Ke Mana Perancang Dakwah?

Remaja Kristian berhimpun di sini lebih kurang seminggu dalam usaha memperkasakan jiwa dan keyakinan mereka.

Mengikut temubual yang SMS jalankan, peserta-peserta yang datang ke sini datang dari daerah-daerah seluruh Sabah. Bilangan peserta yang menghadiri perhimpunan di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang kelmarin 26 Ogos 2009 sahaja adalah seramai lebih dari 2000 orang.

Para pemikir Kristian terus-terusan menggembeling tenaga dan wang ringgit demi mencapai matlamat...Agar remaja mereka terbentuk dengan ajaran-ajaran Kristian.

REMAJA ISLAM bagaimana ? Kenapa pihak-pihak berwajib tidak belajar daripada apa yang mereka buat ? Cukupkah dengan hanya berforum dan bertindak atas kertas sahaja ? Atau dengan pelbagai alasan... "kami tidak punya peruntukan, tidak cukup tenaga pendakwah, tidak cukup kenderaan, tidak cukup itu dan ini..." atau cukupkah apa yang sudah ada ...?

Kalau kekurangan idea, kenapa tidak dipanggil orang perseorangan yang punya pemikiran serta pengalaman menjadikan remaja Islam benar-benar punya jadi diri TAUHID? Melihat gejala-gejala sosial masa kini, belia Islamlah yang paling banyak terjebak dengan berbagai kemungkaran..

SMS banyak kali melemparkan pandangan kepada pihak-pihak berwajib. Sama ada melalui blog atau media seperti surat khabar sedikit masa lalu. Ternyata pihak-pihak berkaitan telah melakukan kerja-kerja pendidikan para mualaf di Sabah, namun usaha ini belum cukup berbanding dengan keperluan mereka yang masih memerlukan perhatian khususnya para MUALAF nun jauh di pedalaman... Apapun, terima kasih kepada JAKIM, USIA, JAHEAINS dan YADIM. Pertingkatkan lagi usaha kalian kerana peruntukan berkaitan yang kerajaan salurkan pada badan-badan ini tidak pernah putus.

SMS mencadangkan agar pihak berkaitan dan kerajaan Malaysia mengambil perhatian tentang beberapa perkara, antaranya;

1. Lantik seorang senator dari kalangan mualaf agar permasalahan golongan mualaf sampai segera kepada pihak kerajaan.

2. Panggil penulis-penulis blog Islam di Sabah. Bekerjasama dengan mereka untuk merancang dan melaksanakan program dakwah.

3. Pihak-pihak berwajib perlu menjadikan kampung-kampung masyarakat Dusun yang penganut Islamnya mencapai 60% sebagai kampung angkat.

Sumber: Blog saudara saya, SUARA MUALAF SABAH (SMS) di http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/



KOMENTAR GMC:

1. Menyokong cadangan SMS seperti mana yang tercatat di atas.

2. Saya mempunyai ramai kawan yang beragama Kristian. Malah mereka juga sebahagian daripada keluarga saya. Apa yang saya lihat, komitmen mereka di dalam `berdakwah` boleh dicontohi.

3. Kepada mana-mana organisasi Islam yang berkaitan, bangunlah! Usah dilalaikan degan kerusi empuk atau penghawa dingin di pejabat. Beribu mualaf di pedalaman sedang melambai-lambaikan tangan memohon simpati.

4 comments:

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum,
bukan sahaja KUANTITI program yang prlu ditekankan,perlu juga penekanan pada KUALITI program.

Kita masih perlukan cara pendekatan yang lebih kreatif,khususnya unuk mendekati golongan muda.

Umar Safri said...

waalaikumusalam wbt.

terima kasih sdr. MF. ya, pandangan sdr. benar. pendekatan itu perlu melihat seluruh aspek kehidupan mereka. Islam adl agama yg selamat dan menyelamatkan. tapi barat telah berjaya menanam rasa kebencian thdp Islam kpd umum. persepsi serong ini perlu diperbetulkan.

Aku Orang JAWA! said...

Nis satu lagi masalah nie, remaja kita nie lain dari yang lain cik abang oii... mereka nie bukan macam budak2 API (Akademi Pengajian Islam). Memang, memang kita sedih dengan remaja kita, tapi, pendakwah mesti ambil peranan lebih, ya aku tahu, berdakwah sana sini... tapi cara dia, cara nak dekati remaja kita yang keras kepala!! pendakwah plak jangan la guna idea atau cara lama dan sama, gunakan pendekatan lain la... nie nak berdakwah tak kena tempat, nak berdakwah saja terus serang, MESTI ada pendekatan yang lebih halus dan masyuuk... apa yang perlu disini, ukur saiz dulu sebelum ukur di badan orang lain k!

Umar Safri said...

tq AOJ, moga komen sdr akan diberikan perhatian oleh pihak yg berkenaan.

Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP