Kenali Bumi Anda Melalui Teropong Al-Quran

Bumi terbentuk bermula kira-kira 4.5 bilion tahun dahulu melalui beberapa proses kejadian. Ianya merupakan sebahagian daripada gumpalan gas yang dikenali sebagai Solar Nebula (98% Helium + Hidrogen, 2 % unsur lain). Selepas matahari terbentuk daripada gas ini, gas-gas yang mengandungi unsur bukan Hidrogen (non-hydrogen elements) terhasil dan bercantum dari masa ke masa sehingga menjadi besar dan akhirnya bertukar menjadi planet. Proses ini diterangkan di dalam Teori Accretion yang diperkenalkan oleh Otto Schmidt, seorang pakar geofizik dari Rusia pada tahun 1944.

Lebih kurang 200 juta tahun lalu, tanah yang terdapat di muka bumi ini adalah 40% lebih kecil daripada apa yang terdapat sekarang dan ia wujud dalam bentuk 1 hamparan tanpa dipisahkan oleh lautan. Hamparan ini dikenali sebagai Pangea. Fakta sains ini adalah selari dengan perkataan "mahda" dalam Quran (az-Zukhruf: 10) yang bermaksud satu hamparan.

Selepas masa berlalu, hamparan tanah di atas bumi pecah dan dengan itu wujud lautan dan sebahagian tanah terpisah dengan sebahagian yang lain sehingga menjadi benua dan pulau seperti yang dilihat pada hari ini. Fenomena ini adalah selari dengan perkataan "syaqq" dalam Quran (Abasa: 26) yang bermaksud pisah dan pecahkan.

Kajian sains juga menunjukkan sejak dari dahulu lagi bumi ini terus membesar dan melebar dan hal ini terbukti apabila garis pusat bumi (diameter) didapati bertambah sebanyak 40% daripada yang asal. Keadaan ini adalah selari dengan perkataan "madda" dalam Quran (ar-Ra'd: 3) yang bermaksud dihampar dan dilebarkan. Saudara! Ahli Sains baru saja menemui fakta-fakta ini, tapi Al-Quran telah lama  menceritakannya, lebih 1400 tahun yang lalu. Ya Allah, tidaklah Engkau menjadikan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami daripada azab api neraka...

Rujukan: Quran Siantifik oleh Dr. Danial Zainal Abidin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP