Aurat Wanita Dari Kaca Mata Seorang Geologist!


Barangsiapa yang pernah melihat bukit menghijau yang telah dibotakkan dan selalu bermasyarakat pasti akan dapat menghidu ke manakah halatuju penulisan saya pada kali ini. Baik... faktanya, bukit yang masih ditutupi oleh tumbuh-tumbuhan segar lebih sedap dipandang mata. Selain itu, ianya juga selamat daripada bencana alam dan boleh berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan sebagaimana sepatutnya.

Jika sebahagian besar bukit itu dibotakkan, yang sebaliknya akan berlaku! Buruk dipandang mata. Selain itu akan berlaku bencana seperti gelongsoran tanah, bangunan runtuh dan banjir lumpur. Fungsinya sebagai kawasan tadahan hujan juga akan hilang. Impaknya, jika bencana itu berskala besar pastinya akan mendatangkan kerugian besar pada harta benda, kemalangan dan kehilangan nyawa.

Demikian juga halnya aurat. Golongan wanita khususnya patut mengambil pengajaran daripada kisah bukit botak ini. Pendedahan bahagian-bahagian badan yang tidak sepatutnya dilihat oleh mereka yang bukan mahram adalah satu tindakan yang merugikan diri sendiri dan masyarakat sekitar. Ianya buruk dipandang oleh agama dan nilai-nilai ketimuran. Selain itu, diri dan masyarakat akan tergelongsor, runtuh dan lemas di dalam banjir kebobrokan peribadi. Sementara fungsi wanita sebagai tadahan dosa juga akan sirna.

"Berpakaianlah sebagaimana yang agama kalian perintahkan.
Anda mampu mengubahnya!"

3 comments:

MindaGuru said...

Terlalu banyak kerosakan yang akan timbul akibat kemusnahan hutan yang mungkin disebabkan oleh kerakusan manusia...kadangkala kemusnahan itu tidak akan dan tidak mampu dipulihara semula.

Satu perbandingan yang baik untuk mereka yang bergelar wanita..

salam

Umar al-Longobi said...

Terima kasih MG. Sy bersetuju dgn komen sdr. Pemudi tiang negara. Jika tiangnya patah, runtuhlah negara itu. Pincanglah para pemuda, lantas musnahlah harapan bangsa.

Anonymous said...

Dasyat...dasyat..

Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP