Saudaraku di Gaza menderita. Apa sumbanganku?




1. Dunia ternampak mengutuk Israel kerana serangan tidak berperikemanusiaannya ke atas Gaza. Tetapi seperti biasa dunia tidak membuat apa-apa. Kenapa tidak? Kerana Amerika Syarikat berada di belakang Israel.

2. Dunia seharusnya juga mengutuk Amerika Syarikat. Pesawat pejuang dan bom yang digunakan adalah buatan Amerika. Jika ada kehilangan senjata, Amerika akan menggantikannya. Dan Amerika juga akan membiayai Israel bagi meneruskan keganasannya.

3. Selagi Amerika menyokong Israel kita akan lihat kebiadaban Israel membelakangkan pendapat dunia dan mereka akan terus membunuh orang Arab Palestin dan menghancurkan penempatan dan bandar mereka.

4. Apabila saya katakan yang Israel menguasai dunia secara proksi, media dan Kerajaan Amerika mengutuk saya. Tetapi hakikatnya ialah hanya calon yang direstui Israel sahaja yang boleh menang pilihanraya di Amerika. Tunggu sahajalah pendirian Presiden baru Amerika.

5. Sementara itu kita harus sedar secara kecil-kecilan kita juga bantu Israel. Buah pisang kaki (persimmon) dari Israel ada dijual di pasaraya Kuala Lumpur.

6. Singapura adalah saluran bagi Israel menembusi pasaran Malaysia.




Sumber: http://test.chedet.com

Kuasai Masalah, Jangan Masalah Menguasai Anda!


Dalam Oxford Dictionary, `problem` ditakrifkan sebagai, "... thing that is difficult to deal with or understand..." (benda yang sukar dihadapi atau difahami). Alah... ketepikan dululah soal pertikaian tentang pentakrifan. Yang penting asas takrif itu kita fahami. Saudara, tidak ada seorang manusia pun yang tidak mempunyai masalah di dunia ini. Betul? Tidak ada seorang manusia pun di dunia ini yang boleh lari daripada masalah. Betul? Dan... ada yang berjaya, ada juga yang tewas di dalam menghadapi masalah. Betul? Ya, saya yakin anda bersetuju dengan fakta ini.

Barangkali, ada yang mempunyai masalah kewangan? Baru dimarahi bos? Banyak kerja tertunggak? Baru putus cinta? Baru bercerai? Hilang benda yang amat berharga? Murid-murid degil? Hutang? Suami/isteri? Dan bermacam-macam lagi masalah yang lain.

Apapun masalah anda, kuasailah masalah itu. Jangan sampai masalah menguasai diri anda. Kerana, semua itu adalah intipati tujuan manusia diciptakan (Rujuk Surah Al-Baqarah: 30 dan Adz-Dzariyaat: 56). Ya, untuk bertarung dengan masalah. Dalam beribadat kepadaNya pun kita terpaksa bertarung dengan pelbagai masalah untuk mencapai status 1 ibadah. Apatahlah sebagai khalifah di muka bumi. 1001 masalah yang kita hadapi untuk mencapai status khalifah yang beramanah. Malah, prestasi kita di dunia ini akan diukur sejauh mana kecemerlangan kita berhadapan dengan masalah. Dan, prestasi itulah yang kita akan bawa berjumpa dengan Allah SWT kelak.

Apa yang perlu anda lakukan adalah redha dengan masalah yang ditimpakan kepada anda. Kedua, berusaha keras menyelesaikan masalah itu mengikut kaedah-kaedah yang tidak lari dari landasanNya. Kemudian, serahkan semua itu kepada Allah SWT. Kita hanya diperintahkan untuk berusaha sebaik mungkin. Bukan diperintahkan untuk mempastikan hasilnya.

Ayuh saudara! Perbetulkan bearing persepsi anda tentang masalah. Bermula detik ini, senyumlah apabila berhadapan dengan masalah. Jangan lari daripada masalah. Pastikan prestasi anda cemerlang! Jika anda takut menghadapi masalah, tadahkan tangan anda kepadaNya. Bermunajatlah, minta dimasukkan ke syurga segera. Kerana di syurga bukan lagi masa untuk bekerja menghadapi masalah. Tapi, tempat menuai hasilnya. Saudara, letakkan masalah anda di dalam genggaman anda. Jangan simpan di dalam hati anda. Hati itu adalah raja. Apabila raja dikuasai, maknanya anda telah dikuasai masalah dan anda akan didaulatkan sebagai 'Orang Bermasalah'. Selamat mencuba!

Motivasi Cinta


Dosa Berakar Di Saat Cinta Berakhir

Oleh,
Y.Bhg Ust. Sarip Adul
Pensyarah PPIB, UMS

Minggu ini saya menerima banyak call dari beberapa orang bekas pelajar saya yang memulangkan semula ‘kasut buruk’ yang pernah saya serahkan ketika mereka belajar dengan saya di UMS dulu. Awal-awal lagi saya sudah mengetahui bahawa mereka berhadapan dengan masalah hidup.

Selalunya mereka ingat saya semula bila ada masalahlah…he he, takpe ingat gak. Cuma cerita mereka kebetulan sama….ditinggalkan kekasih yang sudah bertahun-tahun memetri cinta kasih sepanjang sama-sama menuntut di UMS. Alasan si lelaki senang sahaja, dia sudah temui orang yang lebih baik, lebih memahami dirinya dan pelbagai alasan yang lain.

Tiga tahun yang lalu, lain pula dialognya…antara dialog paling polular: kaulah gadis yang dah lama aku cari, memiliki segala sifat kewanitaan, calon isteri paling ideal, wajah redup dan ayu…uaaakkh. Si perempuan pula bila ditanya oleh rakan-rakannya tentang BF baru menjawab: I sangat yakin dengan dia, dia boleh memimpin I, dia sangat caring, hansome, very sweet…Islamic, beragama, berakhlak…pujian yang kalau diangkat ke langit pun pasti lebih tinggi dari gunung Kinabalu ( akupun tak pernah naik).

Sebenarnya alasan yang paling kukuh ialah, jemu…boring…kerana sudah terlalu lama memadu kasih, dah tak ada kalimah puitis yang terkini dan sensasi untuk diucapkan lagi. Maklumlah tiga empat tahun mengulang kata-kata yang sama… I love U, I miz U…sayang abang, rindu abang, saya amat yakin pada awak. Kekadang agak islamic sedikit bunyinya…saya sayang awak kerana Allah…he he..demi pembinaan usrah muslimah.

Tapi bila dah lama, berkali-kali, berulang-ulang..sms yang dulu amat dinanti-nanti, kini kehadirannya amat membosankan. Apatah lagi sudah ada regu baru yang sudi mengungkapkan perkataan yang sama, walau bunyinya sama tapi energynya berbeza. Orang barulah katakan…Dulu juga wanita dan jejaka itulah idaman dan impian hati.

Ternampak wajahnya dari jauhpun terbayang-bayang hingga terbawa ke dalam mimpi. Puji habis kecantikannya seolah-olah dialah segala-galanya. Namun wajah yang dulunya ditenung penuh kenikmatan dan kesyahduan setiap kali memadu kasih di Library atau di kafe…kini wajah itu makin hambar, bukan kerana makin banyak jerawat dan jeragatnya, tapi kerana dah tiap hari memandang wajah yang sama, lama-lama dah tak tahu mana cantiknya…kekadang memandang tukang angkat pinggan di cafeteria jauh lebih cantik dari wajahnya.

Jemu, itu tabiat manusia. Manusia akan jemu dengan perkara yang sama. Durian memang sedap bagi pengemarnya, tapi kalau tiap hari memakannya walaupun diberikan percuma…manusia akan jemu. Lagu kumpulan ‘Ungu’ memang sedap melody dan puitis liriknya…tapi kalau dah ulangkali mendengar, jemu dan memekakkan telinga.Akhirnya bila dah jemu dan bertemu orang baru…segala janji yang dibina lewat sms atau ketika menyewa kereta bersama…terburai umpama perut anjing kena langgar di tepi jalan sulaman.

Kalau difilemkan, bisa menanggis satu pewagam…Tapi janji itu, janji kosong. Janji yang tidak diikat oleh sebarang kontrak perundangan. Tiada surat rasmi…malah tiada saksi, kerana sering diungkapkan lewat sms ketika tengah malam ketika burung hantupun sudah melelapkan mata. Tidak ada mahkamah yang mampu mendengar penghakiman.

Biar menanggis satu tempayan.Kalau dulu, mereka pasangan bahagia…orang pun kagum dengan keintiman mereka. Study di library bersama, tengok wang bersama, makan bersama, bila keluar pakai pakaian warna yang sama, bulan ramadhan buka puasa bersama…siap si lelaki baca doa berbuka dan diaminkan oleh si dara umpama orang sudah berumahtangga. Ada yang sampai berkongsi segala…PTPTN dilahap bersama, kad ATM pasangan pun dipegang oleh kekasih.

Password email dan friendster pun sanggup diberikan pada kekasih. Bak kata dah macam laki bini yang menunggu pengesahan…bahkan ada gadis yang sanggup diperlakukan seumpama seorang isteri oleh Bfnya…kerana terlalu yakin bahawa masa depan untuk mereka dan bila dah kahwin sempatlah menebus dosa…bodohhhhh.Tapi dah terjadi peristiwa begini yang tak disangka-sangka? Tinggallah hati dipenuhi kehampaan dan dendam kesumat.

