Bumi Bakal Musnah!


Di dalam entri-entri sebelum ini, saya telah utarakan topik berkaitan penciptaan bumi, dengan menegaskan bahawa apa sahaja penemuan saintis sebelum, semasa dan selepas ini (serta yang belum ditemui); semuanya telah dinyatakan di dalam Al-Quran semenjak lebih 1400 tahun lalu.

Demikianlah hebatnya mukjizat Al-Quran. Apapun barang diingat, bumi yang gah ciptaannya ini, bakal musnah dengan kemusnahan yang amat dahsyat. Ianya berlaku pada satu hari yang dipanggil sebagai Hari Kiamat. Perhatikan terjemahan Surah Al-Waqi`ah (Ayat 1-6) berikut:


1. Apabila terjadi Hari Kiamat
2. Tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya
3. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain)
4. Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya
5. Dan gunung-gunung dihancurluluhkan seluluh-luluhnya
6. Maka jadilah ia debu yang beterbangan


Justeru, marilah bersama-sama kita mempersiapkan diri (dengan amal ibadah) menghadapinya. Ya, ada kemungkinan kita akan terlepas daripada bertemu dengan hari tersebut di dalam hayat kita. Namun, adakah kita bisa melepaskan diri daripada Kiamat Kecil (Kematian-yang tidak kurang juga dahsyatnya)? Tidak bukan...

Akhir kata, tanamkan di dalam diri kita satu tekad yang bulat bahawa, kehidupan kita ini tidak lain hanya untuk, "Berjuang menegakkan kebenaran (dalam diri, keluarga & masyarakat), SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI KEMATIAN". Mudah-mudahan semasa dihisab kelak, kita telah mempersiapkan diri kita dengan ketaqwaan yang benar-benar mantap.

Insya-Allah!

Kembali Ke Puncak Gunung!


"Masanya sudah tiba untuk ku kembali ke `puncak gunung` yang sekian lama ku tinggalkan. Ianya amat perlu untuk ku melengkapkan siri pertapaanku. Moga-moga sekembalinya aku dari pertapaan tersebut, momentum juangku semangkin mantap dan kemantapan tersebut mampu merevolusikan minda diri, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya. Insya-Allah..." -Um@r-

Membina Syurga Cinta




Penerbit: Universiti Malaysia Sabah, 2010
(Siri Bimbingan Motivasi)

Tajuk: Membina Syurga Cinta
ISBN: 978-967-5224-51-5
Halaman: 213
Harga: RM65.00 RM35.00 Sahaja

Boleh diperolehi dari: Koperasi UMS, Pustaka Aslam Kingfisher atau terus berhubung dengan penulis.

Untuk pertanyaan: (email: saripadul@gmail.com) (HP: 013-8701881/014-8655453)

Al-Quran & Geologi



Saya menyeru kepada diri sendiri dan para saintis sekalian, marilah kita memartabatkan Al-Quran di dalam penerokaan sains masing-masing. Amat malanglah bagi umat sekiranya mukjizat agung depan mata tidak digunakan. Bukan mudah, tapi tidak mustahil. Al-Quran bukan hanya untuk dimengajikan tapi untuk dikaji. Mengaji dan mengkaji...



Sumber: http://www.mindasuper.com


Perihal Kemarahan



Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya:

Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergulat (bergusti), tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 6114)

Allah juga akan memberi ganjaran yang besar bagi mereka yang mampu mengawal perasaan marah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2417)

Boleh marah, tapi salurkan kemarahan itu di tempat yang benar.

Adakah Cinta Itu Akan Bertasbih Lagi?



Nota: Setelah melihat sedutan filem Ketika Cinta Bertasbih di atas, rasa macam nak tambah cawangan lagi, haha... terasa semacam keinsafan menjalar dan menggegar saraf-saraf jasad.

Sebutir Batu

Jangan ditertawa batu itu
kejadiannya menakjubkan
diendap, mengeras dan terjelma
wujud di darat, laut dan angkasa

Kekadang disepak di jalanan
tapi ingat, intan paling berharga
dasar bangunan pencakar langit
lemah ia, nescaya runtuhlah

Sebutir batu juga senjata
bagi budak yang tak upaya
mempertahan maruah dan menentang
musuh durjana, peliwat bangsa

Geologi & Psikologi

Saya berpandangan, geologi (kajibumi) dan psikologi (kaji tingkahlaku manusia) mempunyai korelasi yang sangat rapat di antara satu dengan yang lain. Kajian-kajian berkaitan dengan hubungkait kedua-dua disiplin ilmu ini kalau ada pun, pastinya terlalu sedikit. Titik pertemuan di antara geologi dan psikologi yang saya nampak adalah pada tanah. Ringkasnya, salah satu komponen bumi adalah tanah. Sementara manusia pula diciptakan daripada tanah. Menurut kajian sains pula, tubuh manusia mempunyai unsur-unsur yang sama dengan tanah. Ianya terdiri daripada beberapa unsur antaranya oksigen, karbon, hidrogen dan magnesium. Berdasarkan perkaitan yang rapat ini, saya berhipotesis bahawa ilmu-ilmu geologi boleh membantu di dalam kerja-kerja psikologi dan demikian juga sebaliknya. Saya bernafsu ghairah menantikan munculnya seorang geologis yang juga merupakan seorang psikologis. Atau seorang psikologis yang juga merupakan seorang geologis. Akan munculkah? Sama-sama kita nantikan...


TAHUKAH ANDA:
Pada umumnya lapisan luar bumi diliputi oleh tanah yang terbentuk daripada hakisan batu, tumbuhan dan haiwan yang reput. Untuk membentuk lapisan pertama tanah berukuran 2.5 sentimeter mengambil masa kira-kira 500 tahun melalui proses semula jadi. Bakteria dan kulat memecahkan bahan-bahan organik untuk menukarkannya menjadi tanah dan akar tumbuh-tumbuhan membantu memecahkan batu untuk tujuan yang sama. Binatang seperti tikus membantu membentuk tanah apabila mereka menggali lubang sekali gus mencampurkan bahan-bahan menjadi tanah. Cacing tanah pula menyuburkan tanah melalui pencernaan bahan-bahan organik dan mengitar nutrien yang ada. Secara purata, tanah terbentuk daripada 45 peratus mineral, 25 peratus air, 25 peratus udara dan lima peratus bahan organik.

Antara Volcano & Blogging


Magma atau batu cair, di bawah lapisan bumi berada dalam bentuk cecair. Akibat tindak balas suhu dan tekanan, ia sering mencari jalan keluar melalui rekahan-rekahan di lapisan bumi dan akhirnya akan meledak. Kejadian menakutkan ini dinamakan letupan volcano (gunung berapi). Selalunya dengan satu letupan yang hebat, volcano meledak memuntahkan bertan-tan debu dan abu ke atmosfera. Letupan ini membentuk awan-awan hitam yang besar di langit. Kemudian magma mula mengalir di permukaan bumi, menyapu bersih hutan dan bandar-bandar di sekitarnya.

Magma yang mengalir dari volcano ke bumi dinamakan lava. Tidak lama kemudian, lava tersebut akan menjadi sejuk di atas permukaan bumi dan menjadi keras lalu membentuk batu. Apa kaitannya dengan blogging? Mudah sahaja, cuba bayangkan jikalau magma tersebut terkurung di dalam perut bumi. Sudah pasti magma itu akan terkumpul dalam satu jumlah yang besar dan akan mengenakan tekanan dan suhu yang amat kuat kepada permukaan bumi, lantas menghasilkan satu letupan gergasi. Akhirnya, bumi kita mengalami kemusnahan yang dahsyat. Maknanya apa? maknanya, magma itu perlu dikeluarkan agar bumi memperolehi kestabilan semulajadinya.

Demikian juga blogging saudara. Blogging merupakan salah satu cara untuk mengekspresikan 'magma' di dalam hati dan fikiran kita. Jika 'magma' di dalam diri kita dipendam begitu sahaja, alamat rosaklah diri kita sebagaimana musnahnya bumi tadi. Tergugatlah kestabilan diri. Saya fikir, blogging memang cara yang amat praktikal. Kita boleh luahkan dengan panjang lebar mengikut kesukaan kita. Rasanya tiada orang yang sanggup mendengar luahan kita sepanjang apa yang kita luahkan di dalam blog pada ketika ini. Betul tak?

Cuma satu, berakhlaklah semasa mengeluarkan `magma` kita di dalam blog dan biarlah ianya bermatlamatkan perjuangan. Sebagaimana lava volcano boleh menyuburkan tanah untuk pertanian, tapi jangan lupa lava itu juga boleh memusnahkan apa sahaja yang di hadapannya. Blogging juga begitu. Bagaimanapun, tempat yang paling baik untuk kita mengeluarkan 'magma' kita adalah kepada Tuhan yang Maha Esa. Luahkanlah sebanyak manapun. Dia Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Penyayang. Kita pasti dibantu olehNya.
Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP