"Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan." (Surah an-Naml: 88)
Antara peristiwa yang wajib berlaku dalam dunia percintaan adalah pertemuan dan perpisahan. Apabila bertemu semuanya cantik, wangi, elok dan lain-lain lagi. "Lautan api sanggup ku renangi...", "Bintang-bintang di langit akan ku petik untukmu...", "Aku sanggup mati membelamu..." dan bermacam-macam ayat cinta lain yang biasanya akan didendangkan oleh si teruna dan dara apabila tiba masa memadu kasih. Apabila berpisah, tunggang-langgang kedua-duanya atau salah satunya. Tidak ubah seperti pengemis di Jalan Chow Kit atau di Lorong Hj. Taib Kuala Lumpur. Atau di Kg. Air Kota Kinabalu. Hehe...
Dalam geologi, konsep `pertemuan dan perpisahan` ini biasa disentuh. Malah peta dunia yang terlakar sekarang ini adalah hasil daripada konsep ini. Ia dijelaskan di dalam Teori Hanyutan Benua oleh saintis German bermana Alfred Wegener pada awal kurun ke-20. Secara ringkasnya, teori ini menyatakan bahawa permukaan bumi terletak di atas kerak bumi yang nipis. Kerak bumi ini sentiasa bergerak (bertepatan dengan Surah an-Naml: 88 di atas) disebabkan pergerakan magma di bawah kerak bumi. Segmen kerak bumi ini dikenali sebagai Plat Tektonik. Plat ini boleh bertemu dan berpisah dengan kadar pergerakan 1-5cm setahun. Sempadan plat ditandakan melalui lingkaran gempa bumi dan rangkaian gunung berapi. Teori ini boleh dibuktikan dengan beberapa cara seperti melalui cantuman plat benua dan plat kelautan, bukti fosil dan catatan sejarah.
Atas sebab itulah sejak akhir-akhir ini entri saya banyak berkisar tentang cinta. Kenapa? Ramai orang tidak faham apa itu cinta dan tidak sedar betapa besarnya kuasa cinta. Berasaskan cinta kita diciptakan. Melalui cinta bertemulah keturuanan Adam dan Hawa. Betitik-tolak dari cinta terbinanya sebuah keluarga, masyarakat sehinggalah ke tahap tamadun bangsa. Itu jikalau cinta terurus dengan baik. Jika gagal, kerana cinta juga sebuah ketamadunan itu hancur berkecai. Maka, pelbagailah takwilan masyarakat tentang cinta. Yang malangnya, saya percaya lebih separuh menggunakan kuasa cinta itu hanya pada hubungan sepasang kekasih atau suami-isteri sahaja. Mereka terlupa akan cinta yang paling agung iaitu CINTA KEPADA ALLAH.
Kita amat mudah jatuh cinta kepada sesama makhluk khususnya manusia. Baru diberikan sekuntum bunga, bukan main lagi api cintanya berkobar-kobar. Baru mendapat SMS `I love you...` sudah angau sepanjang malam. Baru melihat senyuman, sudah mula hilang siuman. Apabila dikasari, hatinya terguris bukan kepalang. Menangis sampai penuh satu tempayan. Sanggup bunuh diri pula tu... makhluk jenis ini yang harus dicintai? Yang selalunya cinta mereka membuatkan mereka lupa kepada Tuhannya? Yang hanya mampu memberikan sekuntum bunga, senyuman dan SMS cinta. Yang selalu menyakitkan hati, yang hanya beberapa jam sahaja bersama dengan kita dalam sehari, yang tidak dapat memenuhi keperluan kita, yang bicaranya kadang-kadang lebih banyak dusta daripada benar dan yang kadang-kadang cintanya disaluti nafsu kebinatangan. Mungkin tidak keterlaluan untuk saya katakan cinta itu terlalu besar untuk mereka. Mereka tidak layak diberikan cinta. Ya... memang mereka mungkin boleh memberikan kita kereta mewah, rumah mewah, tanah yang luas, perniagaan, berlian dan lain-lain lagi.
Tapi, tahukah kita darimana datangnya semua pemberian itu. Ya, pasti jawabannya adalah dari Allah. Lantas, siapa yang sebenarnya lebih pantas untuk dicintai? Semestinyalah Allah. Dialah Allah yang maha kaya, maha pengasih dan maha penyayang. Sentiasa melihat dan menatang kita. Dia tidak pernah mengantuk apatah lagi tidur. Membantu kita di waktu susah. Memberikan makan tika kita lapar. Memberikan minum tika kita kehausan. Menyembuhkan bila kita kesakitan. Bahkan bukan setakat itu, Dia jua memberikan kita nyawa untuk merasakan nikmat kehidupan. Dia berikan kita iman supaya kita tahu apa itu Tuhan. Dia berikan segala-galanya. Ya, semuanya. Hatta perasaan cinta itu sendiri juga pemberian Allah kepada kita. Dan semua itu adalah milik Allah dan kepadaNya ia akan kembali. Adakah anda masih mahu menafikan?
Justeru, saya ingin mengajak semua, marilah bersama-sama kita meletakkan cinta kepada Allah itu cinta yang teratas dan teragung. Kalau boleh biarlah hanya Dia yang kita cintai. Yang selainnya adalah hanya untuk disayangi, dikasihi dan disukai. Perjuangan hidup kita di dunia ini tiada lain tujuannya selain untuk MEMBUKTIKAN KECINTAAN kita kepada Allah. Ya... hanya kerana cinta. Kita tidak butuhkan syurga atau takutkan neraka. Yang kita mahu adalah melihat wajahNya yang maha dengan kebesaran dan kemuliaan. Adat seorang kekasih yang mabuk di lautan cinta akan sentiasa merindui kekasihnya setiap saat. Begitu juga dengan pencinta Allah. Hatinya telah dipenuhi dengan cinta Allah. Tiada tempat lagi untuk cinta-cinta yang lain. Dia terus berjuang membuktikan kecintaannya sehinggalah bertemu dengan Allah di akhirat kelak. Pertemuan itulah saat-saat paling manis di sepanjang dia bergelar manusia. Dan, itulah yang dinanti-nantikannya. Air matanya sentiasa mengalir pada setiap sepertiga malam, kerana amat sakit merindui penciptanya. Saudara, pencinta seperti inilah yang layak memimpin dunia!

2 comments:
Salam Umar al-Longobi,
Blog anda benar-benar membuka minda saya.Alhamdulillah...syukur kerana Allah menciptakan orang-orang seperti anda dikalangan kita.Teruskan perjuangan saudara.
wslm wbt sdr kyro,
sy yg sepatutnya berasa amat bersyukur kerana adanya insan2 spt saudara yg masih mempunyai semangat utk menjunjung kebenaran di saat dunia semakin rencam. perjuangan akan diteruskan, amin..
Post a Comment