mengerunkan bagi mereka yang masih mempunyai sekelumit iman di dada. Realitinya, ramai di antara kita yang seakan-akan lupa pada kematian. Sibuk dengan dunia. Tamak. Rakus dan gelojoh mengaut 'dunia'. Kadang-kadang ada juga yang ingat akan kematian. Ada, tapi mereka merasakan "aaaaahhh..lambat lagi tu", "masih sempat bertaubat lagi.." dan lain-lain lagi `harapan dusta` yang dibisikkan oleh syaitan duta Neraka Jahanam.

Justeru, sama-samalah kita beringat. Semoga kita dapat menunaikan apa tujuan Allah SWT ciptakan kita di dunia fana sebelum roh kita berpisah dengan jasad. Allah SWT tidak pernah berfirman menyuruh kita semata-mata menjadi PM, doktor, peguam, saintis, petani dan lain-lain. Tapi, Allah SWT menyuruh kita menjadi `seseorang` yang menggunakan amanah `jawatan` itu untuk mengadbdikan diri kepadaNya dan memakmurkan bumi ini dengan agamaNya.

Ayat falsafah sikit, tapi mudah sahaja untuk difahami. Jadikanlah `kematian` itu penasihat kita yang terbaik. SELAMAT MENANTI SAAT KEMATIAN. Moga mendapat kematian yang baik. Amin.





Nota: Jika hati saudara keras, tontonlah YouTube Sajak Kematian di atas berulang-kali dengan penuh penghayatan. InsyaAllah, bisa lembut. Kalau bukan banyak sedikit. Kalau tak lembut juga, mintalah dengan Allah SWT hati yang baru kerana hati itu dah mati...

Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP