Mengikut temubual yang SMS jalankan, peserta-peserta yang datang ke sini datang dari daerah-daerah seluruh Sabah. Bilangan peserta yang menghadiri perhimpunan di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang kelmarin 26 Ogos 2009 sahaja adalah seramai lebih dari 2000 orang.
Para pemikir Kristian terus-terusan menggembeling tenaga dan wang ringgit demi mencapai matlamat...Agar remaja mereka terbentuk dengan ajaran-ajaran Kristian.
REMAJA ISLAM bagaimana ? Kenapa pihak-pihak berwajib tidak belajar daripada apa yang mereka buat ? Cukupkah dengan hanya berforum dan bertindak atas kertas sahaja ? Atau dengan pelbagai alasan... "kami tidak punya peruntukan, tidak cukup tenaga pendakwah, tidak cukup kenderaan, tidak cukup itu dan ini..." atau cukupkah apa yang sudah ada ...?
Kalau kekurangan idea, kenapa tidak dipanggil orang perseorangan yang punya pemikiran serta pengalaman menjadikan remaja Islam benar-benar punya jadi diri TAUHID? Melihat gejala-gejala sosial masa kini, belia Islamlah yang paling banyak terjebak dengan berbagai kemungkaran..
SMS mencadangkan agar pihak berkaitan dan kerajaan Malaysia mengambil perhatian tentang beberapa perkara, antaranya;
1. Lantik seorang senator dari kalangan mualaf agar permasalahan golongan mualaf sampai segera kepada pihak kerajaan.
2. Panggil penulis-penulis blog Islam di Sabah. Bekerjasama dengan mereka untuk merancang dan melaksanakan program dakwah.
3. Pihak-pihak berwajib perlu menjadikan kampung-kampung masyarakat Dusun yang penganut Islamnya mencapai 60% sebagai kampung angkat.
Sumber: Blog saudara saya, SUARA MUALAF SABAH (SMS) di http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/
KOMENTAR GMC:
1. Menyokong cadangan SMS seperti mana yang tercatat di atas.
2. Saya mempunyai ramai kawan yang beragama Kristian. Malah mereka juga sebahagian daripada keluarga saya. Apa yang saya lihat, komitmen mereka di dalam `berdakwah` boleh dicontohi.
3. Kepada mana-mana organisasi Islam yang berkaitan, bangunlah! Usah dilalaikan degan kerusi empuk atau penghawa dingin di pejabat. Beribu mualaf di pedalaman sedang melambai-lambaikan tangan memohon simpati.