Namaku, Motivasiku!

Hari ini saya memilih untuk bicara soal 'nama'. Dalam Bahasa Inggeris `name`. Dalam Bahasa Dusun Kimaragang `ngaran`. "Isai ngaran nu?" ertinya siapakah nama anda? Apabila bercakap tentang topik ini, ramai ilmuan yang memfokuskan huraian mereka kepada betapa perlunya memberikan nama anak dengan nama yang mempunyai makna yang baik dengan hujah bahawa nama itu adalah doa. Bagaimanapun, izikan saya membawa perhatian anda ke satu arah yang sedikit berbeza, iaitu `Namaku, Motivasiku!`. Maknanya, saya akan mengupas tentang topik `nama` dari sudut atau prespektif motivasi.

Baiklah, amalan pemberian nama anak selepas kelahiran adalah pelbagai di dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Kalau yang beragama Islam, biasanya nama itu diambil daripada Bahasa Arab yang mempunyai bunyi yang menarik dan makna yang baik. Contohnya, `Abdul Azim-hamba Allah yang agung`, `Abdullah-hamba Allah`, `Ainul Mardhiah-mata yang diredhai` dan lain-lain lagi. Berbeza pula dengan yang non-muslim. Biasanya mereka merujuk kepada tokoh-tokoh Barat (David, Mary, Kenedy dan lain-lain). Ada juga yang merujuk kepada nama-nama yang terdapat di dalam Kitab Bible seperti `Petrus`, `Joseph` dan yang seumpama dengannya. Selain itu, terdapat juga yang menamakan anak berdasarkan sifatnya masa kecil.

Apapun nama anda dan bagaimanapun kaedah penamaannya, yang penting adalah nama itu mempunyai makna yang baik. Justeru, bagaimanakah menjadikan nama anda sebagai sumber motivasi? Jawabannya mudah sahaja, jadikan nama anda sebagai matlamat hidup. Tapi ini hanya terpakai bagi pemilik nama-nama yang baik. Yang di sebaliknya itu, terpaksa tukar namalah. Ya, saya ulangi jadikanlah nama anda sebagai MATLAMAT HIDUP. Saya tahu, perkara ini simple. Tapi, `simple-simple`pun ramai yang melihat tetapi tidak nampak. Apatah lagi bertindak mempraktikkannya.

Baik, apabila disebut `matlamat` maknanya ia menuntut kepada pengorbanan dan kerja keras untuk mencapainya. Contohnya apabila nama anda `Muhammad`, maknanya `yang terpuji`. Lantas, anda boleh letakkan matlamat hidup anda menjadi `sesorang` yang terpuji. Kalau doktor, doktor yang terpuji. Guru sebagai guru yang terpuji, petani sebagai petani yang terpuji dan seumpama dengannya. Bagi mencapai `kepujian` itu, tidak ada cara lain kecuali pengorbanan dan kerja keras. Kadang-kala nama kita disandarkan kepada nama seorang tokoh walau maksudnya tidak jelas seperti `Kennedy'. Beliau (John F. Kennedy) merupakan tokoh pemimpin rakyat Amerika yang dikatakan mati ditembak. Jika nama anda `Kennedy` misalnya, mungkin boleh digunakan sifat keberanian dan kepimpinannya membela rakyat sebagai matlamat? Yakni, menyemai sifat keberanian dan kepimpinan di dalam diri anda seperti mana yang terdapat di dalam diri mendiang John F. Kennedy.

Wujud juga kes `2 in 1`. Maksud saya adalah nama itu sudahlah maknanya baik, bekas pemilik nama itu juga merupakan seorang tokoh tersohor. Contohnya `Usamah Bin Zaid R.A`. `Usamah` ertinya ialah Singa. Singa itu pastinya melambangkan kegagahan dan kepahlawanan. Beliau telah dilantik oleh Nabi Muhammad SAW sebagai Panglima perang walaupun umurnya belum genap 20 tahun. Usia yang muda tidak menghalangnya dipilih mengetuai perang walau ramai sahabat senior yang lain. Jadi, bagi mereka yang memilih nama ini, jadikanlah sifat dan ketokohannya sebagai matlamat di dalam kehidupan. Katakan kepada diri anda, "oleh kerana namaku Usamah maka aku ingin menjadikannya idola. Aku ingin memiliki ketokohan sepertinya. Aku akan cuba sebaiknya untuk memiliki sifat tersebut. Aku sama sekali tidak akan mencemarkan namanya." InsyaAlah, kalau ini berjaya anda amalkan dengan sendirinya anda telah membentuk keperibadian diri anda dan pada masa yang sama anda telah meletakkan matlamat hidup yang betul serta berada di dalam `gelanggang perjuangan` untuk mencapainya.

Kaedah ini berguna apabila anda berada dalam dilema, bermasalah atau berlaku kemerosotan motivasi diri. Apabila situasi ini menimpa anda, bertenanglah dan cuba berfikir tentang nama anda. Contohnya nama anda sebagai `Saifullah`, maksudnya `pedang Allah`. Apa tindakan yang harus anda lakukan? Bermonologlah dengan diri sendiri. Berbicara dan berbincang dengan diri sendiri (jangan buat di tempat orang ramai, nanti orang cakap `gila`, ha ha ha!). Monolognya mungkin seperti ini, "ohhh...sedihnya aku gagal lagi dalam exam. Kawan-kawanku semua lulus. Aku seorang sahaja yang macam ni. Aduh, sedihnya... Jangan mengalah Ful, kuatkan semangat! Nama kau kan Saifullah, pedang Allah. Sifat pedang tidak pernah gentar kepada lawan dan kegagalan. Sifat pedang akan terus `berjuang` sehingga ke titisan darah terakhir. Apatah lagi kau itu pedang Allah. Allah mengamanahkan kau untuk menggunakan pedang ini di dalam `gelanggang ilmu`. Hunus pedangmu! Berjuanglah wahai Saiful... Berjuanglah!" Nah! sekarang sudah terang lagikan bersuluh kan?

Ya, memang diri kita tidak mampu untuk sama seperti tokoh-tokoh itu. Tapi, sekurang-kurangnya hidup kita mengarah ke situ. Ada arahnya dan ada pendorong kuat di dalam diri kita. Sedih juga apabila ada segelintir yang mempunyai nama yang baik tapi akhlaknya tidak sebaik namanya. Kita sendiri melihat terpampang di dada-dada akhbar. Nama bukan main cantik lagi tapi, merogol cucu, merompak, membunuh, menagih dadah dan bermacam-macam lagi (moga kita dijauhkan daripada gejala najis dan keji itu). Kenapa perkara ini berlaku? Jawaban saya, antara faktor utama adalah mereka tidak menghargai anugerah nama yang diberikan kepada mereka. Mereka tahu tetapi tidak faham apa maksud nama mereka. Mereka tidak kenal siapakah pemilik nama itu sebelum mereka. Mereka juga tidak menjadikan nama mereka MATLAMAT HIDUP! Ayuh! cetuskan perubahan. Ingatlah, jasad kita akan mati tapi nama kita akan kekal selama-lamanya. Di dunia kita dipanggil dengan nama itu, di dalam kubur kita dipanggil/dikenang dengan nama itu dan di akhirat kita juga diadili dengan nama itu. Wallahua`lam.



Nota: Nama saya Muhammad Umar, ertinya `Yang Terpuji dan Memakmurkan`. Semoga Allah SWT menjadikan diri saya seperti yang dimaksudkan oleh nama itu. Nama itu juga kombinasi nama dua orang sahabat karib iaitu, Nabi Muhammad SAW dan Saidina Umar Al-Khattab R.A. Pastinya ikutan saya adalah Nabi SAW. Idola saya adalah Umar Al-Khattab R.A. Yang menariknya nama itu adalah pilihan saya sendiri, bukan ibu bapa. Tapi, mereka merestuinya. Amin...

2 comments:

Anonymous said...

sdr umar,

congratulations! bagaimana ek nak tukar nama? boleh ke? tak tau pula.

TK

suria_78@yahoo.com

Muhammad Umar Sarimal said...

suria_78,

Tq, moga2 ada manfaatnya. Boleh tukar. Sila berurusan dgn Jab. Agama & Pendaftaran. Mudah je...

Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP