Sajak Kematian




Sesungguhnya kematian itu sesuatu yang pasti terjadi bagi setiap makhluk Allah SWT. Bila? Mungkin minggu depan, bulan depan, tahun depan dan depan, depan dan depan. Boleh jadi juga selepas saudara membaca entri ini? Apa yang pasti apabila tiba masanya, ia tidak akan dipercepatkan/diperlambatkan walaupun satu saat.

Ya, memang menggerunkan. Mengerunkan bagi mereka yang masih mempunyai sekelumit iman di dada. Realitinya, ramai di antara kita yang seakan-akan lupa pada kematian. Sibuk dengan dunia. Tamak. Rakus dan gelojoh mengaut 'dunia'. Kadang-kadang ada juga yang ingat akan kematian. Ada, tapi mereka merasakan "aaaaahhh..lambat lagi tu", "masih sempat bertaubat lagi.." dan lain-lain lagi `harapan dusta` yang dibisikkan oleh syaitan duta Neraka Jahanam.

Justeru, sama-samalah kita beringat. Semoga kita dapat menunaikan apa tujuan Allah SWT ciptakan kita di dunia fana sebelum roh kita berpisah dengan jasad. Allah SWT tidak pernah berfirman menyuruh kita semata-mata menjadi PM, doktor, peguam, saintis, petani dan lain-lain. Tapi, Allah SWT menyuruh kita menjadi `seseorang` yang menggunakan amanah `jawatan` itu untuk mengadbdikan diri kepadaNya dan memakmurkan bumi ini dengan agamaNya.

Ayat falsafah sikit, tapi mudah sahaja untuk difahami. Jadikanlah `kematian` itu penasihat kita yang terbaik. SELAMAT MENANTI SAAT KEMATIAN. Moga mendapat kematian yang baik. Amin.





Nota: Jika hati saudara keras, tontonlah YouTube Sajak Kematian di atas berulang-kali dengan penuh penghayatan. InsyaAllah, bisa lembut. Kalau bukan banyak sedikit. Kalau tak lembut juga, mintalah dengan Allah SWT hati yang baru kerana hati itu dah mati...

4 comments:

Anonymous said...

Kenapa kematian itu biasanya ditangisi? Pada saya, ia tak patut. Hanya membazirkan air mata dan menyiksa perasaan. Lebih baik bertafakur. Berfikir untuk membentuk keinsafan yg mendasar di dlm diri. Hakikatnya, yg dikatakan telah mati, itu adalah tidak mati. Mereka tetap `hidup`, cuma perlu `mati sekejap` sebagai syarat bertukar alam. Dari Alam Dunia ke Alam Barzakh.

-Sufi, Perak-

Anonymous said...

Saya hairan sangat kenapa ramai yang menjadi pembangkang di dalam penayangan video Sajak Kematian, khususnya kepada kanak-kanak berumur 7-8 tahun. Yang kanak-kanak seawal umur 4 tahun sangat terdedah dengan suasana `lucah` tidak pula Kerajaan dan ibu bapa bising. Alahai...

Insan Sedar

MotivasiMalaysia.Com said...

sufi perak,

Terima kasih atas pandangan. Saya bersetuju dgn pandangan tsbt. `Boleh ditangisi`, tetapi menangislah kerana yg `pergi` itu membawa terlalu byk dosa, bukan kerana berpisah buat `sementara`. `Menangislah` juga kerana diri kita belum ada apa2 persiapan menghadapi 1 peristiwa yg maha dahsyat yakni kematian. kita sering diingatkan, "hiduplah utk duniamu seolah2 engkau akan hidup 1000 thn lg. hiduplah utk akhiratmu seolah2 engkau akan mati esok hari"

MotivasiMalaysia.Com said...

insan sedar,

Saya pun naik hairan. Kalau Insan Sedar seorang pendekar, gunalah kuasa undi anda sebaiknya dlm PRU-13 nanti... :-)

Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP