Kuasai Masalah, Jangan Masalah Menguasai Anda!


Dalam Oxford Dictionary, `problem` ditakrifkan sebagai, "... thing that is difficult to deal with or understand..." (benda yang sukar dihadapi atau difahami). Alah... ketepikan dululah soal pertikaian tentang pentakrifan. Yang penting asas takrif itu kita fahami. Saudara, tidak ada seorang manusia pun yang tidak mempunyai masalah di dunia ini. Betul? Tidak ada seorang manusia pun di dunia ini yang boleh lari daripada masalah. Betul? Dan... ada yang berjaya, ada juga yang tewas di dalam menghadapi masalah. Betul? Ya, saya yakin anda bersetuju dengan fakta ini.

Barangkali, ada yang mempunyai masalah kewangan? Baru dimarahi bos? Banyak kerja tertunggak? Baru putus cinta? Baru bercerai? Hilang benda yang amat berharga? Murid-murid degil? Hutang? Suami/isteri? Dan bermacam-macam lagi masalah yang lain.

Apapun masalah anda, kuasailah masalah itu. Jangan sampai masalah menguasai diri anda. Kerana, semua itu adalah intipati tujuan manusia diciptakan (Rujuk Surah Al-Baqarah: 30 dan Adz-Dzariyaat: 56). Ya, untuk bertarung dengan masalah. Dalam beribadat kepadaNya pun kita terpaksa bertarung dengan pelbagai masalah untuk mencapai status 1 ibadah. Apatahlah sebagai khalifah di muka bumi. 1001 masalah yang kita hadapi untuk mencapai status khalifah yang beramanah. Malah, prestasi kita di dunia ini akan diukur sejauh mana kecemerlangan kita berhadapan dengan masalah. Dan, prestasi itulah yang kita akan bawa berjumpa dengan Allah SWT kelak.

Apa yang perlu anda lakukan adalah redha dengan masalah yang ditimpakan kepada anda. Kedua, berusaha keras menyelesaikan masalah itu mengikut kaedah-kaedah yang tidak lari dari landasanNya. Kemudian, serahkan semua itu kepada Allah SWT. Kita hanya diperintahkan untuk berusaha sebaik mungkin. Bukan diperintahkan untuk mempastikan hasilnya.

Ayuh saudara! Perbetulkan bearing persepsi anda tentang masalah. Bermula detik ini, senyumlah apabila berhadapan dengan masalah. Jangan lari daripada masalah. Pastikan prestasi anda cemerlang! Jika anda takut menghadapi masalah, tadahkan tangan anda kepadaNya. Bermunajatlah, minta dimasukkan ke syurga segera. Kerana di syurga bukan lagi masa untuk bekerja menghadapi masalah. Tapi, tempat menuai hasilnya. Saudara, letakkan masalah anda di dalam genggaman anda. Jangan simpan di dalam hati anda. Hati itu adalah raja. Apabila raja dikuasai, maknanya anda telah dikuasai masalah dan anda akan didaulatkan sebagai 'Orang Bermasalah'. Selamat mencuba!

Motivasi Cinta


Dosa Berakar Di Saat Cinta Berakhir

Oleh,
Y.Bhg Ust. Sarip Adul
Pensyarah PPIB, UMS

Minggu ini saya menerima banyak call dari beberapa orang bekas pelajar saya yang memulangkan semula ‘kasut buruk’ yang pernah saya serahkan ketika mereka belajar dengan saya di UMS dulu. Awal-awal lagi saya sudah mengetahui bahawa mereka berhadapan dengan masalah hidup.

Selalunya mereka ingat saya semula bila ada masalahlah…he he, takpe ingat gak. Cuma cerita mereka kebetulan sama….ditinggalkan kekasih yang sudah bertahun-tahun memetri cinta kasih sepanjang sama-sama menuntut di UMS. Alasan si lelaki senang sahaja, dia sudah temui orang yang lebih baik, lebih memahami dirinya dan pelbagai alasan yang lain.

Tiga tahun yang lalu, lain pula dialognya…antara dialog paling polular: kaulah gadis yang dah lama aku cari, memiliki segala sifat kewanitaan, calon isteri paling ideal, wajah redup dan ayu…uaaakkh. Si perempuan pula bila ditanya oleh rakan-rakannya tentang BF baru menjawab: I sangat yakin dengan dia, dia boleh memimpin I, dia sangat caring, hansome, very sweet…Islamic, beragama, berakhlak…pujian yang kalau diangkat ke langit pun pasti lebih tinggi dari gunung Kinabalu ( akupun tak pernah naik).

Sebenarnya alasan yang paling kukuh ialah, jemu…boring…kerana sudah terlalu lama memadu kasih, dah tak ada kalimah puitis yang terkini dan sensasi untuk diucapkan lagi. Maklumlah tiga empat tahun mengulang kata-kata yang sama… I love U, I miz U…sayang abang, rindu abang, saya amat yakin pada awak. Kekadang agak islamic sedikit bunyinya…saya sayang awak kerana Allah…he he..demi pembinaan usrah muslimah.

Tapi bila dah lama, berkali-kali, berulang-ulang..sms yang dulu amat dinanti-nanti, kini kehadirannya amat membosankan. Apatah lagi sudah ada regu baru yang sudi mengungkapkan perkataan yang sama, walau bunyinya sama tapi energynya berbeza. Orang barulah katakan…Dulu juga wanita dan jejaka itulah idaman dan impian hati.

Ternampak wajahnya dari jauhpun terbayang-bayang hingga terbawa ke dalam mimpi. Puji habis kecantikannya seolah-olah dialah segala-galanya. Namun wajah yang dulunya ditenung penuh kenikmatan dan kesyahduan setiap kali memadu kasih di Library atau di kafe…kini wajah itu makin hambar, bukan kerana makin banyak jerawat dan jeragatnya, tapi kerana dah tiap hari memandang wajah yang sama, lama-lama dah tak tahu mana cantiknya…kekadang memandang tukang angkat pinggan di cafeteria jauh lebih cantik dari wajahnya.

Jemu, itu tabiat manusia. Manusia akan jemu dengan perkara yang sama. Durian memang sedap bagi pengemarnya, tapi kalau tiap hari memakannya walaupun diberikan percuma…manusia akan jemu. Lagu kumpulan ‘Ungu’ memang sedap melody dan puitis liriknya…tapi kalau dah ulangkali mendengar, jemu dan memekakkan telinga.Akhirnya bila dah jemu dan bertemu orang baru…segala janji yang dibina lewat sms atau ketika menyewa kereta bersama…terburai umpama perut anjing kena langgar di tepi jalan sulaman.

Kalau difilemkan, bisa menanggis satu pewagam…Tapi janji itu, janji kosong. Janji yang tidak diikat oleh sebarang kontrak perundangan. Tiada surat rasmi…malah tiada saksi, kerana sering diungkapkan lewat sms ketika tengah malam ketika burung hantupun sudah melelapkan mata. Tidak ada mahkamah yang mampu mendengar penghakiman.

Biar menanggis satu tempayan.Kalau dulu, mereka pasangan bahagia…orang pun kagum dengan keintiman mereka. Study di library bersama, tengok wang bersama, makan bersama, bila keluar pakai pakaian warna yang sama, bulan ramadhan buka puasa bersama…siap si lelaki baca doa berbuka dan diaminkan oleh si dara umpama orang sudah berumahtangga. Ada yang sampai berkongsi segala…PTPTN dilahap bersama, kad ATM pasangan pun dipegang oleh kekasih.

Password email dan friendster pun sanggup diberikan pada kekasih. Bak kata dah macam laki bini yang menunggu pengesahan…bahkan ada gadis yang sanggup diperlakukan seumpama seorang isteri oleh Bfnya…kerana terlalu yakin bahawa masa depan untuk mereka dan bila dah kahwin sempatlah menebus dosa…bodohhhhh.Tapi dah terjadi peristiwa begini yang tak disangka-sangka? Tinggallah hati dipenuhi kehampaan dan dendam kesumat.

Orang yang ditinggalkan lagi menanggung risiko berbanding orang yang meninggalkan. Namun..qrang yang meninggalkan pula jangan lupa balasan tuhan. Okeylah lagi kalau perpisahan itu tidak mengurangkan sedikitpun ‘value’ diri. Tapi bagaimana dengan mereka yang telah korbankan maruah dan harga diri? Nak claim semula di mana? Apa lagi yang akan diwariskan pada anak-anak di masa hadapan? Atau dia juga akan mewarisi DNA jahat ibubapanya…

Bagaimana dengan dosa bertimbun yang telah tercatat dan tak akan terpadam kecuali dengan taubat…mungkin cerita silam dan kekecewaan berjaya dilupakan dengan menemui pasangan baru, tapi dosa yang dilakukan tak pernah tuhan lupakan dan menunggu harinya untuk dijatuhkan hukuman.Itulah cinta yang bukan berpaksi iman dan tidak diikat oleh akad perkahwinan.

Ramai yang sudah kecundang, hilang maruah diri dan jauh dari tuhan. Usia muda terbuang begitu saja…sedang orang lain gunakan masa yang sama untuk membina kekuatan diri dan persiapan terjun ke medan perjuangan. Akhirnya dia sendiri akan berkata kepada dirinya…bodoh betul aku selama ini kerana diperbodohkan.

Tapi itulah hukum tuhan, maksiat tidak membawa berkat…Kepada pasangan yang dah mula merasakan hangatnya cinta…kalian juga tidak terkecuali dan berkemungkinan mengalami nasib yang sama. Sebelum semua itu terjadi…fikirkanlah bagaimana nak menghalalkan hubungan tersebut? Iaitu dengan perkahwinan. Andai belum bersedia, jangan habiskan masa melayan perasaan yang tidak tahu penghujung dan sempadan.

Banyak lagi kerja lebih mulia yang boleh dilakukan dalam usia muda….Bila ku melintas di Kafe Kg E malam tadi…ramai benar pasangan 2 sejoli sedang memadu kasih dan janji. Apakah mereka menerima nasib yang sama tiga tahun lagi? Tak mustahil. Tapi yang jelas, para Malaikat sibuk menulis hujah-hujah mereka untuk menyaman pasangan tersebut di hadapan Allah Azza Wajalla kerana tanpa segan silu melakukan dosa…ermmm. Merapu pulak aku… Tapi benar kata Salafussoleh Yahya alWarraq:''Sesiapa yang reda pancainderanya mengikuti syahwatnya, maka ia mula menanam dalam hatinya pohon penyesalan''.
Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP