Sekadar melontarkan pandangan... siapakah yang dikatakan sebagai pakar motivasi yang sebenar? Sebagai mukadimah... pembuka bicara, marilah sama-sama kita merenung akan mafhum firman Allah SWT dalam Surah As-Saff ayat 3: "Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. " Justeru, ingat! amaran Allah SWT ini amat menggusarkan jiwa. Barangkali ramai yang boleh bercakap, berceramah, memberikan pelbagai petua motivasi dan lain-lain... tapi, berapa orangkah motivator yang berjaya membolosi prasyarat dalam surah di atas. Manusia memang amat memerlukan khidmat pakar motivasi bagi merawat 'penyakit dalaman' mereka. Apapun, hanya pakar motivasi tulen sahaja yang mampu melakukannya. Iaitu, orang yang mengamalkan apa yang dinasihatkan kepada orang lain. Dalam bahasa mudahnya, `cakap serupa bikin`. Jika tidak demikian, segarkan minda anda bahawa... Amat Besar Kebencian Allah SWT terhadap orang-orang yang seperti itu... Allahyarham Prof. Hamka (gambar) merupakan di antara Pakar Motivasi yang sebenar khususnya di Nusantara. Selamat!
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
3 days ago
No comments:
Post a Comment