Orang yang ditinggalkan lagi menanggung risiko berbanding orang yang meninggalkan. Namun..qrang yang meninggalkan pula jangan lupa balasan tuhan. Okeylah lagi kalau perpisahan itu tidak mengurangkan sedikitpun ‘value’ diri. Tapi bagaimana dengan mereka yang telah korbankan maruah dan harga diri? Nak claim semula di mana? Apa lagi yang akan diwariskan pada anak-anak di masa hadapan? Atau dia juga akan mewarisi DNA jahat ibubapanya…

Bagaimana dengan dosa bertimbun yang telah tercatat dan tak akan terpadam kecuali dengan taubat…mungkin cerita silam dan kekecewaan berjaya dilupakan dengan menemui pasangan baru, tapi dosa yang dilakukan tak pernah tuhan lupakan dan menunggu harinya untuk dijatuhkan hukuman.Itulah cinta yang bukan berpaksi iman dan tidak diikat oleh akad perkahwinan.

Ramai yang sudah kecundang, hilang maruah diri dan jauh dari tuhan. Usia muda terbuang begitu saja…sedang orang lain gunakan masa yang sama untuk membina kekuatan diri dan persiapan terjun ke medan perjuangan. Akhirnya dia sendiri akan berkata kepada dirinya…bodoh betul aku selama ini kerana diperbodohkan.

Tapi itulah hukum tuhan, maksiat tidak membawa berkat…Kepada pasangan yang dah mula merasakan hangatnya cinta…kalian juga tidak terkecuali dan berkemungkinan mengalami nasib yang sama. Sebelum semua itu terjadi…fikirkanlah bagaimana nak menghalalkan hubungan tersebut? Iaitu dengan perkahwinan. Andai belum bersedia, jangan habiskan masa melayan perasaan yang tidak tahu penghujung dan sempadan.

Banyak lagi kerja lebih mulia yang boleh dilakukan dalam usia muda….Bila ku melintas di Kafe Kg E malam tadi…ramai benar pasangan 2 sejoli sedang memadu kasih dan janji. Apakah mereka menerima nasib yang sama tiga tahun lagi? Tak mustahil. Tapi yang jelas, para Malaikat sibuk menulis hujah-hujah mereka untuk menyaman pasangan tersebut di hadapan Allah Azza Wajalla kerana tanpa segan silu melakukan dosa…ermmm. Merapu pulak aku… Tapi benar kata Salafussoleh Yahya alWarraq:''Sesiapa yang reda pancainderanya mengikuti syahwatnya, maka ia mula menanam dalam hatinya pohon penyesalan''.

Presiden Bush Dibaling Kasut- Apa nilai motivasinya?







"This is a goodbye kiss from the Iraqi people, dog!"
-Muntadar al-Zeidi -

Apa yang saya boleh katakan di sini adalah, tahniah kepada Muntadar al-Zeidi di atas keberaniannya bertindak membaling kasut ke arah muka Presiden Bush. Saya bersangka baik terhadap niat si pembaling itu. Pada saya beliau membaling itu disebabkan bermacam-macam faktor.

Boleh jadi disebabkan kemarahan/kebenciannya yang meluap-luap. Kemarahan/kebencian meluap-luap yang sudah sekian lama dipendamkan, sehingga beliau tidak dapat mengawal emosi.

Boleh jadi juga disebabkan beliau ingin popular di seantero dunia sebagai seorang wartawan yang berani. Ada kemungkinan juga disebabkan wujud `pakatan` di antara si pembaling dan yang dibaling itu. Ya, bermacam-macam kemungkinan. Hanya Allah SWT, beliau dan yang diizinkan Allah SWT untuk tahu sahaja yang tahu perkara sebenar.

Pelbagai respon yang kita lihat terhadap isu ini. Ramai yang memuji keberanian dan menyokong tindakan Muntadar al-Zeidi. Ramai juga yang mengatakan tindakan beliau biadab dan tidak kena pada masanya. Ada juga orang yang di atas pagar. Langsung hatinya tidak tersentuh dengan peristiwa ini. Walau apapun, reaksi mereka itu adalah hak masing-masing untuk memberikan pandangan.

Seperti mana insan lain, saya juga teruja untuk memberikan beberapa reaksi terhadap peristiwa 'baling kasut' ini. Izinkan saya memberikan pandangan yang sedikit berbeda berbanding yang lain, sebagaimana berikut:

  1. Kenapa kasut itu tidak mengenai kepala Presiden Bush? Sedangkan Muntadar al-Zeidi mempunyai 2 peluang untuk membaling. Dalam jarak yang begitu dekat, sekurang-kurangnya kalau bukan kepala, kasut itu sepatutnya akan mengenai dada Presiden Bush. Alahai... kenapalah tidak kena kepalanya? Maknanya, untuk menepati sasaran kita perlu ada kepakaran. Kepakaran itu akan datang melalui pembelajaran berterusan dan latihan yang mantap serta pengalaman yang dimiliki.

  2. Kita perlu sedar, Presiden Bush bukan sembarangan orang. Beliau merupakan `Ketua Polis` dunia! Ratusan ribu tentera adalah di bawah telunjuknya. Jadi, kalau setakat kasut... apalah sangat bagi seorang Bush. Bush kan selalu `bermain` dengan peluru berpandu. Sebab itu Presiden Bush boleh mengelak dengan pantas. Maknanya, sebelum kita menyerang seseorang, kita perlu selidiki kekuatan lawan. Jangan semborono sahaja.

  3. Setinggi manapun pangkat seseorang, janganlah berasa bongkak kepada sesama insan. Jangan lupa ada yang Maha Kuasa. Ingat, seorang raja yang bernama Namrud pun tewas dek nyamuk seekor. Macamanapun ketat kawalan keselamatan seseorang, ia tidak akan selamat selamanya. Siapa pernah menyangka peristiwa `baling kasut` itu akan berlaku? Oleh itu, sebagai pemimpin memimpinlah dengan adil. Jangan sampai ada hak-hak rakyat yang kita abaikan. Khuatir, bukan kasut lagi yang akan dibaling ke arah pemimpin tetapi bom!

Demikianlah beberapa nilai motivasi yang saya boleh kongsikan kepada pembaca sekalian. Sekadar sembang-sembang sahaja. Mudah-mudahan ada manfaatnya. Wallahua`lam...

Perkasakan Motivasi Diri Dgn Membaca Kisah Hidup Tokoh Yg Anda Kagumi.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Tidak akan hilang satu golongan dari umatku yang akan menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan dimudharatkan oleh orang-orang yang cuba menentang dan merendah-rendahkan mereka sehinggalah tiba pertolongan dari Allah SWT". Sahabat bertanya kepada Baginda SAW: "Siapakah mereka wahai Rasulullah?" Jawab Nabi: "Manusia dari umatku di Baitulmaqdis dan pelindung-pelindung (mujahid-mujahid) di Baitul Maqdis".

Subuh yang hening, 22 Mac 2004, tiba-tiba dikejutkan oleh suara deruman helikopter Apache buatan Amerika Syarikat. Syeikh Ahmad Yasin yang ketika itu baru saja keluar dari Masjid Akademi Islam selepas mengerjakan solat Subuh, terkejut.

Helikopter itu milik Israel. Hanya dalam masa beberapa saat saja, kesunyian bandar Gaza dipecahkan oleh gegaran sebutir peluru berpandu yang meluncur tepat ke arah pemimpin agung Hamas yang dicintai oleh rakyat Palestin itu.

Belum lagi hilang asap ledakan yang pertama, peluru kedua dan ketiga segera menyusul. Subuh itu juga jasad, Syeikh Ahmad Yasin syahid. Jasadnya berkalang tanah, hancur bersama kerusi roda yang setia menemaninya sekian lama.

Beberapa orang yang berada di sekitar tempat itu bertempiaran lari sambil menjerit-jerit. Tiada apa yang dapat mereka lakukan. Enam orang lain, termasuk dua orang pengawal dan seorang anak lelakinya, turut terkorban dalam serangan tersebut. 17 yang lain cedera.

Jenazah kesemua mereka segera dikejarkan ke Hospital As-Shifa` di bandar Gaza. Hampir seluruh tubuh Syeikh Ahmad Yasin hancur menjadi cebisan-cebisan daging yang berserakan, kecuali kepalanya. Wajahnya tersenyum, seolah-olah menunjukkan betapa bahagianya saat itu.

Setelah berjalan jauh di jalan jihad, akhirnya Syeikh Ahmad Yasin mendapat apa yang ia cita-citakan. Sudah sampai masa untuk ia mengadap Tuhannya. Hari itu seluruh tanah Palestin seakan bergetar, lebih-lebih lagi ketika berita itu menyebar ke telinga setiap para pencinta jihad.

Getaran syahidnya telah membuat seluruh rakyat Palestin bersimpuh lumpuh dan diselimuti rasa sedih yang tiada taranya. Seluruh isi Palestin menangis, deraian air mata membanjiri jalan-jalan.

Jika diberi kesempatan, pastilah setiap orang daripada mereka ingin menjadi orang yang menghantarkan jenazah beliau ke kuburan. Atau sekurang-kurangnya mendapat kesempatan untuk menyaksikan wajahnya yang menyejukkan.

Atau sekadar meraba tapak tangannya yang hancur supaya dapat belajar bagaimana cara memukul musuh, serta bagaimana seharusnya menjalani kehidupan ini. Pengumunan segera dibuat di masjid-masjid seluruh Gaza.

Yang kemudian menyaksikan hampir 200, 000 rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza dan Tebing Barat turun ke jalan-jalan utama. Mereka melaungkan "Allahu Akhbar!" dan "La Ilaha illa Allah".

Sebahagian daripada mereka berurai air mata - marah, geram dan dendam! Rakyat Palestin terluka dengan kematian pengasas dan pemimpin Hamas itu. Perarakan itu menjadi perarakan terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah Palestin.

Semua orang yang berkumpul pada hari itu, samada anggota Hamas ataupun bukan, tua-muda, lelaki-perempuan, melambai-lambaikan tangan sebagai ucapan simpati ketika jenazah dibawa ke tempat istirehat terakhir.

Para mujahidin bersenjata melepaskan tembakan ke udara dan kumpulan militan melemparkan puluhan bom mortar sebagai tanda penghormatan. Pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin telah menaikkan kemarahan rakyat Palestin terhadap bangsa penjajah itu.

Mereka bersumpah akan mengirim kematian ke setiap sudut rumah-rumah bangsa Yahudi. Selama ini Syeikh Ahmad Yasin adalah simbol perjuangan rakyat Palestin. Beliau sentiasa berada di tengah-tengah rakyat, bersama-sama menentang Israel dalam apa keadaan sekalipun, termasuklah ketika kedua-dua kakinya sudah lumpuh.



Sumber: Petikan daripada buku, "Syeikh Ahmad Yasin, Perjuangan Memburu SYAHID" oleh Muhammad Umar Ghazali.

Selamat Datang Wiraku!


"Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku ke atas kami, sehingga tiada satu kaum pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun (di kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas...(Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh) yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami?"


As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin
Pengasas HAMAS, Palestin

Raja Segala Ubat!

Saudara, bersama-sama kita memahami dan mengamalkan nasihat di bawah. Nasihat ini disampaikan dengan nilai sastera yang sangat halus dan tinggi. 'Penjodoh bilangan` yang dipadankan dengan maksud adalah sangat tepat dan sukar ditemui sebarang kecacatan. Amalkanlah nasihat ini sebagai ubat yang paling mujarab walau siapa anda. Samada Islam, Kristian, Budha, Hindu, Pagan, Yahudi, Majusi dan apa saja. Samada anda pemimpin, yang dipimpin, pegawai, pensyarah, doktor, guru, tentera, petani, tukang kebun, pembantu rumah, tukang sapu dan apa saja.

********************************

"1. Ya saudaraku, hendaklah kau mengambil beberapa buah akar keikhlasan, daun-daunan kesabaran dan perahan kerendahan hati.

2. Letakkan semua dalam wadah ketaqwaan.

3. Lalu tuangkan ke dalam cairan rasa takut.

4. Kemudian adun dengan api kesedihan.

5. Saringlah dengan saringan kewaspadaan.

6. Kemudian ambil ramuan itu dengan tangan kejujuran.

7. Lalu minumlah dari gelas istighfar yang telah dicampurkan dengan air kesolehan.

8. Sesudah itu jauhkanlah dirimu dari rakus dan serakah. InsyaAllah engkau akan sembuh dari penyakitmu itu."

********************************
(Sufian At-Thauri)

Motivasikan diri anda dengan menonton movie!


Sebentar tadi saya baru selesai menonton filem bertajuk The Core di TV 2. Bukan dirancang tetapi secara tidak sengaja. Oleh kerana menarik, saya teruskan menonton sehingga selesai. Apa yang saya boleh katakan adalah, sangat bagus! Sebenarnya filem ini sudah lama ditayangkan. Tayangan pertama pada 28 Mac 2003. The Core merupakan science fiction disaster film yang diarahkan oleh Jon Amiel berdasarkan novel `Core` tulisan Paul Preuss. Secara ringkas filem ini berkisar tentang usaha menyelamatkan bumi daripada permasalahan radiasi solar yang telah menyebabkan setiap benda yang terdedah dengan sinaran tersebut terbakar. Satu pasukan pakar telah memutuskan bahawa bencana itu berlaku disebabkan oleh teras bumi yang statik atau berputar perlahan dan bakal berhenti.


Bagi menghentikan permasalahan tersebut, teras bumi mesti diputarkan semula. Susulan daripada itu, satu misi ke teras bumi oleh sepasukan pakar untuk menjatuhkan beberapa butir bom nuklear telah dilancarkan. Harapan mereka adalah, apabila bom nuklear itu meletup teras bumi akan berputar semula. 1001 cabaran yang mereka lalui di sepanjang misi tersebut. Memang saat-saat itu sangat mencemaskan! Daripada 6 orang yang menyertai misi itu, hanya tinggal 2 orang sahaja yang selamat kembali ke permukaan bumi termasuk seorang pilot. Yang lain terkorban. Ada yang terkena serpihan berlian. Ada yang mati tersepit di dalam kapal sewaktu kecemasan. Ada yang terpaksa berkorban membuka punat nuklear di luar kapal dan ada yang terperangkap di dalam kotak nuklear yang akhirnya meletup bersama-sama dengan nuklear tersebut. Nilai motivasi yang kita boleh dapat daripada filem ini adalah terlalu banyak, antaranya:




  1. Apa sahaja bidang yang kita ceburi, berusahalah sampai ke tahap pakar. Dengan kepakaran itu sahajalah yang boleh memudahkan kita bekerja dengan lebih berkualiti terutama pada detik-detik kecemasan.


  2. Cuba menjadi seorang yang unik. Buat sesuatu yang tidak pernah orang lain terfikir untuk lakukan. Ramai yang telah membikin filem misi ke angkasa lepas, lautan, gunung-ganang, kutub, dan hutan. Tapi misi ke teras bumi???


  3. Bertindaklah dengan akal bukan dengan emosi. Siapa yang perlu diselamatkan seorang rakan atau 6 bilion penduduk bumi? Mestilah yang 6 bilion itu kan.


  4. Kalau tidak tahu, katakan tidak tahu. Jangan bersikap bodoh sombong. Lantas, bersedialah untuk belajar walaupun anda sudah bergelar profesor/tok guru.


  5. Tenang itu sangat penting. Terutamanya semasa kecemasan yang boleh mengancam nyawa kita. Hanya dalam keadaan kita tenang sahaja, kita boleh berfikir dengan betul dan membuat keputusan dengan tepat.


  6. Cukuplah tu...

Kesimpulannya, menonton movie memang boleh memotivasikan diri kita. Yang penting, pilihlah movie yang baik. Baik movie, baik juga motivasinya. Buruk movie, buruk juga motivasinya! Ha, yang pernah tengok movie yang tidak baik itu, masih ada masa untuk bertaubat. Mata, Allah SWT berikan untuk melihat kebesaranNya. Wallahua`lam.

Membina Jiwa Besar!


Apa makna jiwa besar? Apabila bercakap tentang pentakrifan jiwa besar, kita tidak boleh lari daripada mengaitkannya dengan perkataan merdeka. Berdasarkan pembacaan saya, perkataan merdeka berasal daripada Bahasa Sanskrit, mahardika. Perkataan ini terdiri daripada dua kata dasar iaitu maha dan ardika. Maha bererti besar, sedangkan ardika bererti jiwa. Jadi, perkataan merdeka mengandung makna jiwa besar. Dengan demikian negarabangsa yang merdeka semestinyalah adalah negarabangsa yang memiliki jiwa besar. Itu tentang asal-usul perkataan jiwa besar. Jadi, bagi mendefinisikan perkataan jiwa besar maknanya kita berbicara tentang takrif merdeka.

Bermacam-macam pula pengertian merdeka ini. Tapi, dalam puluhan `mazhab` itu pendefinisian mereka tidak lekang daripada perkataan `bebas`. Bebas daripada penjajahan, bebas membentuk halatuju sendiri, bebas mengatur corak sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Pendek kata, bebas daripada sebarang `perkara buruk`. `Perkara buruk` itu pula mencakupi pelbagai bidang. Bemula dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan dunia seluruhnya. Demikian jugalah pendefinisian bagi perkataan jiwa besar itu.

Bagi seorang pemimpin, memiliki jiwa besar ini sangat penting. Tidak kiralah anda pemimpin apa. Maknanya, seorang pemimpin yang berjiwa besar itu meletakkan Tuhannya melebihi makhlukNya. Kita mungkin boleh `bebas` daripada mahklukNya, tapi kita tidak akan boleh bebas daripada Tuhan, kan? Sejurus selepas kita menyemai sifat di atas di dalam diri kita, akan lahirlah sifat-sifat pemimpin sejati secara sendirinya. Berani, tabah, berkeyakinan, pantas, berkarisma, tajam membaca masa depan, inovatif, kreatif, produktif, menawan hati rakyat, zuhud, wara` dan pelbagai lagi sifat lain. Kalau kita meletakkan makhlukNya mengatasi Tuhan, habislah. Parti/jemaah hanya akan digunakan untuk mencari makan, memenuhkan periuk nasi sendiri dan kerabat. Sepatutnya apa? Sepatutnya parti/jemaah itu digunakan untuk berjuang bukan untuk `cari makan`.

Bercakap tentang ini saya teringat kisah suka-duka semasa menjadi pemimpin mahasiswa dulu. Ya, tidak dinafikan ada juga kegagalan yang dihadapi. Pun begitu, ada juga beberapa kejayaan yang dikecapi. Pemimpin mahasiswa juga mesti mempunyai jiwa yang besar. Maklumlah yang dipimpin itu bukan budak tadika. Kesemuanya golongan terpelajar yang bakal mencorakkan negara pada masa akan datang. Saya pernah duduk sepentas dengan pensyarah berstatus profesor di dalam forum yang membincangkan isu mahasiswa/i. Pada mulanya berbincang. Di pertengahan bertukar menjadi perdebatan dan akhirnya pengerusi menyimpulkan bahawa hujah saya yang diterima pakai dan bukan profesor itu.

Profesor itu tidak puas hati walaupun forum itu sudah sebulan berlalu. Apa yang saya ingin nyatakan di sini adalah, tanpa jiwa yang besar mana-mana pemimpin mahasiswa akan kecut perut berdebat dengan seseorang yang berstatus profesor. Selain itu, saya juga turut mencadangkan agar pemimpin mahasiswa diberikan peluang berkhutbah jumaat di dalam masjid universiti. Cadangan saya diterima dan saya telah menghantar hampir 10 nama untuk menjadi khatib jumaat. Salah seorangnya adalah saya.

Tidak dinafikan, kami tidak sehebat para ustaz di luar sana. Tapi alhamdulillah boleh disampaikan. Berkhutbah di depan para pensyarah dan ribuan mahasiswa/i bukannya mudah. Tapi dengan jiwa yang besar insyaAllah berjaya dituntaskan. Satu lagi, semasa perhimpunan pemimpin mahasiswa seluruh Malaysia di salah sebuah hotel di KL bersama Pak Lah (masa itu masih TPM). Dalam sesi soal jawab, saya telah menyuarakan tentang ketidakseimbangan pengagihan khazanah negara. Ada negeri yang dapat banyak, ada yang dapat sedikit termasuk Sabah walaupun Sabah terkenal sebagai penyumbang hasil bumi kepada negara.

Saya persoalkan bagaimana mekanisma pengagihan itu? (cukup berlapiklah tu... niat saya sebenarnya nak protes kenapa Sabah masih mundur, walau hasil buminya banyak). Soalan kedua berkenaan dengan kaedah di pihak kerajaan di dalam membanteras gejala sosial di kalangan remaja. Hujah saya, kenapa kita hamburkan wang rakyat untuk membuat kempen itu ini, sedangkan kita biarkan punca-punca gejala itu terus hidup subur. Seperti pusat hiburan, judi, arak dan lain-lain lagi. Bukankah usaha membanteras itu akan tercantas dengan sendirinya? Membazir! Sekali lagi tanpa jiwa yang besar ia sukar untuk dilakukan.

Memiliki jiwa yang besar bukanlah sesuatu mustahil . Ia hanya perlu keazaman dan usaha keras serta istiqamah. Berusahalah memiliki jiwa yang besar walau apapun jawatan anda. Ya, walaupun anda seorang penganggur atau tukang kebun! Apa yang saya contohkan di atas adalah sebahagian perjalanan hidup saya semasa di kampus dulu. Bukan niat untuk mebanggakan diri. Sifat itu boleh menghakis kebesaran jiwa sesorang. Apa yang saya nukilkan di atas juga mungkin bukanlah satu sumbangan yang bolah dibanggakan.

Tetapi, apa yang penting adalah kita ikhlas menegakkan suruhan Tuhan. Hanya takut pada Tuhan dan tidak sama sekali kepada mahklukNya. Kepada kawan-kawan yang membaca entri ini, apa khabar? Mudah-mudahan perjuangan kita itu dapat diteruskan walau di mana kita berada. Paling tidak, kita mampu memimpin diri sendiri agar tidak terkucil dari landasanNya.

Namaku, Motivasiku!

Hari ini saya memilih untuk bicara soal 'nama'. Dalam Bahasa Inggeris `name`. Dalam Bahasa Dusun Kimaragang `ngaran`. "Isai ngaran nu?" ertinya siapakah nama anda? Apabila bercakap tentang topik ini, ramai ilmuan yang memfokuskan huraian mereka kepada betapa perlunya memberikan nama anak dengan nama yang mempunyai makna yang baik dengan hujah bahawa nama itu adalah doa. Bagaimanapun, izikan saya membawa perhatian anda ke satu arah yang sedikit berbeza, iaitu `Namaku, Motivasiku!`. Maknanya, saya akan mengupas tentang topik `nama` dari sudut atau prespektif motivasi.

Baiklah, amalan pemberian nama anak selepas kelahiran adalah pelbagai di dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Kalau yang beragama Islam, biasanya nama itu diambil daripada Bahasa Arab yang mempunyai bunyi yang menarik dan makna yang baik. Contohnya, `Abdul Azim-hamba Allah yang agung`, `Abdullah-hamba Allah`, `Ainul Mardhiah-mata yang diredhai` dan lain-lain lagi. Berbeza pula dengan yang non-muslim. Biasanya mereka merujuk kepada tokoh-tokoh Barat (David, Mary, Kenedy dan lain-lain). Ada juga yang merujuk kepada nama-nama yang terdapat di dalam Kitab Bible seperti `Petrus`, `Joseph` dan yang seumpama dengannya. Selain itu, terdapat juga yang menamakan anak berdasarkan sifatnya masa kecil.

Apapun nama anda dan bagaimanapun kaedah penamaannya, yang penting adalah nama itu mempunyai makna yang baik. Justeru, bagaimanakah menjadikan nama anda sebagai sumber motivasi? Jawabannya mudah sahaja, jadikan nama anda sebagai matlamat hidup. Tapi ini hanya terpakai bagi pemilik nama-nama yang baik. Yang di sebaliknya itu, terpaksa tukar namalah. Ya, saya ulangi jadikanlah nama anda sebagai MATLAMAT HIDUP. Saya tahu, perkara ini simple. Tapi, `simple-simple`pun ramai yang melihat tetapi tidak nampak. Apatah lagi bertindak mempraktikkannya.

Baik, apabila disebut `matlamat` maknanya ia menuntut kepada pengorbanan dan kerja keras untuk mencapainya. Contohnya apabila nama anda `Muhammad`, maknanya `yang terpuji`. Lantas, anda boleh letakkan matlamat hidup anda menjadi `sesorang` yang terpuji. Kalau doktor, doktor yang terpuji. Guru sebagai guru yang terpuji, petani sebagai petani yang terpuji dan seumpama dengannya. Bagi mencapai `kepujian` itu, tidak ada cara lain kecuali pengorbanan dan kerja keras. Kadang-kala nama kita disandarkan kepada nama seorang tokoh walau maksudnya tidak jelas seperti `Kennedy'. Beliau (John F. Kennedy) merupakan tokoh pemimpin rakyat Amerika yang dikatakan mati ditembak. Jika nama anda `Kennedy` misalnya, mungkin boleh digunakan sifat keberanian dan kepimpinannya membela rakyat sebagai matlamat? Yakni, menyemai sifat keberanian dan kepimpinan di dalam diri anda seperti mana yang terdapat di dalam diri mendiang John F. Kennedy.

Wujud juga kes `2 in 1`. Maksud saya adalah nama itu sudahlah maknanya baik, bekas pemilik nama itu juga merupakan seorang tokoh tersohor. Contohnya `Usamah Bin Zaid R.A`. `Usamah` ertinya ialah Singa. Singa itu pastinya melambangkan kegagahan dan kepahlawanan. Beliau telah dilantik oleh Nabi Muhammad SAW sebagai Panglima perang walaupun umurnya belum genap 20 tahun. Usia yang muda tidak menghalangnya dipilih mengetuai perang walau ramai sahabat senior yang lain. Jadi, bagi mereka yang memilih nama ini, jadikanlah sifat dan ketokohannya sebagai matlamat di dalam kehidupan. Katakan kepada diri anda, "oleh kerana namaku Usamah maka aku ingin menjadikannya idola. Aku ingin memiliki ketokohan sepertinya. Aku akan cuba sebaiknya untuk memiliki sifat tersebut. Aku sama sekali tidak akan mencemarkan namanya." InsyaAlah, kalau ini berjaya anda amalkan dengan sendirinya anda telah membentuk keperibadian diri anda dan pada masa yang sama anda telah meletakkan matlamat hidup yang betul serta berada di dalam `gelanggang perjuangan` untuk mencapainya.

Kaedah ini berguna apabila anda berada dalam dilema, bermasalah atau berlaku kemerosotan motivasi diri. Apabila situasi ini menimpa anda, bertenanglah dan cuba berfikir tentang nama anda. Contohnya nama anda sebagai `Saifullah`, maksudnya `pedang Allah`. Apa tindakan yang harus anda lakukan? Bermonologlah dengan diri sendiri. Berbicara dan berbincang dengan diri sendiri (jangan buat di tempat orang ramai, nanti orang cakap `gila`, ha ha ha!). Monolognya mungkin seperti ini, "ohhh...sedihnya aku gagal lagi dalam exam. Kawan-kawanku semua lulus. Aku seorang sahaja yang macam ni. Aduh, sedihnya... Jangan mengalah Ful, kuatkan semangat! Nama kau kan Saifullah, pedang Allah. Sifat pedang tidak pernah gentar kepada lawan dan kegagalan. Sifat pedang akan terus `berjuang` sehingga ke titisan darah terakhir. Apatah lagi kau itu pedang Allah. Allah mengamanahkan kau untuk menggunakan pedang ini di dalam `gelanggang ilmu`. Hunus pedangmu! Berjuanglah wahai Saiful... Berjuanglah!" Nah! sekarang sudah terang lagikan bersuluh kan?

Ya, memang diri kita tidak mampu untuk sama seperti tokoh-tokoh itu. Tapi, sekurang-kurangnya hidup kita mengarah ke situ. Ada arahnya dan ada pendorong kuat di dalam diri kita. Sedih juga apabila ada segelintir yang mempunyai nama yang baik tapi akhlaknya tidak sebaik namanya. Kita sendiri melihat terpampang di dada-dada akhbar. Nama bukan main cantik lagi tapi, merogol cucu, merompak, membunuh, menagih dadah dan bermacam-macam lagi (moga kita dijauhkan daripada gejala najis dan keji itu). Kenapa perkara ini berlaku? Jawaban saya, antara faktor utama adalah mereka tidak menghargai anugerah nama yang diberikan kepada mereka. Mereka tahu tetapi tidak faham apa maksud nama mereka. Mereka tidak kenal siapakah pemilik nama itu sebelum mereka. Mereka juga tidak menjadikan nama mereka MATLAMAT HIDUP! Ayuh! cetuskan perubahan. Ingatlah, jasad kita akan mati tapi nama kita akan kekal selama-lamanya. Di dunia kita dipanggil dengan nama itu, di dalam kubur kita dipanggil/dikenang dengan nama itu dan di akhirat kita juga diadili dengan nama itu. Wallahua`lam.



Nota: Nama saya Muhammad Umar, ertinya `Yang Terpuji dan Memakmurkan`. Semoga Allah SWT menjadikan diri saya seperti yang dimaksudkan oleh nama itu. Nama itu juga kombinasi nama dua orang sahabat karib iaitu, Nabi Muhammad SAW dan Saidina Umar Al-Khattab R.A. Pastinya ikutan saya adalah Nabi SAW. Idola saya adalah Umar Al-Khattab R.A. Yang menariknya nama itu adalah pilihan saya sendiri, bukan ibu bapa. Tapi, mereka merestuinya. Amin...

Sajak Kematian




Sesungguhnya kematian itu sesuatu yang pasti terjadi bagi setiap makhluk Allah SWT. Bila? Mungkin minggu depan, bulan depan, tahun depan dan depan, depan dan depan. Boleh jadi juga selepas saudara membaca entri ini? Apa yang pasti apabila tiba masanya, ia tidak akan dipercepatkan/diperlambatkan walaupun satu saat.

Ya, memang menggerunkan. Mengerunkan bagi mereka yang masih mempunyai sekelumit iman di dada. Realitinya, ramai di antara kita yang seakan-akan lupa pada kematian. Sibuk dengan dunia. Tamak. Rakus dan gelojoh mengaut 'dunia'. Kadang-kadang ada juga yang ingat akan kematian. Ada, tapi mereka merasakan "aaaaahhh..lambat lagi tu", "masih sempat bertaubat lagi.." dan lain-lain lagi `harapan dusta` yang dibisikkan oleh syaitan duta Neraka Jahanam.

Justeru, sama-samalah kita beringat. Semoga kita dapat menunaikan apa tujuan Allah SWT ciptakan kita di dunia fana sebelum roh kita berpisah dengan jasad. Allah SWT tidak pernah berfirman menyuruh kita semata-mata menjadi PM, doktor, peguam, saintis, petani dan lain-lain. Tapi, Allah SWT menyuruh kita menjadi `seseorang` yang menggunakan amanah `jawatan` itu untuk mengadbdikan diri kepadaNya dan memakmurkan bumi ini dengan agamaNya.

Ayat falsafah sikit, tapi mudah sahaja untuk difahami. Jadikanlah `kematian` itu penasihat kita yang terbaik. SELAMAT MENANTI SAAT KEMATIAN. Moga mendapat kematian yang baik. Amin.





Nota: Jika hati saudara keras, tontonlah YouTube Sajak Kematian di atas berulang-kali dengan penuh penghayatan. InsyaAllah, bisa lembut. Kalau bukan banyak sedikit. Kalau tak lembut juga, mintalah dengan Allah SWT hati yang baru kerana hati itu dah mati...

"The 4 Minute Mile": Dr. Irfan Khairi


Umar, sebelum May 6, 1954, tiada pelari dapat berlari sejauh 1 batu dalammasa kurang dari 4 minit. Berlari 1 batu dalam masa kurang 4 minitdifikirkan mustahil!Sehingga Roger Bannister mencabar dan memecahkan fikiran mustahiltersebut dengan berlari sejauh 1 batu dalam masa 3 minit 59 saat!Apa yang terjadi selepas itu, pada tahun yang sama, beberapa pelarilain berjaya melepasi benteng 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit.

Tahun-tahun yang seterusnya juga menyaksikan lebih ramai pelariberjaya memecahkan benteng 4 minit tersebut!Apa yang telah terjadi? Kisah Roger Bannister ini sering diceritakan dalam buku-bukumotivasi barat. Ia menunjukkan bahawa benteng pertama yang perludilalui adalah benteng di minda. Apabila ia kelihatan mustahil,maka, ia sememangnya mustahil.

Tetapi, sekiranya ia terbukti boleh dilakukan, maka, benteng diminda sudah tiada lagi dan lebih ramai atlit dapat melakukan lariantersebut.Buka mata anda kepada kisah-kisah disekeliling kita yang umpama"The 4-minute Mile". Ia merupakan satu titik sebuah anjakanparadigma (Paradigme shift) yang boleh mengubahkan haluan hidupkita.

Senjata jutawan-Compound Interest: Dr. Irfan Khairi

Umar, sering saya ditanya "Apakah rahsia untuk menjadi kaya?". Apa satuperkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadijutawan?Umar, jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana didalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini.

Tidak kira latar belakangpendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apakepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorangitu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambilkesempatan ini.Caranya bukanlah cara cepat kaya... tetapi, cara pasti kaya. Hendaktahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran...Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunyameletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari saturinggit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnyamenjadi RM365.

Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut danketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalamtabung tersebut adalah RM14,600.Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakanperlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let's faceit... RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yangbesar.Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unitsimpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun danRM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnyahanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kayadengan pasti.

Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasakompaun (Compound Interest)Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayankepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanyamengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amatmudah. Katanya, compund interest adalah "the greatest invention ofall time". Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik.Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehinggaumur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalahuntuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranyadilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa kompouninterest.

Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatansuami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidupdengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaanuntuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makanminum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gajiisteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12%(Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya andaresearch syarikat-syarikat Mutual funds).Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawamereka menjadi jutawan!Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberipulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya padaumur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanyamenganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar sayajelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kuncikejayaan kompoun interest.Kunci untuk kompoun interest. Iaitu, mulakan dengan cepat!Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek kompuninterest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejakmula bekerja pada umur 20 tahun. Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali gandalebih dari Zahid.Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun...Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39 Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 - walaupun Asrimenyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun sedikitjelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yangmengambil keputusan melabur lewat - walaupun dua kali ganda.Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh... tapi Irfan- menunggu20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yanglama untuk mencapai kekayaan.Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya.

Walaupunmungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti.Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di manaarnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, diakhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyumriang memenangi perlumbaan!Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpanRM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yangmemberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30tahun, anda juga adalah seorang jutawan!Salam cemerlang!ps: Untuk melipat kali gandakan pendapatan melalui compoundinterest, tambahkan hasil pendapatan anda, mungkin dari memulakanperniagaan secara sambilan dan gabungkannya dengan pendapatanmelalui compound Interest ini.

5 KUNCI USAHAWAN BERJAYA: Dr. Irfan Khairi

MERANCANG DAN DAPATKAN HASIL
Umar, tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang dan mendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidakkira dalam bidang politik, keluarga atau individu, merancang akandapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik. Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usawahan yang berjaya,kebolehan merancang dan mendapatkan keputusan adalah amat penting.Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan yanglengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!).

Apabila perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalammenganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan anda.Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih diperlukanuntuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar dantidak diambil oleh pesaing anda!Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidakpernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yangberjaya akan sering Tanya pada diri sendiri:- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?- Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?- Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk mengembankan perniagaan ini? Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab ataskeputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang gemilang.


BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN
Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebihdaripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, "Go the extramile!". Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalamperniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannyaapabila disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkanpendapatan yang diterima. Tetapi, untuk menjadi usahawan yangberjaya, menteliti sebagai "pekerja" tidak lagi boleh disimpan.

Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untukmemenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihatpeluang bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusahasekeras-kerasnya dalam perniagaan anda. Melakukan kerja lebihdaripada apa yang disangkakan akan membuka pintu rezeki kepadaperniagaan anda.

MEMASAR DAN MENJUAL
Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran danmenjual! Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal dalamtahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat mengejutkanbagi bakal-bakal usahawan. Namun, sekiranya anda mempunyaicirri-ciri usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripadastatistic ini.

Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadikepada apa jua jenis perniagaan. Kebolehan yang diperlukan adalah:- Kebolehan berkomunikasi- Kebolehan merunding- Kebolehan memujuk pembeli membeli- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan andaKunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yangtinggi. Tanpa kebolehan "menjual", matlamat sesuatu perniagaantidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat pentingdalam perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi melaluimenjual produk dan perkhidmatan anda.Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajarikaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan danjuga seminar komunikasi.

Bertahun-tahun dulu, saya merupakan seorang yang agak pendiam dansukar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja- apatah lagi menjual!Ianya selepas saya memperbaiki kelemahan saya dalam komunikasi,saya mula dapat melihat kejayaan dalam perniagaan saya berkembangmelalui pemasaran dan jualan yang meningkat. Dua tip dalam menjual:1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalahsuatu kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal,ianya agak sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kalimelakukan perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.2. Komunikasi adalah penting dalam perniaagaan.

Namun,berkomunikasi bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi jugauntuk bijak mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepadamereka disekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar,memujuk, persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihakdalam membantu menjayakan perniagaan anda.

FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN
Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yangtelah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihatoleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkarayang tidak dapat dilihat oleh orang ramai-iaitu angka-angkaperniagaan anda!

Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukanperniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan,produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isupenting iaitu penyata kewangan.Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apayang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda.Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada merekayang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, andaperlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supayawang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskankeuntungan keseluruhan perniagaan anda!

TIDAK PUTUS ASA MENCUBA
Umar, seperti yag dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan gagal. Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya! Sedih bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa!Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates. Tahukah andabagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam perniagaannya yangboleh dikatakan yang paling berjaya di dunia?Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan mengujilebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagidipasarkan dimana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dandikira sebagai projek gagal.

Mengapa begini? Microsoft tahu bahawalebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan.Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalamusahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu. Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, rezekitersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmuperniagaan. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok belokperniagaan. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranyaanda mendalami ilmunya.

Kisah Sylvester Stallone yang sungguh menarik!

Pada kemuncak kariernya, Stallone adalah salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood. Dia menerima sehingga 20 juta dolar Amerika bagi sebuah filem. Adakah Stallone bernasib baik? Adakah dia seorang pelakon yang mempunyai bakat semula jadi? Adakah dia berada di tempat yang betul pada masa yang tepat? Tidak sama sekali!

Stallone berasal dari sebuah keluarga yang daif. Ibunya melahirkannya di tangga sebuah sekolah dan kelahirannya di-bantu oleh para pelajar sekolah itu. Pada saat kelahirannya, saraf mukanya cedera dan bahagian kanan wajahnya menjadi lumpuh. Dengan itu, Stallone tidak mampu bertutur dengan jelas. Sewaktu dia kanak-kanak, ramai kanak-kanak lain mengejeknya kerana kekurangannya ini. Tambahan pula, namanya Sylvester sama dengan nama satu karakter kartun Looney Tunes. Tanpa menghiraukan semua kelemahannya, Stallone berazam hendak menjadi pelakon terkenal. Dia ingin memberikan inspirasi kepada orang lain melalui filem.

Seperti yang anda tahu, ramai remaja mempunyai impian menjadi bintang filem tetapi bagi kebanyakan daripada mereka, ia hanyalah angan-angan. Namun, Stallone menjadikan impian-nya suatu kemestian. Dia komited bagi melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Langkah pertamanya adalah mendaftar di sebuah sekolah lakonan. Kemudian, dia menghadiri sesi uji bakat. Dengan pertuturannya yang kurang jelas, wajahnya yang tidak menarik, ditambah pula dengan lakonan yang kaku, tidak ada pihak yang mahu mengambilnya sebagai pelakon. Semua kegagalan itu tidak menyebabkan Stallone berputus asa. Dia sentiasa mengubah strateginya dan terus bertindak.

Bagaimana akhirnya Stallone berjaya mendapatkan peluang pertama menjadi pelakon? Apabila sekali lagi dia ditolak dalam suatu uji bakat, dia terus duduk dalam bilik pengurus dan enggan pulang selagi dia tidak mendapat peluang berlakon. Selepas berjam-jam dia duduk di situ, orang-orang yang berada di situ mula kasihan kepadanya. Mereka juga kagum dengan semangatnya yang tidak mahu mengaku kalah.

Akhirnya, dia mendapat peluang melakonkan watak kecil. Bagi Stallone, lakonan itu begitu bermakna.Malangnya selepas itu, dia terus gagal mendapatkan sebarang peluang sehingga isterinya menyuruhnya melupakan sahaja impiannya itu dan mula mencari pekerjaan lain. Tetapi, Stallone masih ingin memperjuangkan impiannya. Dia tidak rela berputus asa.Stallone jatuh miskin sehingga pada suatu hari dia terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dolar. Dia begitu sedih kerana selama ini anjingnya itulah yang menjadi sahabat karibnya.

Tidak lama selepas itu, Stallone menonton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dengan Chuck Wepner. Ramai orang berkata Chuck pasti menyerah kalah selepas beberapa pusingan sahaja. Tetapi, Chuck bertahan sehingga 15 pusingan dan memberikan tentangan hebat kepada Ali. Daripada perlawanan tinju itu, Stallone mendapat inspirasi dan dia ingin membuat sebuah filem mengenai ahli tinju. Dia mula menulis skrip filem tanpa henti selama 84 jam. Filem ini diberi tajuk Rocky iaitu nama watak utamanya. Stallone berasa teruja kerana dia yakin filem ini bakal mengubah hidupnya.

Selepas skrip itu selesai, dia berusaha menjualnya tetapi tiada siapa yang berminat dengan skrip itu. Para penerbit filem menganggap tidak ada sesiapa yang mahu menonton filem mengenai ahli tinju. Stallone tidak berputus asa. Dia terus berjumpa pihak pengeluar filem sehingga akhirnya ada sebuah syarikat yang bersetuju membeli skrip itu dengan harga 75 ribu dolar. Stallone sepatutnya gembira tetapi impiannya belum tercapai. Dia ingin menjadi pelakon dan bukan penulis skrip.

Dengan demikian, dia memberikan syarat kepada syarikat filem itu. Dia bersetuju menjual skripnya kepada mereka asalkan dia menjadi pelakon utamanya. Pada mulanya mereka tidak bersetuju dan berkata, “Anda seorang penulis skrip, bukannya seorang pelakon! Tidak mungkin kami bersetuju dengan syarat anda itu.” Mereka menaikkan tawaran kepada 255 ribu dolar dan seterusnya kepada 1 juta dolar tetapi Stallone tetap berkeras dengan pendiriannya. Sungguhpun pada waktu itu, dia miskin dan sering kelaparan, dia masih komited pada impiannya! Akhirnya, syarikat filem itu mengalah tetapi kali ini mereka pula yang meletakkan syarat. Mereka hanya membayar sebanyak 35 ribu dolar pada Stallone bagi skrip dan juga lakonannya. Selain itu, Stallone juga bakal menerima royalti daripada keuntungan filem itu. Stallone bersetuju.

Perkara pertama yang dilakukan selepas itu adalah mencari semula orang yang membeli anjingnya. Stallone menawarkan 100 dolar pada orang itu bagi membeli semula anjingnya tetapi orang itu menolak. Stallone menaikkan harga tawaran sehingga 1,000 dolar dan orang itu tetap menolak. Sekali lagi, Stallone tidak berputus asa. Dengan apa cara sekali pun, dia mahukan anjingnya semula. Akhirnya, orang itu bersetuju apabila Stallone menawarkan 15 ribu dolar dan juga peluang berlakon dalam filemnya. Apabila filem Rocky ditayangkan, ia mencapai tahap box-office dengan keuntungan melebihi 171 juta dolar.

Bukan hanya itu, ia juga dicalonkan dalam 10 kategori Anugerah Akademi termasuklah pelakon terbaik. Daripada 10 pencalonan itu, Rocky memenangi anugerah filem terbaik dan arahan terbaik. Stallone terus mencipta nama sebagai pelakon aksi yang hebat dan dia menerima banyak tawaran yang lumayan. Antara filem Stallone yang menyusul selepas itu adalah First Blood, Rambo dan Rocky II.Stallone mencapai impiannya kerana ia menjadikannya suatu kemestian. Dengan ini, dia tidak berputus asa mencari jalan bagi mencapainya.

Oleh: Ahmad Fadzli Yusof
Setiausaha Kehormat TAMRIN

Mantapkan Motivasi Diri Anda Dgn Lailatul Qadar!


Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr. Firman Allah SWT :

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2).

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :- Ertinya: Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Waktunya
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu. Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerna beliau telah melihat tandanya dan zaman lain umumnya), sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya. Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah: 201 ).

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim).

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas. Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.

Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.


Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah: waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat. Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )
Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )


Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama. Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

Sekian,

Oleh: Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Memperkasa Silogisme Diri

Adakah saudara pernah mendengar atau terbaca tentang Teori Silogisme? Sebenarnya, teori ini adalah salah satu teori yang tersohor di dalam bidang psikologi. Pada dasarnya, teori ini mengajar kita mengetahui, memahami dan menganalisa tindak-tanduk manusia di dalam kehidupan seharian. Ironinya, sikap manusia ini adalah pelbagai sehingga boleh dikatakan bahawa hampir mustahil ada dua manusia yang mempunyai persamaan sifat dan sikap 100%. Sedikit persamaan itu mungkin ramai. Apapun, perbedaan pendapat, pendirian dan sikap terhadap sesuatu perkara itu merupakan sesuatu yang amat positif malah boleh mendatangkan rahmat sekiranya terurus dengan baik.

Di dalam mengupas teori ini, tiga kata kunci penting mesti diperhalusi iaitu, kepercayaan (belief), nilai (value) dan sikap (attitude). Secara mudah saya ingin katakan bahawa, kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu perkara akan melahirkan satu nilai yang kuat terhadap perkara tersebut. Kombinasi kepercayaan dan nilai yang kuat akan mencetuskan satu sikap yang kuat berkenaan perkara tersebut. Natijahnya, kejayaan yang kita harapkan di dalam perkara tersebut akan tercapai dan kita akan mendapat kepuasan yang amat mengagumkan.


Sambungan...


Saudara, sebagai contoh dalam bidang perniagaan. Sila perhatikan setiap kenyataan-kenyataan berikut:
  1. "9/10 sumber rezeki/kekayaan adalah datang daripada perniagaan. Perniagaan merupakan sebuah bidang pekerjaan yang mulia dan paling hampir kepada kekayaan." (Kepercayaan/belief).

  2. "Seronoklah apabila memiliki sebuah perniagaan yang menguntungkan. Apabila duit banyak, lebih mudah kita bersedekah dan semua kesempitan hidup kita akan dapat di atasi." (Nilai/value).

  3. "Saya akan berusaha sedaya-upaya untuk memulakan perniagaan. Sebagai permulaan, saya akan memilih jenis perniagaan yang akan saya ceburi. Selepas itu, saya akan mengikuti kursus berkaitan dan memulakan perniagaan kecil-kecilan terlebih dahulu." (Sikap/attitude).

Situasi yang digambarkan di atas adalah situasi positif. Saya ingin tekankan di sini bahawa, situasi ini tidak akan selamanya positif. Kebanyakan kita akan berhadapan dengan situasi yang negatif. Sebagai kesimpulannya, jikalau kita ingin menjana satu kejayaan yang besar di dalam apa sahaja lapangan yang kita ceburi, kita mestilah mulakan dengan KEPERCAYAAN. Pastikan kepercayaan itu `besar`. Kemudian dikuti dengan NILAI yang `besar`. Seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini, kombinasi kepercayaan dan nilai yang besar akan menghasilkan SIKAP yang sudah pasti juga `besar`. Insya-Allah kejayaan yang kita perolehi juga kejayaan yang `besar`. Formulanya adalah seperti di bawah. Wallahua`lam.



[KEPERCAYAAN (K) + NILAI (N) ]+ SIKAP (S) = BERJAYA (B)

[K + N]+ S = B

Life is a series of presentations!

I define PRESENTATION as the act of working to change the content of another person's mind at a paticular time and place. Note that I said "to change the content of another person's mind," not "to change another person's mind."

The Eight Very Important Points:

1. Your success in life depends upon how you approach the millions of opportunities before you.

2. Unless you're a hermit living on a mountaintop, your life largely consists of your interactions with the people around you.

3. The way in which we present our thoughts and ideas to people-from our colleagues at work to our spouse and even the person waiting on us at the grocery store-could have a pro-found effect on the shape of our own lives.

4. Mastery of the art of making presentations takes us closer to the outcomes we desire.

5. Delivering good presentations requires more skill than talent.

6. Presentation Mastery is the single biggest key to professional success and personal power.

7. The essential practices of successful presenters will dramatically improve your ability to effectively comminicate your ideas to individuals or to groups of any size in both your business and personal lives.

8. The better your presentations are, the better your life will be.

-Tony Jeary-

Formula II: Pemidato Hebat (FPH II)

Apa khabar saudara? Moga sihat dan ceria hendaknya. Hari ini saya ingin menyambung Formula Pemidato Hebat (FPH). Baiklah, kita masuk ke Formula II. Sebelum itu saya ingin bertanya, adakah saudara sudah menjalankan latihan Formula I? Hehe...usah ditangguh-tangguh. Kita sering dengar kan bahawa `kerja yang ditangguh, tidak akan menjadi`. So, just do it. Formula II yang ingin saya ingin kongsikan adalah, RANGSANG ORGAN UCAPAN DAN LATIH SETIAP HARI.

Untuk makluman pembaca sekalian, formula ini saya cipta sendiri berdasarkan pengalaman saya sebagai Pendebat Universiti. Saya tidak merujuk mana-mana buku. Jikalau ada persamaan itu adalah secara kebetulan. Saudara, dengan cara merangsang dan melatih organ ucapan kita setiap hari, akan menghasilkan satu pengucapan yang petah dan fasih. Sekarang, apakah itu organ ucapan? Baiklah, saya senaraikan sebahagian sahaja iaitu seperti lidah (pangkal, tengah dan hujung), bibir, gigi, gusi, lelangit (keras dan lembut) dan peti suara.

Yakin dan percayalah pada saya bahawa, tanpa kesemua organ ini sudah pasti kita tidak akan dapat bercakap dengan baik apatah lagi berpidato. Malahan salah satu sahaja daripada banyak organ ini tidak berfungsi, seni pengucapan kita akan pincang. Persoalan sekarang adalah, bagaimana merangsang dan melatih organ-organ ini. Kaedahnya mudah sahaja, apabila bercakap pastikan kita mainkan fungsi semaksima mungkin setiap organ yang berkenaan. Saya ambil satu contoh iaitu bibir. Peranan bibir adalah untuk membentuk bunyi yang keluar daripada mulut kita agar dapat menghasilkan sebutan yang betul.

Jadi kita tidak perlu malas untuk membuka bibir dengan sempurna apabila bercakap. Misalnya apabila kita menyebut perkataan 'untuk', pastikan bibir kita muncung ke depan. Dengan cara ini, sebutan kita akan sempurna. Baiklah, bagaimana melatih bibir ini? Salah satu caranya adalah melakukan bubbling technique. Lakukan setiap pagi, tengahari, petang dan malam. Latihan ini bisa melembutkan bibir. Bibir yang keras adalah satu masalah untuk memiliki sebutan yang petah dan fasih. Sekarang saudara sudah jelas kan? Diharapkan macam itulah ye.

Sebagai umat Islam, cara yang terbaik untuk merangsang dan melatih organ ucapan adalah dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran. Dengan membaca Al-Quran bertajwid, mahu atau tidak kita mesti menggunakan semua organ ucapan itu. Sebab itu, dalam sejarah ketamadunan Islam kita pernah mendengar riwayat mengatakan bahawa manusia yang paling fasih dan petah adalah Muhammad Bin Abdullah (Nabi Muhammad SAW). Faktor ini adalah salah satu penyebab baginda disenaraikan sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia oleh sarjana barat Michael H. Hart. Walaupun baginda itu tidak pandai membaca dan menulis tapi baginda menerima Al-Quran itu daripada Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibril AS dan kefasihan baginda mengungkapkan ayat-ayat suci itu pastinya tiada tandingan.

Sehinggakan baginda bukan sahaja seorang yang selalu 'membaca' Al-Quran tapi akhlak baginda itupun digelar sebagai "Al-Quran yang berjalan". Baiklah, Bagi yang bukan beragama Islam boleh juga berlatih tanpa membaca Al-Quran iaitu dengan cara memahirkan diri dengan menyebut dengan betul huruf jawi dari Alif hingga Ya. Saudara, saya tidak berniat menerangkan tentang formula ini secara lebih terperinci lagi kerana saya berhasrat menulis buku tentang ini. Sebagai makluman, sekarang masih dalam proses penulisan. Formula ini adalah cebisan daripada tulisan saya. Akhir kata, selamat mencuba...

Formula I: Pemidato Hebat (FPH I)

Saudara, seni pengucapan merupakan salah satu elemen penting di dalam komunikasi seluruh makhluk ciptaan Allah SWT khususnya kita sebagai manusia. Bermula sejak seseorang itu dilahirkan hinggalah ia menghembuskan nafas yang terakhir, seni pengucapan memainkan peranan yang amat penting. Tidak terkecuali mereka yang istimewa seperti orang bisu. Mereka juga perlu kepada seni pengucapan cuma kaedahnya berbeza dengan manusia normal. Walau apa profesion kita, untuk cemerlang wajib kuasai seni pengucapan. Tidak kira samada anda seorang individu, ayah/ibu, ketua kampung, pelajar sekolah, guru, jurutera, doktor, peguam dan apatah lagi sebagai pemimpin negara. Seni pengucapan yang baik akan menjamin komunikasi kita berkesan seterusnya tercapailah hasrat dan tujuan kita dengan lebih mudah.

Justeru, pada kali ini saya akan berkongsi tentang Formula I Pemidato Hebat (FPH I). Apapun, saya hanya menyentuh dari aspek kepetahan dan kefasihan semasa berhujah lantaran pemidato hebat bukan hanya dinilai dari segi ini sahaja tetapi banyak lagi aspek yang lain. Saudara, apa yang kita ucapkan samada dalam hati atau diungkapkan melalui kata-kata, semua ini bermula dari pemikirian kita. Apa yang kita fikir, itulah yang kita akan ucapkan. Ini bersesuaian dengan sifat biologi manusia yang sistemnya dikawal oleh bahagian otak. Sehubungan itu, PERLU KESERASIAN DI ANTARA OTAK DAN LIDAH KITA. Apabila keserasian ini dimiliki, inysa-Allah pengucapan kita akan lebih petah dan fasih. Keserasian ini akan dapat dibina melalui Formula I Pemidato Hebat (FPH I) iaitu, latihan. Latihan ini amat mudah tapi agak sukar dikuasai tanpa kesungguhan. Baiklah, saya jemput pembaca sekalian untuk mencuba latihan di bawah:



Latihan 1: Sebutkan (usahakan untuk menyebut sesempurna mungkin setiap perkataan tersebut) ayat di bawah dengan perlahan dan tingkatkan kelajuannya semaksimum mungkin.

"ULAR LARI LURUS, LURUS LARI ULAR"


Sebagai langkah awal, sebutkan ayat tersebut sebanyak 100 kali sehari di depan cermin tanpa melihat teks.


Latihan 2: Baca (usahakan menyebut dengan sesempurna mungkin setiap huruf tersebut) 26 huruf abjad secara terbalik tanpa melihat teks.

Ramai yang boleh membaca dari A-Z dengan lancar. Tapi berapa ramaikah yang boleh membacanya secara terbalik dari Z-A dengan pantas. Sila cuba latihan ini.



Z Y X W V U T S R Q P O N M L K J I H G F E D C B A




Selamat mencuba...

Tip Motivator: Bagaimana Nak Istiqamah?

Saudara, walau apa cita-cita kita, walau apa impian kita dan walau apa misi perjuangan kita, ia pasti akan berhadapan dengan kehancuran dan kegagalan. Kendati pun dengan usaha yang keras dan bermatian-matian. Kegagalan dan kehancuran ini berlaku disebabkan TIDAK ADA ISTAQAMAH DALAM PERJUANGAN. Amalan yang sedikit tetapi berterusan lebih Allah SWT sukai daripada amalan yang banyak tetapi hanya dilakukan sekali. Dua pernyataan ini cukup bermakna jika kita sanggup menghalusinya. Kebanyakan kita berlumba-lumba dalam mengejar kebajikan. Hal ini bukanlah sesuatu yang negatif bahkan positif dan amat wajar. Persoalannya adalah bagaimana kita dapat mempertahankan sesuatu amalan sehingga mencapai tahap istiqamah.

Tubuh badan kita sebagaimana yang kita semua maklum terbina atas tiga komponen utama: jasad, akal dan ruh. Jasad selalu senang dengan keenakan nafsu. Akal cenderung menganalisis dan terjana dengan pembacaan dan dapat diwajarkan dengan hujah yang rasional. Ruh pula berkehendak kepada makanan kejiwaan dan lazimnya bertentangan dengan kehendak jasad. Namun begitu kita tidak perlu terlalu bimbang kerana ruh yang berkait rapat dengan iman jika sudah 'berdamai' dengan akal maka jasad mahu tidak mahu terpaksa 'surrender', menurut kehendak ruh dan akal. Sesungguhnya iman yang baik akan menjadi penasihat kepada diri dan akal.Pun begitu kita harus bijak menundukkan jasad kita kerana dalamnya terdapat tiga jenis ego: ego ibu bapa, ego dewasa dan ego kanak-kanak. Ego ibu bapa selalu menekan, mengkritik dan menghukum. Ego kanak-kanak selalu merengek, mengalah dan cepat merajuk. Kedua-duanya akan didamaikan oleh ego dewasa yang bersifat rasional dan tidak berat sebelah.Baiklah, ke pokok perbincangan: menjadikan amalan kita istiqamah.

Apabila kita hendak meningkatkan amalan kita ke satu tahap yang lebih tinggi misalnya jika dahulu hanya baca Surah Al-Kafirun dalam solat sekarang berhajat membaca surah-surah lain yang lebih panjang. Atau kita hendak menambah amalan baru yang sebelum ini tidak pernah kita buat misalnya kita tidak pernah bangun solat malam atau melazimkan membaca Ma'thurat Kubra dan sekarang kita mahu melakukannya.Jika kaedah yang kita gunakan bersifat 'segera' maka dengan segera jugalah kita akan meninggalkan amalan tersebut atau menghentikan usaha kita. Kenapa? Apabila kita hendak berubah tidak kira sama ada menambah atau membuang sesuatu ke dalam atau daripada diri kita, kita cuba mengubah sistem diri kita secara keseluruhan. Oleh itu hati-hati kerana silap langkah tidak mustahil kita akan mengalami kelumpuhan sistem, 'system breakdown'.

Cara yang dapat kita gunakan, mulakan dengan sedikit dan jarakkan. Misalnya hanya baca Ma'thurat Kubra pada hujung minggu atau hanya pada hari Sabtu/Ahad. Hafal satu ayat Quran sahaja dalam masa seminggu sebelum tambah ayat baru. Jangkamasanya, biarkan samapai amalan ini mendarah daging, sehingga kita tidak betah duduk hujung minggu jika tidak membaca Ma'thurat Kubra. Dan jangan pula menambah banyak-banyak amalan serentak. Sesungguhnya perubahan yang kecil itu indah kata Dato’ Dr. Mohd Fazilah Kamsah.Cabarannya memang ada. Pertama, ego ibu bapa akan mengkritik jika kita tidak lancar menghafal atau tersengguk-sengguk membaca Ma'thurat Kubra. Barangkali ada bisikan dalam minda kita yang berkata, "Kamu ni teruk. Orang lain tidak susah begini. Kamu memang tak mampu."Biarkan dia, teruskan usaha kita. Katakan, "Sekarang saya baru bermula, beri saya peluang untuk cuba lagi sehingga saya jadi baik." Kedua ialah ego anak yang memberontak.

Bisikannya mungkin,"Apa yang kamu buat ni? Bukankah sekarang masa untuk main bola/ jumpa kawan..." Pujuk dia. Katakan padanya,"Ya, kita main lepas ini. Kita jumpa kawan kemudian. Sekejap saja, ya."Cabaran ketiga dan rasanya paling besar dan berbahaya adalah kombinasi nafsu dan syaitan. Ketika kita mula rasa selesa dengan amalan baru yang kita tambah, kecenderungan kita adalah meningkatkannya ke tahap seterusnya dengan segera. Misalnya daripada menghafal satu ayat seminggu, kita tingkatkan kepada lima ayat seminggu atau lebih. Daripada membaca Ma'thurat Kubra seminggu sekali, kita gagahkan untuk buat setiap hari. Adakah salah? Tidak, tetapi bahaya!Kenapa bahaya? Apabila kita cuba memaksa diri kita ke tahap kedua tergesa-gesa, bayangkan kita cuba makan dengan menyumbat suapan kedua dan ketiga sebelum suapan pertama benar-benar masuk ke dalam sistem kita.

Apa yang berlaku? Kita ada potensi untuk tercekik dan kesannya kita akan tersedak dan tidak mustahil muntah. Apabila muntah, bukan suapan kedua dan ketiga sahaja yang keluar, suapan pertama ikut ternyah dari sistem kita. Nah... di sinilah syaitan akan mainkan peranannya.Nafsu yang tidak sabar mendorong kita tergesa-gesa berubah dan apabila kita gagal, syaitan akan bisikkan,"Kau memang tak mampu, tak usahlah hendak berlebih-lebih. Cukuplah dengan dirimu sekarang, kau sudah baik.” Akhirnya kita pun balik ke takuk lama, 'back to square one'. Jangan kita lupa syaitan bukan sahaja mengajak kita berbuat jahat bahkan dia menghalang kita berbuat baik. Seperti kita amar makruf nahi mungkar, dia amar mungkar nahi makruf dan syaitan memang sangat istiqamah dengan kerjanya.Oleh itu setiap kali nafsu kita berkobar-kobar hendak ke tahap yang kedua atau ketiga, tekan-tekan dulu perasaan itu, biar diri kita terus 'bernafsu' hendak mengerjakan amal. Misalnya jika kita cuba menetapkan membaca semuka al-Quran setiap hari. Jika timbul nafsu hendak membaca dua muka surat, jangan! Supaya esok diri kita tidak sabar-sabar hendak membaca semuka lagi al-Quran kerana diri kita tahu kita hanya akan baca semuka sahaja.

Jika belum stabil kita sudah membaca muka kedua, jangan terkejut jika esok kita hendak mengajak diri kita membaca al-Quran dia akan memberikan alasan, "Kan semalam dah baca dua muka, dah 'cover' untuk hari ni. Esok sajalah..."Biarlah jika setahun atau dua tahun kita hanya membaca ma'thurat kubra pada hujung minggu sebelum menambah membacanya dua kali seminggu asalkan amalan itu meresap dalam sistem kita sehingga tidak dapat dinyahkan lagi bahkan menjadi keperluan diri kita. Sesungguhnya hanya akan mudah jika dimudahkan Allah. Oleh itu sama-samalah kita bermohon agar Allah menjadikan kita orang yang istiqamah dan lebih daripada itu ikhlas beribadah kepadaNya, tidak sekadar hendak memuaskan ego kita bahawa kita hebat. Wallahu a'lam.

Sumber: Ubahsuai daripada http://rinaldimunir/wordpress.com

Kalimah `ALLAH` Menurut Perspektif Psikologi

Interesting Findings About Islam

This is about the latest report of a Netherlands Psychologist, Vander Hoven. REPORT: Vander Hoven, a psychologist from Netherlands, announced his new discovery and repeating the word ALLAH both on patients and on normal persons. The Dutch professor confirms his discovery with studies and research applied on many patients over a period of three years. Some of his patients were non-Muslims, others do not speak Arabic and were trained to pronounce the word "ALLAH" clearly; the result was great, particularly on those who suffer from dejection and tension. Al Watan, a Saudi daily reported that the psychologist was quoted to say that Muslims who can read Arabic and who read the Quran regularly can protect themselves from psychological diseases.

The psychologist explained how each letter in the word "ALLAH" affects healing of psychological diseases. He pointed out in his research that pronouncing the first letter in the word "ALLAH" which is the letter (A: Alif), released from the respiratory system, controls breathing. He added that pronouncing the velar consonant (L: Lam) in the Arabic way, with the tongue touching slightly the upper part of the jaw producing a short pause and then repeating the same pause constantly, relaxes the aspiration. Also, pronouncing the last letter which is the letter (H: Ha) makes a contact between the lungs and the heart and in turn this contact controls the heart beat.

What is exciting in the study is that this psychologist is a non-Muslim, but interested in Islamic sciences and searching for the secrets of the Holy Quran.

Interesting Findings
Check this out, very interesting findings of Dr. Tariq Al Swaidan might grasp your attention. Dr.Tarig Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an that mention one thing is equal to another, i.e. men are equal to women.

Although this makes sense grammatically, the astonishing fact is that the number of times the word man appears in the Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24, therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i.e. 24 = 24.

Upon further analysis of various verses, he discovered that this is consistent throughout the whole Qur'an, where it says one thing is like another. See below for astonishing result of the words mentioned number of times in Arabic Qur'an.

1. Dunia (one name for life) 115. Akhirat (one name for the life after this world) 115.
2. Malaika (Angels) 88 . Shayteen (Satan) 88.
3. Life 145.... Death 145.
4. Benefit 50... Corrupt 50.
5. People 50... Messengers 50.
6. Eblees (king of devils) 11. Seek refuge from Eblees 11.
7. Museebah (calamity) 75. Thanks 75.
8. Spending (Sadaqah) 73. Satisfaction 73.
9. People who are mislead 17. Dead people 17.
10. Muslimeen 41. Jihad 41.
11. Gold 8. Easy life 8.
12. Magic 60. Fitnah (dissuasion, misleading) 60.
13. Zakat (Taxes Muslims pay to the poor) 32. Barakah (Increasing or blessings of wealth) 32.
14. Mind 49. Noor 49.
15. Tongue 25. Sermon 25.
16. Desite 8. Fear 8.
17. Speaking publicly 18. Publicising 18.
18. Hardship 114.... Patience 114.
19. Muhammed 4. Sharee'ah (Muhammed's teachings) 4.
20. Man 24. Woman 24.
21. And amazingly enough have a look how many times the following words appear:
Salah 5, Month 12, Day 365, Sea 32, Land 13. Sea + land= 32+13=45. Sea= 32/45*100=71.11111111%. Land = 13/45*100 = 28.88888889%. Sea + land =100.00%. Modern science has only recently proven that the water covers 71.111% of the earth, while the land covers 28.889%.

Is this a coincidence? Question is that Who taught Prophet Muhammed (PBUH) all this?Reply automatically comes in mind that ALMIGHTY ALLAH taught him this. As the Qur'an also tells us this.


Sumber: After www.zaharuddin.net
Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP