Tiada Keseronokan Bekerja?

Gnies

Anda seronok dengan pekerjaan anda sekarang? Jangan tipu... he he. Kalau seronok baguslah, tahniah. Boleh jadi keseronokan anda itu disebabkan pekerjaan anda sekarang adalah idaman anda sejak kecil lagi. Tapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak senasib dengan anda? Iaitu, pekerjaan yang mereka ada sekarang adalah satu pekerjaan yang bukan pilihan hati mereka. Terpaksa terima demi survival hidup.

Golongan pekerja seperti ini akan selalu murung di tempat kerja. Setiap petang hari jumaat, langkahnya laju meninggalkan pejabat sambil tersenyum riang. Apabila tiba pagi isnin, terasa berat kaki dan hati untuk melangkah ke pejabat. Fenomena ini jika berterusan, bisa merudumkan paras produktiviti seluruh pekerja dalam negara kita. Amat bahaya!

Justeru, bagaimana mengatasi permasalahan ini? Caranya adalah, tanamkan keseronokan bekerja di dalam diri setiap pekerja. Bagaimana pula mewujudkan rasa seronok itu. Pakar-pakar motivasi tanahair telah memberikan petua mereka, termasuk Dato` Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah melalui bukunya, "55 Petua Seronok Bekerja".

Sebenarnya ada satu petua yang saya ingin kongsikan. Tapi, ia belum teruji lagi. Mungkin kita boleh bersama-sama mengujinya. Saya mendapat idea ini daripada fenomena pembentukan batuan metamorf (jelmaan) di dalam geologi. Batuan pada asasnya ada tiga jenis iaitu, sedimen, igneus dan metamorf. Ringkasnya, batuan metamorf ini terbentuk apabila mana-mana tiga batuan ini mengalami tekanan dan suhu tertentu. Nama batu itu akan berubah samada menjadi gnies, syis, filit, hornfels, kuarzit dan lain-lain lagi bergantung kepada asalan serta kadar tekanan dan suhu yang diterima.

Nampak? Maknanya, batu jenis ini akan boleh 'menyesuaikan diri' dengan persekitaran barunya. Ya... walau di mana sahaja dalam litosfera bumi. Demikian juga halnya dalam keseronokan bekerja. Pekerjaan yang bukan pilihan utama kita bukanlah alasan untuk kita tidak menyeronokan diri bekerja. Sesuaikan diri kita dengan pekerjaan itu tanpa membuang cita-cita sebenar kita. Contoh mudah, jika cita-cita sebenar anda ingin menjadi seorang guru. Tetapi tiba-tiba anda terpaksa menjadi seorang polis. Sudah pasti anda tidak akan seronok!

Jadi... cara untuk seronok adalah, jadikan diri anda sebagai `guru` di dalam "polis". Anggaplah diri anda guru dan bukan polis. Sebagaimana batuan metamorf tadi, walaupun namanya bertukar-tukar tapi ia tetap metamorf. Pada kad nama anda adalah polis. Tapi di dalam diri anda adalah guru. Berfikir, bercakap dan bertindak setangkas seorang polis tapi kaedah kerja dan matlamatnya bukan menghukum sesiapa melainkan untuk mentarbiyah/mendidik diri dan masyarakat. Begitu juga jika anda ingin menjadi seorang ahli perniagaan, ahli politik, doktor, peguam dan sebagainya.

Selamat mencuba!



Nota: Jadikanlah pekerjaan anda sekarang sebagai universiti. Tempat berlatih untuk mempersiapkan diri dalam rangka mencapai cita-cita anda yang sebenar.

11 comments:

ust amir said...

Assalamualaikum .. salam aidilfitri dari ustaz sekeluarga.

Bagus huraian perihal batu ni. Memang ustaz sokong 100%. Apa-apa pun semua tergantung pada apa2 jua yang kita ushakan. Kalau tak mahu berubah .. mati beraganlah kita. Kemahiran kita menyesuaikan diri dengan persekitaran adalah kunci kejayaan kita dalam atus perubahan hidup. Contoh mudah bila kita berkahwin dengan pasangan yang berlatar belakangkan budaya, bahasa dan adat yang berbeza dgn kita. Susahlah kalau masing2 tak reti nak bertolak ansur dan buat penyesuaian diri. begitulah dengan urusan dunia yang lainnya. ok .. selamat maju jaya. teruskan perjuangan dakwah ini dengan keikhlasan hati, moga diangkat menjadi amal soleh di sisi Ilahi

Suara Sri Menanti said...

Sememangnya benar batu boleh menyesuaikan dirinya.Tapi kita perlu ingat Apakah perbezaan ketara antara makhluk bernama BATU dengan insan kerdil bernama MANUSIA?. Sudah pastinya AKAL fikiran. Batu tidak boleh berfikir seperti apa yang kita fikir. Begitu juga dengan MANUSIA....Jangan sampai kita bersikap keras seperti batu.Apa pun kedua-dua makhluk ini dicipta oleh ALLAH swt. Kalau rezeki dalam batu boleh dicapai oleh seekor ulat manakan pula kita tidak boleh. Sama ada cepat atau lambat sahaja..Betul Ke? Walaubagaimanapun, kehidupan kita harus diteruskan asalkan kita sisa perjalanan yang ada ini tidak jauh dari pandangan agama. Dan yang penting sekali ialah keimanan, ketakwaan, kreativiti,ruang,keyakinan, kesungguhan dll. Semoga kita menjadi insan yang ULUL ALBAB dan Beriman.

MINDAGURU said...

Posting yang menarik..saya setuju dengan sdr Umar, banyak kerjaya yang mungkin bukan pilihan utama pada masa lalu, tetapi akhirnya kita dapat melakukan yang terbaik.. Kalau batu yang begitu keras boleh berubahsuai, apa lagi manusia..semua bergantung pada minda .

Umar Safri said...

Y.Bhg Ust. Amir,

Terima kasih atas komentarnya merangkap tazkirah sekali. 1 komentar yg sy kira berjaya menyimpulkan entri ini. Semoga sy dan pembaca yg lain dapat mengambil manfaatnya.

Salam Aidilfitri kembali, maaf zahir & batin...

Umar Safri said...

SSM,

Terima kasih atas pandangan.

Firman Allah SWT di bawah mungkin boleh menjadi renungan:

21. sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (Al-Hasyr)

Umar Safri said...

MG,

sy juga bersetuju dgn sdr. pilihan di tangan kita. ia bergantung kpd sebijak mana kita mengurus dan mengawal minda kita.

teruskan perjuangan sdr!

Little Mike (LM) said...

artikel yg sangat berguna. Apa sahaja jenis pekerjaan yang dilakukan haruslah dengan minat dengan keseronokan. Pasti keseronokan bekerja membuahkan percintaan terhadap dunia kerjaya yang diceburi...

IsOn said...

Bekerja tanpa keseronokan dalam pekerjaan hanya mengundang penyakit yang memeritkan. Ciptalah keseronokan dalam apa saja yang kita lakukan, nescaya kita akan mengalami kepuasan yang melegakan.

Umar Safri said...

Sdr. LM & Ison,

terima kasih. pendapat sdr berdua memang benar. buat pembaca sekalian, marilah bersama2 kita mencipta keseronokan itu. jika anda mempunyai cita2 yg lebih besar selain drp pekerjaan anda sekarang, jadikanlah pekerjaan skrg itu sbg jambatan. tapi harus diingat, hanya jambatan kuat yg boleh dijadikan laluan ke seberang sana dgn selamat...

Anonymous said...

syabas atas entri yg menarik//

Taidin Suhaimin said...

Satu huraian yang ringkas, menarik dan senaang difahami serta saya kira mudah juga dilaksanakan. Insya-Allah. Tahniah & Terima kasih Tuan.

Related Posts with Thumbnails

WHAT DOES GEOLOGIST DO

Geologists work to understand the history of our planet. The better they can understand Earth’s history the better they can foresee how events and processes of the past might influence the future.

WHAT IS GEOLOGY

Geology is the study of the Earth, the materials of which it is made, the structure of those materials, and the processes acting upon them. It includes the study of organisms that have inhabited our planet. An important part of geology is the study of how Earth’s materials, structures, processes and organisms have changed over time.

GEOLOGY AS A CAREER

Geologists work in a variety of settings. These include: natural resource companies, environmental consulting companies, government agencies, non-profit organizations, and universities. Many geologists do field work at least part of the time. Others spend their time in laboratories, classrooms or offices. All geologists prepare reports, do calculations and use computers.

  © Blogger templates GeoMotivator.Com by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP