"They Were Horsemen By Day and Ascetics By Night."


Bertemu kembali. Saudara, saya baru kembali dari sebuah `kembara memburu cinta Ilahi` dalam tempoh 14 hari. Saya ingin berkongsi sedikit. Di sepanjang pengembaraan saya itu, kelihatan jelas bumi ciptaanNya terhampar seluas mata memandang dan sedalam benak merenung. Alhamdulillah... cinta saya padaNya semakin marak dan kental.

Saya tertunduk... terasa diri ini amat kerdil melihat kebesaranNya dan kebijaksanaanNya mengukir muka bumi yang tidak terdapat sezarahpun kecacatan. Dipasakkan gunung dan perbukitan, dilebarkan lautan dan dihamparkan dataran. Di atasnya tempat kita menjalani kehidupan ini. Dalam geologi, kajian yang berkaitan dengan proses pembentukan/perubahan muka bumi dipanggil sebagai geomorfologi.

Justeru wujudnya pelbagai rupa bumi maka pastinya wujud juga pelbagai aktiviti yang dilakukan manusia. Antaranya gunung-ganang/gua terkenal sebagai lokasi pertapaan. Padang pasir misalnya selalu digunakan sebagai tempat pertempuran. Apabila berbicara soal ini, tiba-tiba saya teringat satu ungkapan daripada perisik tentera musuh yang menyelinap masuk ke kawasan perkhemahan tentera Islam semasa kegemilangan Tamadun Islam dahulu.

Sekembalinya perisik itu dari perisikan, beliau melaporkan bahawa, "Mereka itu (tentera-tentera Islam) adalah bagaikan penunggang kuda/singa di siang hari dan rahib/zahid di malam hari (They were horsemen by day and ascetics by night).". Maksudnya, kalau di siang hari di medan perang mereka itu setangkas kuda dan garang bagai singa. Sementara di malam hari pula mereka boleh menitiskan air mata merendahkan diri di hadapan Pencipta di dalam beribadah menyerahkan diri sebulat-bulatnya hanyasanya kepadaNya. Buktinya terpahat kukuh dalam dada sejarah peradaban dunia.

Saudara, mari kita bandingkan pula dengan keadaan majoriti umat sekarang ini. Tidak kira yang muslim atau sebaliknya. Muda-mudi khususnya! Golongan ini sepantas kuda dan segarang singa juga, bukan sahaja siang hari bahkan malam, tetapi malangnya sebagai mat dan minah rempit. Mereka juga menangis di malam hari, tapi bukan sebagai rahib/zahid tetapi menangis kerana ditinggalkan pacar berjiwa iblis. Bukan semua, tapi angka yang didedahkan cukup membimbangkan masa depan negara.

Saudara, marilah bersama-sama kita berubah! Kita bukan sahaja dipertanggungjawabkan menyuci periuk, pinggan-mangkuk dan kuali. Tapi, di bahu kita diletakkan amanah untuk berjuang mengangkat martabat agama, bangsa dan negara! Saya ingin mengajak diri saya dan saudara sekalian, marilah kita berusaha menjadi salah seorang daripada golongan yang diungkapkan oleh perisik sebagai, "They Were Horsemen By Day and Ascetics By Night." Sekarang!!!

2 comments:

Little Mike (LM) said...

selamat bertugas demi bangsa, agama dan negara...

Umar Safri said...

tq LM... selamat utk u juga. perjuangan mesti diteruskan.

Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP