Apa khabar saudaraku sekalian? Rasanya sudah agak lama saya berehat. Ke hulu dan ke hilir dengan pelbagai urusan. Sebenarnya kesibukan bukanlah penghalang untuk mengemaskinikan blog. Sesibuk manapun seseorang, kita pasti punya masa di antara selepas jam 12.00 tengahmalam hingga sebelum subuh. Tapi malang bagi saya kerana, laptop saya masih di kilang. Pembaikan masih belum selesai. Ini angkara anak kesayangan sayalah tu... pandai-pandai siram laptop saya. Ainul ingat itu bunga kah? hehe. Tidak apa, abah tidak marah. Kadang-kadang kegiatan anak ini tidak boleh selalu disekat dengan perkataan `jangan/kada/ don`t`. Risau daya kreativitinya terbantut. Okey.. diharapkan kawan-kawan fahamlah kalau ada ruangan saya yang belum dikemaskinikan.
Baiklah, pada kali ini saya ingin berbicara soal Hari Guru. Saya sudah sampaikan ucapan Hari Guru kepada cikgu-cikgu di dalam SAM walaupun ada sedikit kelewatan berbanding yang lain. Sebenarnya dalam geologi juga, ada mengajar tentang penghargaan. Geologi mendidik masyarakat supaya mempunyai sifat menghargai. Ianya dapat dilihat terutamanya di dalam kitab Geologi Ekonomi. Dalam kitab ini kita diajar tentang batu-batu permata (mineral) yang berharga. Apabila berharga, semestinyalah kita akan menghargainya kan? Apapun, darjah penghargaan itu tidak sama di antara satu permata dengan permata yang lain. Ia bergantung kepada banyak faktor. Contohnya, intan sudah pastilah jauh lebih bernilai daripada serpihan batu di jalanan. Justeru, darjah penghargaan terhadap intan sememangnya jauh lebih tinggi berbanding dengan batu jalan tadi. Macam begitulah uniknya geologi. Bukan hanya mengajar tentang bumi tetapi juga psikologi kemanusiaan.
Kalau kita lihat di kebanyakan blog, mereka akan memilih seorang guru yang paling mereka hargai untuk disampaikan ucapan selamat dan penghargaan. Tapi, izinkan saya mempersembahkan sedikit kelainan. Saya juga ingin merakamkan ucapan selamat dan penghargaan ini kepada guru saya. Bagaimanapun, guru saya ini bukan manusia, bukan malaikat dan bukan juga binatang. Yang pasti, ia tetap mahkluk ciptaan Allah juga. Dialah guru saya sepanjang hayat. Tidak lain dan tidak bukan, dialah `Gagal` saya. Sejak saya lahir sehingga sekarang guru inilah yang banyak mengajar saya. Daripada kegagalan demi kegagalan yang saya lalui, mengajar 1001 perkara. Daripada situ, saya bangkit dan menggapai beberapa kejayaan. Alhamdulillah. Saya jarang belajar daripada kejayaan. Selalunya saya belajar daripada kegagalan saya menilai dan menjaga kejayaan itu.
Saya dilahirkan dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang saya sifatkan gagal ekonominya tapi berjaya prinsip juangnya. Kegagalan ekonomi keluarga yang berpuluh tahun lamanya telah mengajar saya supaya bangkit daripada kemiskinan. Kegagalan saya menjadi pelajar cemerlang telah mengajar saya untuk lebih tekun belajar. Kegagalan saya di dalam percintaan/perhubungan telah mengajar saya membentuk sebuah perhubungan yang lebih ikhlas dan bermatlamat. Kegagalan saya membaca dan menyelami derita rakyat telah mengajar saya supaya terjun dalam dunia perjuangan. Kegagalan saya menjadi hamba Allah yang soleh telah mengajar saya apa ertinya Cinta Allah. Akhirnya, `Gagal` saya juga mengajar saya supaya membuat persiapan serapi dan sebaik mungkin agar tidak akan gagal lagi... Selamat Hari Guru Gagalku!

Pesanan: Jangan takut pada kegagalan. Belajarlah daripadanya. Tapi ingat, jangan sampai dipatuk ular kali kedua di lubang yang sama!