Tanah runtuh dan matlamat hidup. Kaitannya?


"... ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia..." (At-Taubah: 109)


Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, masih ingat? Ya, saya tumpang sedih atas apa yang telah berlaku. Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham/allayarhamah. Didoakan agar roh mereka yang telah pergi akan dicucuri rahmat.

Seperti mana yang kita ketahui, tragedi ini telah menyebabkan kerosakan teruk pada harta benda, kehilangan nyawa dan kecederaan. Amat tragis! Bagaimana insiden ini boleh berlaku? Adakah ianya disebabkan oleh struktur bangunan yang gagal? Adakah disebabkan oleh gegaran jentera berat yang lalu-lalang? Atau adakah disebabkan oleh hantu yang menghuni di kawasan tersebut? Jawapannya mungkin ya dan mungkin juga tidak.

Pakar-pakar yang berkaitan telah memberikan pandangan mereka termasuk pakar geologi dari universiti tempatan. Rakan-rakan Ahli Geologi yang bertugas di HQ dan berhampiran turut bergegas turun ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan. Apa yang saya boleh simpulkan adalah, tanah runtuh boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Tapi, bagi kes di Bukit Antarabangsa tanah runtuh itu berlaku disebabkan oleh tapak bangunan yang lemah. Sehingga tapak ini tidak mampu memikul beban bangunan yang ada di atasnya. Lantas tanah runtuh bersama dengan bangunannya sekali.

Secara geologinya, lemah atau kuatnya tapak ini bergantung kepada beberapa perkara seperti jenis batuan dasar, struktur geologi di kawasan tersebut, sistem air bawah tanah, kecerunan/ketinggian tapak binaan dari paras laut dan pokok/rumput yang menutupi permukaan. Maknanya, bagi mempastikan tapak itu kukuh harus dimuktamadkan bahawa batuan dasarnya keras, tiada/kurang struktur seperti sesar (retakan besar) dan kekar (retakan kecil) terutamanya di bawah tapak pembinaan bangunan tersebut, sistem air bawah tanah yang tidak mengancam keselamatan tapak, kekuatan struktur bangunan yang sepadan dengan kecerunan/ketinggian di mana ia dibina dan pokok/rumput ditanam sebagai penutup permukaan daripada tindakan hakisan.

Saudara, inilah natijah buruk yang kita terima sekiranya kita membina bangunan di atas tapak yang lemah. Demikian jugalah perkaitan di antara diri kita dan matlamat hidup. Diri kita juga akan `runtuh` seperti mana bangunan di Bukit Antarabangsa sekiranya kita tidak mempunyai matlamat hidup yang kuat, tepat dan jelas. Hidup tanpa matlamat umpama kita memanah tanpa sasaran. Bagai kita berjalan di dalam gelap. Seperti seorang buta tidak bertongkat yang terlari-lari dikejar anjing liar. Ya, saya percaya ramai yang tahu betapa perlunya ada matlamat ini. Tapi, saya yakin sedikit sahaja yang tahu bagaimana membentuk matlamat yang kuat, tepat dan jelas. Bagaiamana? Caranya adalah, jangan pisahkan matlamat kita dengan tujuan Allah SWT menciptakan kita. Kalau dipisahkan juga, sia-sialah hidup kita. Hanya fatamorgana.

Baik, tujuan Allah SWT ciptakan kita adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya sebagai hamba bertakwa dan memakmurkan bumi ini dengan perintahNya, selaku khalifah. Ada dua kata kunci di sini, iaitu `Hamba Bertakwa` dan `Khalifah`. Ekoran itu, apa sahaja matlamat hidup yang kita bentuk mestilah mengarah ke arah dua kata kunci ini. Kebanyakan kita sedari kecil sudah diajar membentuk matlamat hidup. Malangnya, hampir semuanya sekular! Sebagai contoh, ibubapa/cikgu mungkin pernah bertanya kepada kita, "... Ali, apabila besar awak nak jadi apa?". Biasanya si Ali akan menjawab, "...abapila besar saya nak jadi doktor/guru/jurutera/dll..." Nampak? Hampir mustahil kita pernah mendengar sesiapa sahaja menjawab, "...apabila besar saya nak jadi doktor yang bertakwa dan menggunakan kepakaran saya untuk memakmurkan muka bumi ini..." Betul?

Kesimpulannya... kuat, tepat dan jelaskanlah matlamat hidup kita! Dan, yang paling penting jangan menjadi sekular. Pastikan matlamat yang dibentuk adalah selari dengan tujuan yang Maha Kuasa menciptakan jin dan manusia. Masih ada ruang untuk kita memperbetulkan kesilapan lalu. Tidak kira kita sebagai individu, ibubapa, guru, pemimpin dan seumpama dengannya. Jangan sampai suatu hari nanti, kita akan menyalahkan diri sendiri dan disalahkan pula oleh anak murid atau anak kita kerana kegagalan kita mengajar mereka membentuk matlamat hidup yang sebenar. Selamat mencuba!

6 comments:

Little Mike said...

Setuju...

tujuan hidup dan cita-cita kita perlu berkembang selari bersama mekanisma moral dan Kepatuhan kepada-Nya.. Dengan itu kekuatan begini akan menghasilkan matlamat lebih jelas agar kita tidak lari daripada mensyukuri makna kehidupan

teruskan memberikan inspirasi untuk saya dan pembaca2 lain renungkan hikmahnya...

Umar al-Longobi said...

tq LM, sy juga bersetuju dgn anda. walau apapun anutan agama kita, `sekular` adalah sstu yg tidak baik utk kesihatan, hehe..

JMimie Mabin said...

itulah masalahnya kbanyakan urang 'berkuasa' di dunia ini..bukan kerana tiada matlamat tetapi kerana matlamat itu hilang paksinya..hanya bpusat pd diri sndri..akhirnya mjadi sia2 smua..fatamorgana (hehe..terus sy ingat cikgu Tan oh injoy..bkn dia kah yg mula2 ajar kita ni kosa kata ni..kan..kan..)

Umar al-Longobi said...

ya, mimie... betul itu. bahaya itu kalau lari paksi. siapa lagi yang mengasah bakat kita mengayat ini kalau bukan cikgu Tan, hehe.. di mana dia sekarang ah? apapun, didoakan moga dia sentiasa bahagia dan berjaya dlm kehidupannya.

p/s: ko suti-suti m`sia di mana bah? :-)

JMimie Mabin said...

hehe umar...ada juga pula yg mau tau sya bcuti di mana ahh..tak ke mana2 bah..sini2 juga...mana dpt pi jauh2 ni..minda sya ja yg 'bercuti' ba tu..vacation to rejuvenate myself.haha

Umar al-Longobi said...

haha...bikin `saspen` sija. btw, selamat `bercuti`. tatagon kih.

Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP