
Justeru, pada kali ini saya akan berkongsi tentang Formula I Pemidato Hebat (FPH I). Apapun, saya hanya menyentuh dari aspek kepetahan dan kefasihan semasa berhujah lantaran pemidato hebat bukan hanya dinilai dari segi ini sahaja tetapi banyak lagi aspek yang lain. Saudara, apa yang kita ucapkan samada dalam hati atau diungkapkan melalui kata-kata, semua ini bermula dari pemikirian kita. Apa yang kita fikir, itulah yang kita akan ucapkan. Ini bersesuaian dengan sifat biologi manusia yang sistemnya dikawal oleh bahagian otak. Sehubungan itu, PERLU KESERASIAN DI ANTARA OTAK DAN LIDAH KITA. Apabila keserasian ini dimiliki, inysa-Allah pengucapan kita akan lebih petah dan fasih. Keserasian ini akan dapat dibina melalui Formula I Pemidato Hebat (FPH I) iaitu, latihan. Latihan ini amat mudah tapi agak sukar dikuasai tanpa kesungguhan. Baiklah, saya jemput pembaca sekalian untuk mencuba latihan di bawah:
Latihan 1: Sebutkan (usahakan untuk menyebut sesempurna mungkin setiap perkataan tersebut) ayat di bawah dengan perlahan dan tingkatkan kelajuannya semaksimum mungkin.
"ULAR LARI LURUS, LURUS LARI ULAR"
Sebagai langkah awal, sebutkan ayat tersebut sebanyak 100 kali sehari di depan cermin tanpa melihat teks.
Latihan 2: Baca (usahakan menyebut dengan sesempurna mungkin setiap huruf tersebut) 26 huruf abjad secara terbalik tanpa melihat teks.
Ramai yang boleh membaca dari A-Z dengan lancar. Tapi berapa ramaikah yang boleh membacanya secara terbalik dari Z-A dengan pantas. Sila cuba latihan ini.
Z Y X W V U T S R Q P O N M L K J I H G F E D C B A
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment