Saya menyeru kepada diri sendiri dan para saintis sekalian, marilah kita memartabatkan Al-Quran di dalam penerokaan sains masing-masing. Amat malanglah bagi umat sekiranya mukjizat agung depan mata tidak digunakan. Bukan mudah, tapi tidak mustahil. Al-Quran bukan hanya untuk dimengajikan tapi untuk dikaji. Mengaji dan mengkaji...
Sumber: http://www.mindasuper.com
2 comments:
Salam Tuan, mengaji dan mengkaji memang inilah yang perlu kita lakukan.Dalam konteks orang kampung kita apa agaknya cara pendekatan yang paling sesuai supaya orang kita boleh turut sama mengaji dan mengkaji Al-Quran ini?
Salam puan,
Bagi sy, semestinyalah ia bermula dari yg asas sehingga ke peringkat yg mereka mampu terima. Peringkat pertama mungkin memahamkan mereka secara umum ttg Al-Quran. Kedua, mengajar mereka membaca dan memahami terjemahan. Ketiga, mempelajari tafsirnya dari surah ke surah. Semua ini tidak boleh dilakukan tanpa guru yang arif dan tanpa kecintaan terhadap Al-Quran di hati sanubari org2 kampung. Wallahua`lam...
Post a Comment