Sesungguhnya kematian itu sesuatu yang pasti terjadi bagi setiap makhluk Allah SWT. Bila? Mungkin minggu depan, bulan depan, tahun depan dan depan, depan dan depan. Boleh jadi juga selepas saudara membaca entri ini? Apa yang pasti apabila tiba masanya, ia tidak akan dipercepatkan/diperlambatkan walaupun satu saat.
Ya, memang menggerunkan. Mengerunkan bagi mereka yang masih mempunyai sekelumit iman di dada. Realitinya, ramai di antara kita yang seakan-akan lupa pada kematian. Sibuk dengan dunia. Tamak. Rakus dan gelojoh mengaut 'dunia'. Kadang-kadang ada juga yang ingat akan kematian. Ada, tapi mereka merasakan "aaaaahhh..lambat lagi tu", "masih sempat bertaubat lagi.." dan lain-lain lagi `harapan dusta` yang dibisikkan oleh syaitan duta Neraka Jahanam.
Justeru, sama-samalah kita beringat. Semoga kita dapat menunaikan apa tujuan Allah SWT ciptakan kita di dunia fana sebelum roh kita berpisah dengan jasad. Allah SWT tidak pernah berfirman menyuruh kita semata-mata menjadi PM, doktor, peguam, saintis, petani dan lain-lain. Tapi, Allah SWT menyuruh kita menjadi `seseorang` yang menggunakan amanah `jawatan` itu untuk mengadbdikan diri kepadaNya dan memakmurkan bumi ini dengan agamaNya.
Ayat falsafah sikit, tapi mudah sahaja untuk difahami. Jadikanlah `kematian` itu penasihat kita yang terbaik. SELAMAT MENANTI SAAT KEMATIAN. Moga mendapat kematian yang baik. Amin.
Nota: Jika hati saudara keras, tontonlah YouTube Sajak Kematian di atas berulang-kali dengan penuh penghayatan. InsyaAllah, bisa lembut. Kalau bukan banyak sedikit. Kalau tak lembut juga, mintalah dengan Allah SWT hati yang baru kerana hati itu dah mati...