Permata Yang Dicari.




1. Dalam kegempakan kita berbicara soal Permata Bangsa, ada satu permata yang kita terlepas pandang. Permata ini tidak kurang hebatnya berbanding permata-permata lain. Kalau saya disuruh menamakan jenis permata ini, saya pasti awal-awal lagi meletakkan permata ini di dalam kelompok intan. Siapakah mereka? Mereka adalah seorang wanita yang bergelar isteri dan memegang profesion sebagai seorang ibu sepenuh masa atau surirumah.

2. Tidak dinafikan, ramai yang menganggap profesion ini sebagai profesion kelas kedua. Malahan tidak kurang juga yang tidak pernah tahupun, bahawa ianya merupakan satu profesion! Umumnya, para isteri atau ibu yang berkerjaya dianggap kelas pertama. Anda pula bagaimana? Terserahlah kepada anda, setiap kita mempunyai pandangan sendiri. Bergantung kepada sejauh mana kefahaman kita tentang seni berkeluarga dan ilmu kekeluargaan itu.

3. Saya tidak berhajat untuk membuat sebarang konklusi di sini, walaupun kebiasaannya saya akan menutup sesuatu perbincangan itu dengan satu keputusan bersama. Sebenarnya, ada satu pengalaman yang ingin saya kongsikan kepada pembaca sekalian. Kalau mungkin ada di antara anda tidak bersetujupun, sekurang-kurangnya boleh dijadikan bahan fikir. Saya ada tiga orang kenalan. Ketiga-tiga mereka ini mempunyai pengetahuan agama yang cukup baik. Berjiwa pejuang dan pemimpin. Ada yang ahli perniagaan. Dan lainnya, sebagai ahli akademik yang amat sohor dalam tanah air kita. Maksud saya, selalu terpapar dalam media arus perdana negara.

4. Apa yang saya lihat, ketiga-tiga mereka ini mempunyai satu persamaan. Iaitu, mereka memohon isteri mereka berhenti kerja atau tidak berkerja. Ada yang sanggup membayar puluhan ribu pampasan kepada kerajaan kerana isteri mereka berhenti kerja lebih awal daripada tempoh sepertimana yang dipersetujui di dalam kontrak. Pada fikiran manusia biasa, mereka pasti akan menempelak tindakan seperti ini. Tapi, kenapa para suami ini sanggup berbuat demikian? Dan, kenapa si isteri pula merelakannya? Sampai sanggup mengorbankan kerjaya dan keistimewaannya di dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional?

5. Saya pernah bertanya kepada salah seorang daripada mereka secara bersemuka. Dengan selamba sahabat saya ini menjawab, "Umar... Ibu itu sebenarnya satu profesion yang sangat penting, kritikal dan mulia. Oleh itu, isteri saya mesti menumpukan perhatian sepenuhnya kepada profesioannya. Seperti mana saya sebagai suami menumpukan perhatian saya kepada profesion saya sekarang."

6. Jawaban itu pendek dan saya kurang berpuas hati (masa itu saya masih bergelar mahasiswa). Akhirnya saya menjumpai jawapan kepada persoalan saya itu daripada penulisan-penulisan yang dituntaskan oleh kenalan saya yang ahli akademik tadi. Ada di antara mereka menganggap atau mendefinisikan keluarga itu sebagai sebuah negara. Yang Perdana Menterinya adalah si suami dan Menteri Pendidikannya adalah si isteri. Sementara anak-anak mereka merupakan Anak-Anak Didik. Beliau beranggapan begitu kerana menurut beliau keluarga itu sama malah mungkin lebih penting dan sukar dijaga berbanding sebuah negara. Justeru, amat wajarlah si isteri menumpukan perhatian dan kekuatannya kepada profesionnya sebagai Menteri Pendidikan di dalam rumahtangga.

7. Bagi mereka rumahtangga bukan hanya tempat untuk menyalurkan nafsu ke tempat yang halal, menghilangkan kesunyian dan tempat berteduh ketika kesakitan. Tetapi rumahtangga itu merupakan kilang untuk menghasilkan generasi pejuang yang bakal membela nasib rakyat dan negara pada masa depan. Kalaulah si isteri itu berkerja di luar, adakah tanggungjawbnya sebagai Menteri Pendidikan itu akan dapat ditunaikan dengan sempurna? Allah menciptakan manusia secara berpasangan. Ada lelaki dan ada perempuan. Maka diturunkan panduan kehidupan sesuai dengan fitrah masing-masing. Saya melihat, tindakan ketiga-tiga kenalan saya ini menepati fitrah dan meletakkan isteri mereka di tempat yang sepatut dan selayaknya.

8. Syukurlah. Saya melihat dari kejauhan, keluarga mereka ini tampak telah berjaya memenuhi konsep Rumahku Syurgaku. Anak-anakpun berkembang dengan baik dari semua aspek kehidupan samada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Syabas kepada mereka bertiga! Jadi, apa pendapat anda sekarang? Terpulanglah... itu hak masing-masing untuk membuat keputusan. Apapun, saya secara peribadi bersetuju dengan cara mereka. Dan, sekarang saya dalam proses pembelajaran mengikuti jejak mereka.

9. Akhir kata, kepada surirumah sekalian walau di manapun berada... saya ingin katakan bahawa usahlah bersedih dengan status kalian sekarang. Kalian sebenarnya telah membuat pilihan yang tepat. Yang penting kalian faham dan yakin kenapa kalian membuat pilihan demikian. Jika kalian mempunyai kekuatan yang lebih, kalian bukan sahaja boleh menjadi sebagai Menteri Pendidikan dalam rumahtangga kalian tetapi juga kepada masyarakat, negeri dan negara.

10. Kejadian jenayah yang dahsyat dalam negara kita dewasa ini, menuntut kita memberikan jawaban. Yang pasti ramai akan bersetuju bahawa semuanya bermula dari rumahtangga yang berantakan. Tidak kira samada rumahtangga rakyat atau pemimpin. Maknanya, Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan dalam rumahtangga-rumahtangga itu gagal di dalam memainkan peranan mereka. Ataupun, jawatan-jawatan itu tidak pernah wujud dalam rumahtangga yang terlibat? Wahai para isteri dan ibu sepenuh masa sekalian, kalianlah permata yang dicari... Ayuh, teruskan menghayun buaian dan goncangkanlah dunia!


Amaran: Formula ini tidak sesuai diamalkan oleh suami yang dayus atau tidak berkemampuan.

13 comments:

Anonymous said...

Akhi Umar. Syukran dengan artikel ini. Setidak-tidaknya adalah jugak yang menghargai dan mengikhtiraf kami sebagai house wife... ;)

Muslimat `03

Zen said...

Aku setuju dengan Muslimat `03. Heee... kesian kami. Dahlah mengandung 9 bulan, nyawa pula menjadi taruhan semasa bersalin... Lepas tu berpantang, jaga baby lagi.

Pertanyaan: Masih ada ruang kosong ker??? Hee...

Umar al-Longobi said...

muslimat `03,

afwan.. tq kerana terus bersama GMC dlm kerangka pembangunan modal insan.

samada orang mengikhtiraf atau tidak, hakikatnya kalian tetap permata yang amat bernilai.

selamat berbahagia bersama keluarga. sampaikan salam sy kpd mereka. all de best!

Umar al-Longobi said...

Zen,

apa yg sdri katakan itu memang betul. sy bersetuju. sebab itu apb berlaku pertembungan tugas di luar dan di dlm rumah, biasanya keluarga akan terkorban. bagi menghasilkan impak yg besar, pilihan perlu dibuat. namun, pilihan di tangan diri kita sendiri...

Nota: sebenarnya sy masih bujang lagi (utk 3 orang... hehe. siapa berminat boleh hantar resume. haha!). teruskan bersama GMC!

Mas said...

Tahniah sdr. Umar, youtube dengan artikel very synchronize. Meletup! Support your article.

Syahdulah lagu tu.. hmmm. ;)

masliah@gmail.com

ison said...

Anak2 merupakan aset yang penting. Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab terhadap mereka kepada pembantu rumah. Ibubapa mesti memainkan peranan mereka sebagai 'ibubapa' yang Tuhan telah amanahkan untuk memajukan aset tersebut.

Saya tidak menyuruh wanita berkerjaya di luar untuk berhenti bekerja dan duduk diam di rumah, tetapi bagaimana pun caranya, suami-isteri mesti mencari satu kaedah yang terbaik untuk mendidik anak2 menjadi generasi penerus permata bangsa.

Isteri saya sekurang2nya pemegang diploma perakaunan, tetapi kami mengambil keputusan untuk dia menjawat jawatan Menteri Pendidikan di rumah sebagaimana saudara umar katakan.

Anonymous said...

What do you mean `dayus`? Adakah hanya yang mengaplikasikan formula saudara sahaja yang hebat? Selainnya dayus...

Umar al-Longobi said...

Mas,

tq.. kalau membaca sambil mendengar lagu dlm youtube tu, kesannya lebih hebat. apapun, yg baik ambillah. yg buruk buang di laut china selatan, hehe..

Umar al-Longobi said...

pinsan ison,

terima kasih atas tambahan. sy bersetuju dengan konsep `aset` dan `amanah` yg sdr terangkan. sebenarnya sy tumpang bangga dgn sdr kerana telah lama menterjemahkan konsep kekeluargaan ini di dlm rumahtangga sdr.

ada perniagaan sendiri dan si isteri pula walaupun layak berkerjaya tapi memilih untuk bersama-sama suami memajukan perniagaan di samping sbg Menteri Pddkan di rumah. syabas kpd sdr sekeluarga. ianya amat wajar utk dicontohi oleh semua.

sementara sy pula masih dlm proses pembelajaran utk menyempurnakan sedikit sebanyak kecacatan di dlm `negara` sy, hehe.. tq doc!

Umar al-Longobi said...

salam hormat sdr. anon. welcome to GMC. apa yg sy faham, secara umumnya seorang suami itu akan dikatakan dayus apb dia membiarkan ahli keluarganya (isteri & anak) melakukan dosa. tanpa ada rasa cemburu/risau dan usaha pencegahan.

salah satu cth dosa adalah apabila isteri berkerja di night club. suami yg dayus akan membiarkan saja, malah mungkin menyukainya lagi. now, adakah suami spt ini terfikir tentang konsep `negara` yg kita sedang bincangkan?

adakah suami jenis ini sanggup meminta isterinya berhenti kerja atau sekurang2nya mencari kerja yg halal? kalau namanya dayus, pastilah tidak sanggup dan mereka tidak akan mampu buat selagi kedayusannya itu ada.

sebab itu sy katakan, yg dayus tidak sesuai mengamalkannya. tidak timbul soal hebat atau tidak. diharap sdr faham penjelasan ringkas sy ini. tq dan moga jumpa lagi... :-)

Umar al-Longobi said...

sdr/i sekalian.

1. sy ingin jelaskan sedikit ttg `kemampuan`. apa yg sy maksudkan di sini adl kemampuan dr segi nafkah zahir (kekuatan ekonomi) dan kebolehan memimpin keluarga.

kepimpinan, sy rasa semua tahu. tapi dari segi kekuatan ekonomi memang pelbagai pendapat. ada yg cakap ada banglo, kereta mewah dan perniagaan yg besar baru dikatakan mampu. dan, berbagai lagi yg lain bersesuaian dgn sifatnya yg subjektif.

sy berpendapat, biarlah kita meletakkan aras kemampuan itu berdasarkan ilmu yg benar dan keimanan kita. pada sy, aras mampu itu adl asalkan kita mempunyai mata pencarian yang baik dan halal serta mencukupi, rumah yg selesa (walau x mewah), kenderaan yg memadai dan kita boleh menjalani kehidupan tanpa perlu meminta bantuan orang lain. samada sebelum atau selepas kematian si suami.

kalau ada ini semua, bagi saya suami ini boleh diklasifikasikan sbg mampu dan kalau mahu mengaplikasikan formula ini pun boleh.

2. sy katakan suami yg x mampu tidak sesuai mengamalkan formula ini kerana, kalau isteri berhenti kerja/x bekerja... apa akan jadi pada ekonomi keluarga? mungkin, lebih besar mudharat yg akan datang. so, tunggu mampu dulu. suami yg hebat adl, yg berusaha sedaya upaya utk mencapai tahap mampu tsbt.

3. meskipun `menteri pddkan` itu lebih byk diam di rumah, tidak bermaksud mereka tidak perlu berusaha mengembangkan ilmu dan kemahiran mereka khususnya dlm bidang keibubapaan. lagi baik kalau sampai Ph.D dlm bidang kekeluargaan. sebabnya, kita ingin melahirkan GENERASI PEJUANG. perlu `menteri pddkan` yg hebat utk melahirkan pejuang yg hebat.

sekianlah sedikit tambahan utk manfaat kita bersama (khususnya utk sy sendiri). sebenarnya byk lagi, tapi cukuplah sebagai pembuka minda kita. terima kasih!

Anonymous said...

TIDAK SAH BERSEMBANG TENTANG PERJUANGAN AGAMA,BANGSA,NEGARA JIKA BAB INSTITUSI KELUARGA TIDAK DISENTUH. THANK YOU 4 YOUR ESSENTIAL & FUNDAMENTAL POSTING! I`D REALLY APPRECAITE IT..

Umar al-Longobi said...

anon, tq..

Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP